Sure Friendzone!

Assalamua'laikum. Ada dalam satu post tu saya cerita tentang saya ada minat seseorang. Disebabkan dia kawan saya, saya akhirnya confess, hahaha, mula mula tu macam sedih juga sebab yelah dia macam nak explain sesuatu, tapi saya malas nak layan.

Satu hari saya ajak dia lepak, masa bulan 12 sebelum balik Kedah. Masa tu la, sembang sembang, masa tulah saya confirm gila kena 'friendzone', hahaha, sebab masa tu memang terkeluar dari mulut dia sendiri.

Malangnya, saya tak rasa sedih langsung. Mungkin sebab member kot. Hahaha.

Lepas tu saya tak ingat bila, saya ada kenal seseorang kat satu aplikasi ni, Plato namanya.

Kalau saya masih kawan ngan Platomate ni, nanti saya akan cerita ya, sebab haritu ada keluar sama.

Jumpa. Sebab universiti kami dekat ja. Jumpa kat bandarlah.

Okaylah. Tapi entahlah rasanya takkan lama. :')



He Will Never Come Here Anymore

Assalamualai'kum. Hari ni saya pun tak tahu kenapa teringat.

Tapi biasalah kenangan kan.

Tajuk tu macam kecewa? Tak. Tak langsung.

Saya rasa saya tak perlu pun untuk menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sebab apa, sebab perkara yang telah terjadi yang mengajar saya untuk berfikir hari ni.

Saya perlu berubah menjadi lebih baik. Sebab saya rasa dia bukannya bencikan saya pun, cuma dia tak suka attitude saya. Itu sahaja. Tapi iyalah tak mungkin dia akan pandang saya walaupun saya sudah belajar untuk berubah. Takpa, saya okay, sebab saya tak berharap dah kat dia.

Saya sudah move on sepenuhnya. Bak kata "Tiada lagi cintaku padanya.". Yang tinggal hanya ingatan. Hehe.

Kena akui juga kata-kata Hakim masa DTA tahun lepas. Saya ego, keras kepala. Allah, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak kuatkan hati tu kurangkan sifat macam tu.

Mungkin kena jumpa kaunselor minta pendapat agaknya.

Tapi saya yakin 100% dia tak akan jejakkan kaki lagi dekat blog saya.

InshaAllah.

Saya perlu berubah walaupun saya sebenarnya tak kuat langsung.

Doakan saya yang sesiapa yang membaca.

XOXO

Musuh Utama?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari sebenar tak tahu nak cakap apa. Tapi terfikirlah satu benda. Iaitu musuh?
Sebenarnya siapa musuh utama diri Izni?
Sebenarnya musuh utama Izni adalah diri Izni sendiri.

Kenapa?

Sebab punca utama susah nak berubah adalah diri sendiri.

Kalau Izni kuat dan paksa diri. InshaAllah boleh berubah jadi lebih baik.

Emm.

Nak jadi baik tu bagi Izni tak susah.
Nak rajin dan istiqamah tu. Ya Allah. Koyak sangat.

Izni sebenarnya rasa macam nak padam blog ni. Tapi sayang. Sebab ada sentimental value.

Hahaha.

Walaupun 2019 adalah tahun masihi. Semoga Izni dapat menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelum.

Dah nak masuk 22 tahun. Sekejap ja masa berlalu. Emm. Allah, umur pun makin memendek.

Okaylah. Nanti Izni up lagi, inshaAllah.

Bai bai.

Dugaan Semester 5

Assalamua'laikum. Hai. Hari ini hari terakhir kuliah sebelum cuti pertengah semester. Alhamdulillah semua ujian pertengahan sem Izni dah jawab.

Semester ini mula teruji pada hari ini.

Pertama, Izni tak dapat nak balik sebab kekurangan daripada segi kewangan, duit lebih diperlukan untuk deposit bilik sewa bagi tahun depan. Jadi tak dapat nak balik, sungguh hati tak kuat untuk yang pertama kali ini.

Kedua, markah ujian pertengahan semester salah satu subjek iaitu Formal Method dapat 3/20. Terujinya hati ni. Sungguh rasa tak kuat. Tapi kena hadap juga. Tu belum markah yang lain masuk. Tak tahu nak buat macam mana dah.

Alhamdulillah apa-apa pun masih boleh hadap perkara tu. Harap dapat jumpa penyelesaian yang baik. Doakan Izni ya. :')




Birthday Giveaway By Mazuriah Mohamed

Click me!

Izni jumpa blog kak Mazuriah masa dok usha usha Reading List yang Izni follow, tengok ada GA by kak Mazuriah, Izni jumpa la. Simple ja. :)



GIVEAWAY PLANNER 2019 By SHFYQHAZHR.COM


Izni suka ja blog Sha sebab blog Sha simple tapi cantik, susunan pun okay dah tu. Dan suka sebab warna putih pink hehe. Btw, hai orang Utaqaa. Kami pun utaqaa gak. 

Sapa yang singgah blog Izni nak join giveaway ni, sila tekan banner. Hadiah menarik! :)

Pertandingan Debat Naib Canselor ke-10 2018


Comotnya Izni.

Disebabkan haritu tak letak gambar. Ini dia, post khas untuk Debat NC. Masuk KOSMO pun jadilah. Teammate Izni ialah Hanif Fitri dan Syukri Aiman. Walaupun Izni bukan warga Terengganu, tapi sebab dua sahabat ni anak Ganu, Izni kira pendebat luar kelab yang ditarik masuk ke pasukan PERMATA. Ada kisah disebalik semua itu.