Open Registration UMP

Alhamdulillah, berjaya juga isi OR tanpa ada masalah apa-apa. Walaupun kokurikulum tu aku pilih kompang, hadap saja la, hahaha, jadual tu ikut kawan sebenarnya, si Ebey tu, nak tanya Geng KPC tu aku takut, hahaha, macam tak senang ja dengan aku, jadual. Apa-apa pun dah settle.

OR tu sebenarnya untuk isi jadual untuk semester depan, bagi student degree.

Pementasan Semula Teater Eksperimental Tepuk Amai-amai


Assalamualaikum & Salam Teater Sekalian Alam

Teater Eksperimental Tepuk Amai-amai karya @khairunazwanrs telah pun dipertontonkan di UMP Gambang pada Oktober 2016 yang lepas. Kali ini ia bakal dipentaskan buat kali yang ke-11 oleh @waris_theatre & @asterikanakseni untuk #projekbiliksempit di Studio @revolutionstage bermula 25 hingga 29 Januari 2017! 

Save the date. Save your money. And book your ticket. Jangan lepaskan peluang anda menikmati naskhah tersohor abad ini. Biar sempit pada ruang, jangan sempit pada peluang. Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat, yang rapat mari sendat. See you guys soon!!

SHOW TIME:
25 Jan [8.30 malam]
26 Jan [8.30 malam]
27 Jan [8.30 malam]
28 Jan [3.00 petang & 8.30 malam]
29 Jan [3.00 petang & 8.30 malam]

Tempahan tiket :
Geehan [0133758652]
Cahaya [0109036786]

Supported by:
6. KASET


Peminat Baru Movie Jepun

  Izni nak syorkan bagi peminat movie jepun yang masih baru. Izni banyak tengok live action, best sangat. Jap Izni listkan yang Izni dah tengok dan Izni download. Hehe.
Alalala, semua kisah cinta dan persahabatan.

 Ano Hana

Ao Haru Ride

Ai Ore. Love Me!

Bakuman

 Kamikaze Girl

Kanojo Senpai

Kimi Ni Todoke

Kyou, Koi O Hajimemasu

Kinkyori Ren Ai

Kanojo Wa Uso Wo Aishisugiteru

L-DK

Orange

Ore Monogatari

Strobe Edge

Sukitte Ii Nayo

Yang paling Izni suka Ore Monogatari dengan Kyou, Koi O Hajimemasu, pastu Bakuman. Banyak lagi yang Izni tak listkan.

Izni syorkan, kalau nak stream atau download, dekat laman KISSASIAN.

Dekat KISSASIAN ni banyak movie dengan drama, Korea pun ada, Philliphine, Thai.
Semoga terhibur dengan movie cadangan Izni.

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Giveaway oleh Cik Ain Syahirah.


Klik banner untuk join.

Hasil Kerjaku

Izni pernah design poster.

Nah!

1) Poster untuk SHOUTOUT Waris untuk kumpulan Izni (Teater Dendam)



2) Poster ni atas permintaan 'roommates' Izni



3) Poster ni pula kata-kata bermanfaat untuk motivate student
(under Exco Multimedia PETAKOM)


InshaAllah, nanti akan ada lagi poster ataupun design yang bakal Izni update dekat sini.
Jika ada yang berminat untuk menempah logo simple ataupun design simple baju, poster atau banner.
Boleh hubungi/whatsapp : 016-4592646




Subjek Semester Dua Kejuruteraan Perisian UMP

Assalamualaikum. Hello all!
 Hari ni nak cerita tentang subjek yang bakal Izni ambil masa semester 2.


Subjek-subjeknya adalah :-

Programming Technique
Data Communication 
Database Systems
System Analysis Design
Discrete Structure & Application

Subjek Universiti :-

TITAS ( Tamadun Islam dan apa entah , hehe )
Softskill 1
Kokurikulum 2

Itu jelah subjek yang bakal Izni jumpa sem depan.

Semester 1 Izni ambil sikit je.

Iaitu :-

Computer Architecture & Organization
Problem Solving
Software Engineering
Ethnic Relations
Discrete Mathematics & Application
Kokurikulum 1 a.k.a Briged Siswa


Esok Izni bakal menempuhi FINAL EXAM SEM 1, doakan Izni yaa. Tak sangka cepat masa berlalu. 
Okaylah. Tu je. Bubbye.


New Year Giveaway by MF

Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah

Assalamualaikum, pada yang belum join. Cepat-cepat join.


Klik banner untuk join. :)

Good luck guys.

Malam Santai Waris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hari ni nak cerita tentang Malam Santai Waris.

Haa, mesti tertanya-tanya, Waris? Apa tu? Waris ialah salah satu kelab teater di Universiti Malaysia Pahang.

Waris di Gambang dan Senandika di Pekan.

Balik kepada fokus, Malam Santai Waris sangat gempak. Sebab banyak makanan, hahaha, asyik fikir makan je kan aku ni.

Malam Santai Waris berlangsung di blok XY pada 11 Disember 2016.


Aktiviti bermula dari pagi, sebab team Waris memang bersama-sama beli barang, masak, bakar ayam dan lain-lain lagi la.

Malam pun menjelma. Izni sebagai team membakar. Tapi Izni takde la bakar sangat, sebab Izni datang lambat, siang Izni ada latihan debat.


So dipendekkan cerita, malam tu sebelum makan-makan, kitorang main game, best la juga, sebab Izni tak kena, hahaha. Gelakkan orang je aku ni. Lepas game, tengok teaser Tepuk Amai Amai dan Mannequin Challenge yang dibuat oleh team shortout Wanep , Sha Khalim dan Bat.

Lepas tu, time for food. Banyak jugakla makanan, bihun, nasi goreng, sosej, coleslaw (betul  ke Izni eja ni), ayam bakar, sate pun ada.

Masa makan tu layan busking dari ahli-ahli teater sendiri, seperti Wan Reip, Adib Atan, Abu dan Izni tak ingat nama lagi sorang.

Habis je semua tu, kitorang tukar-tukar hadiah. Izni dapat butter cookies, not bad, nasib baik makanan (food lover) hahaha.

Best la, haa lupa pulak nak bagitau, Waris jemput juga team Senandika untuk meriahkan majlis.

Okey, sampai sini je kot Izni punya cerita tentang Malam Santai Waris.

Adakah Aku Pengidap OCD?

Assalamualaikum.

Melihat kepada tajuk di atas, apa itu OCD?


OCD merupakan singkatan bagi Obsessive Compulsive Order.

OCD merupakan satu keadaan psikologi yang dikenali dengan perilaku yang berulang-ulang disebabkan oleh ketakutan ataupun fikiran yang tidak masuk akal. Seseorang yang mempunyai OCD mungkin tak sedar apa yang dia obses itu tidak masuk akal.

Penghidap OCD berasa perlu melakukan sesuatu untuk meredakan tekanan akibat keadaan tertentu. Keadaan itu seringkali membawa rasa takut, dan walaupun ia telah berusaha untuk kurangkan rasa takutnya, rasa takut itu semakin bertambah sehinggakan penghidap OCD melakukan satu tindakan secara berulang-ulang.

Gejala OCD

Seseorang yang mengalami OCD selalunya mempunyai obses terhadap sesuatu dan paksaan. Namun, tidak jarang pula  penghidap hanya mengalami satu keadaan. Obses mungkin muncul, namun tidak disertai dengan tekanan atau paksaan, begitu juga sebaliknya. Baik itu hanya satu keadaan atau kedua-duanya, orang tersebut tetap dianggap mengalami OCD.

Gejala keterlaluan yang paling umum terjadi adalah:

Rasa takut seperti takut pada kotoran, kuman, api, atau kerosakan fizikal
Ragu - ragu sama ada pekerjaan yang dikerjakan dengan betul, seperti mengunci pintu atau mematikan dapur
Fikiran tidak masuk akal seperti pencerobohan, tindakan yang tidak pantas, atau tindakan seksual

Gejala kompulsif yang paling umum terjadi adalah:

Keteraturan
Pemeriksaan dan semakan semula pengiraan
Rutin yang kaku

Perbezaan orang yang mementingkan kesempurnaan dan OCD ialah dimana penghidap OCD mempunyai pemikiran tidak bertujuan, walhal orang yang mementingkan kesempurnaan ialah yang mempunyai pemikiran yang bermatlamat dan jelas kehendaknya.


Sehingga kini punca OCD tidak dapat dikenalpasti. Teori mengatakan bahawa, mungkin faktor biologi ataupun faktor sekeliling.

Klik untuk lebih info (1) MMHA
Klik untuk lebih info (2) DeHerba

Rujukan : https://www.docdoc.com/id/info/condition/obsessive-compulsive-disorder






End Year Mini Giveaway By Mellya & Friends

Assalamualaikum.
Jemputlah join giveaway ni. 


Klik banner untuk join. :)

Tarikh tamat : 31 Disember 2016

November Giveaway By CP

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Secara rasminya November Giveaway By CP telah bermula pada 17.11.2016.


Click the banner to join this giveaway.
Ganbatte.

Giveaway Shade Dough By Hanis Zalikha



Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ni first time aku try join giveaway.

Random kindness ya?

Sebenarnya aku pun tak tahu nak taip apa, tapi bila cakap random kindness ni aku boleh kaitkan dengan diri aku. Actually bila kita buat baik ataupun tolong orang, kita dapat rasa satu perasaan yang manis. Aku tak tahulah korang rasa macam mana, tapi kan bila aku dapat buat satu kebaikan, rasa puas sangat.

Berbalik kepada random kindness yang aku pernah buat. Emm. Selalunya aku suka buat baik dengan orang sekeliling aku. For example, classmates, roommates then yang satu kelab or random people.

Tak lupa family.

Paling paling paling aku suka ialah bila aku buat baik dengan ibu dan abah aku. Walaupun aku ni agak pemalas orangnya, hehehe, oops, aku paling suka tolong ibu aku masak, ahahaha. Simple. Bila aku tolong ibu aku masak pehh rasa bahagia ya amat. Bukan sebab aku suka memasak ke makan ke. Tapi kan bila aku tolong mak aku masak, macam rasaaaa ikatan tuu alahh suwit gitu.

Actually tengah rindu ibu sebenarnya.

Aku kadang bukannya the best daughter ever. Tapi sebenarnya aku cuba buat baik dengan ibu ngan abah. Walaupun aku mengada, tapi aku tetap usaha.

Sebenarnya, kita patut berbuat baik dengan orang yang paling rapat dengan kita, tapi kadang ada yang lupa, bahawa yang paling dekat tulah kita patut show our kindness. Aku bukan takde bantu kawan buat homework, pinjam duit, dalam bas bagi orang yang lebih tua duduk, common benda tu. Tolong cikgu angkat barang, cuba redakan kesedihan orang lain. Terlalu biasa. Tapi bagi aku bila kita mampu buat baik kat mak ayah kita, itu luar biasa. Bukan buat baik 1 kali. tapi berjuta-juta kali.

Entahlah, tetiba tergerak hati nak join giveaway ni. Rasa bahagia tiba-tiba tulis entry ni, walaupun tengah rindu ibu, huhu. My kindness untuk my 'ibu' tak mampu nak tandingi kindness ibu aku kepada aku.

Nothing special for you, but to me it's very special.

Sampai sini RANDOM KINDNESS yang aku mampu taip.

"Ibu, ibu nak tahu tak apa beza ibu dengan ais krim?"
"Apa?"
"Ais krim sejukkan tekak along, ibu sejukkan hati along." Cia cia cia.

Gurau senda & hiburkan hati juga satu random kindness.

End my story.

 Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] By Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi
 013-264 7912.

Bidadariku Telah Pergi

“Zul!” ujar sahabatku Raja Muhammad Hafiz Alaudin.
Aku tersentak dari lamunanku. Aku terkenangkan isteriku, Raudhatul Huri.
Satu persatu memori bermain di mindaku. Kenangan itu seperti terlayar di cermin televisyen di  hadapanku.
“Hilmi. Ummi berkenan sangat dengan Huri, anak kawan ummi tu. Hilmi nak tak kalau ummi jodohkan Hilmi dengan Huri,” ujar Puan Zahirah kepada anak sulungnya.

“Ermm, Hilmi ikut ummi je. Apa yang ummi rasa terbaik untuk Mi, Mi ikut je,” Zulhilmi taat kepada ibunya. Dia begitu sayangkan ibunya.
Akhirnya Zulhilmi dan Raudhatul Huri pun disatukan.
Setelah diijabkabulkan, Zulhilmi menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Dia tidak menyangka wajah Huri dilitupi sehelai kain. Selama ini, dia hanya redha akan keputusan ibunya. Dia bersyukur ibunya memilih Raudhatul Huri untuknya.
Setelah berkahwin, Zulhilmi dan Huri berpindah ke Gombak berdekatan kampus Huri, UIAM. Zulhilmi pun telah berjaya diterima bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat setelah menamatkan pengajiannya.
Beberapa bulan kemudian, Huri disahkan mengandung. Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua ahli keluarga mereka.

Panggilan Raja Hafiz membuatkan aku tersedar daripada kenangan lalu.
“Ya ada apa Raja.” Aku bertanya kepada sahabatku, Raja Hafiz.
“Kau masih rindukan Huri?” Pertanyaan Raja Hafiz tak mampu aku nafikan.
Tiba-tiba, Haura dan Habib datang kepadaku.
“Abiii, hari tu kan Haura jumpa ummi,” kata Haura dengan pelatnya. Aku memandang Raja Hafiz.
Aku melutut lalu memeluk Haura dan Habib. Anak-anakku merupakan peninggalan isteriku yang paling indah dan berharga.
“Haura, Habib jom ikut Abi Fiz nak? Jumpa Mama Lin  dengan Papa Esh,” ujar Raja Hafiz,
“Yeay, nak ikut!,” Habib menjerit keseronokan.
Haura dan Habib melihatku sambil tersenyum.
Aku mengangguk saja. Raja menepuk bahuku lalu berlalu bersama anakku bertemu Era dan Esh.
Raudhatul Huri... Insan yang tak mungkin aku lupakn.
Aku masih ingat lagi saat dia pergi. Aku tidak menyangka Huri menghidapi kanser hati tahap empat.

Aku redha dengan pemergian Huri. Aku berharap akan bertemunya di syurga kelak. Amin.

Adakah Ruang Untukku

Kisah ini adalah kisah sebenar yang ditokok tambah. Cerita hidup penulis semasa di PLKN dan 'crush' di PLKN. Chia chia chia. Teruskan membaca. Kebanyakkan watak menggunakan nama sebenar ataupun diolah sedikit sahaja. Enjoy writer's life. Dan mungkin ada sambungan, tapi berdasarkan imaginasi penulislah ye.

Iris Syafiqah memandang telefon bimbitnya.
"Urghh, kenapa susah sangat nak balas mesej aku?"
Amukan Iris mengejutkan sahabat baiknya, Era dan Husna.
"Iris, kau ni kenapa menjerit macam orang gila? Sudah malam pun bising lagi. Tidurlah," Husna membebel.
"Hehe, tak ada apa," Iris berkata sambil tersengih seperti kerang busuk.
'Fuh! Nasib baik Era dan Una saja yang terjaga. Shuba, Shu Yi dengan Hui He lena betul.' Bisik hati kecil Iris.
Era dan Husna pula sudah kembali dibuai mimpi indah meninggalkan Iris yang masih sedar.
Lokernya dikemas rapi.
'Yeah! Akhirnya siap juga kemas,'monolog dirinya.
Keesokannya Iris menyibukkan dirinya membasuh pakaian. Malam Akrab adalah malam terakhir mereka di Kem PLKN Rimba Taqwa. Segala ilmu dan pengalaman memberikan semangat dan kekuatan jati diri kepada pelatih PLKN.
Malam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
"Iris, pelik tak aku pakai tudung ni?" Era mengomel.
"Okay dah. Kau cuba tengok aku ni, dah macam mak cik. Lagi teruk,"ujar Iris.
Iris, Era dan Husna pun berjalan menuju ke surau.
"Iris, Una, aku rasa macam nak balik ke bilik tukar tudung. Hehe," Era berkata sambil tersengih.
"Betul. Aku pun rasa macam naik balik bilik je. Nak tukar pakai jubah je. Hehehe," balas Iris.
Husna ketawa melihat kerenah sahabat-sahabatnya.Ketawa Husna terhenti apabila terpandang Hanif aka JOKER yang sedang duduk di tepi surau.

Tiga sahabat itu terus masuk ke dalam surau kerana mereka ialah AJK surau yang bertugas pada hari itu.Sedang Iris sibuk melihat dirinya di cermin tingkap. Tiba-tiba, Era menjerit kecil.
"Una, Iris, Hikmah, Fiqah, kita kena berbaris juga."
"Alamak, malunya aku pakai macam ni. Dah la macam mak cik," Iris membebel mengenangkan dirinya yang seperti mak cik.
Malam Akrab berlangsung dengan gahnya. Pelbagai juadah disediakan. Nasi hujan panas, sate, sosej, mee goreng dan banyak lagi.
Sedang enak menjamu selera, Iris dan Era melihat persembahan yang hebat daripada para pelatih dan jurulatih. Sesi cabutan bertuah juga diadakan.
"266," pengacara majlis mengumumkan nombor bertuah itu.
"Eh, no badan aku! Betulkah?" Iris bertanya kepada Era.
"Ya, no badan kau. Hehe," kata Era dan Fatin.

Iris pun bergegas ke pentas.
Setelah tamat semuanya, semua pelatih pulang ke bilik masing-masing dan mengemas barang-barang dan pakaian masing-masing untuk pulang ke rumah keesokan harinya.
Hari yang dinantikan para pelatih PLKN telah pun tiba. 14 FEBRUARI 2015. Akhirnya setelah 71 hari menanti, mereka akan pulang ke tempat masing-masing dan berpisah. Sedih dan gembira bercampur.

"Emm, mana ibu ni? Call tak dapat pun," Iris berbicara sendiri.
Era, Shuba dan Shu Yi telah pulang dengan menaiki bas yang disediakan. Pengangkutan telah disediakan, tetapi sekiranya ingin pulang bersama waris, pelatih perlulah memaklumkan terlebih dahulu. Husna juga menunggu ketibaan warisnya.

"Iris, mak kau dah datang. Tuu," Faizs memberitahu dan menunjukkan lokasi ibu Iris.
"Terima kasih," setelah mengucapkan terima kasih kepada Faizs, Iris bergegas ke pondok pengawal.
Setelah mengangkat barangnya ke dalam kereta. Ibu Iris pun memandu pulang ke rumah.
"Sampai pun akhirnya ke rumah," Iris gembira.

Setelah Iris sampai di biliknya dia pun merebahkan badannya di atas katil. Fikirannya melayang mengingati satu wajah.
'Surat aku dah dibaca atau belum ya?' Persoalan itu bermain di mindanya.
Iris sering mengganggu crushnya hamper setiap hari. Namun semua SMSnya tidak berbalas.
Tiba-tiba, di suatu hari, Iris menerima satu mesej dari crushnya.

Iris, aku tak marah kau pun. Tak payahlah kau nak minta maaf bagai. Tanya dan chat di dalam group sudah. Aku tak selesa kau private chat dengan aku. Kau menjengkelkan.

Kata-kata itu menjentik sukma Iris. Tusukan kata-kata itu menembusi hatinya. Semenjak menerima mesej itu, Iris tidak lagi menganggu si dia. Tambahan pula setelah dia mengetahui jejaka itu meminati Hafizah, salah seorang temannya.
Sahabat Iris, Tengku Putra Indera Wangsa juga jarang berhubung dengannya. Masing-masing sibuk. Mujur sahaja, dia dan Era masih lagi berhubung.
Iris telah berputus asa terhadap Raja Muhammad Hafiz Alaudin. Semenjak itu, dia tidak lagi bersahabat baik dengan mana-mana lelaki. Hanya berbicara atas urusan penting. Iris terus belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun di sudut hatinya masih terdapat nama lelaki itu. Sehingga kini dia masih menunggu dan berharap lelaki itu adalah jodohnya.

Sambungannya, jeng jeng jeng.

Era dan Esh akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan. Iris memandang kad undangan lalu tersenyum. “8 Februari. Tarikh yang istimewa bagi aku,” ujar Iris Syafiqah.
“Amboi, hampa berjodoh rupanya, ni hampa jemput dak Cikgu Eddy dengan Cikgu Joe?” tanya Iris kepada dua sahabatnya itu.
“Dah jemput, jangan risaulah,” Esh menjawab pertanyaan Iris.
8 Februari 2021
Amboi, gahnya perkahwinan sahabat aku ini. Almaklumlah Tengku.
“Ehh, tu Una ka?” Iris masih tak dapat mengecam Husna.
“Unaaaa, ingat Iris lagi tak?” Husna bangun lalu memeluk Iris.
“Mana boleh lupa. Kita kan selalu chat,” ujar Husna.
“Eh, jom jumpa Era,” Iris mengajak Husna berjumpa Era.
“Jom,” kami pun segera menemui merpati sejoli itu.
“Ya Allah, cantiknya Era, cantiknya kawan Una ni, berseri-seri, seri pengantin,” Una berkata dengan nada teruja.
“Tak sangkakan, antara kita bertiga, Era yang paling awal sekali. Tahniah Era, Esh.” Ucap Iris kepada mereka.
Busanaku pada hari bahagia sahabatku agak menonjol. Jubah purple gelap. Tudung purple lembut dan purdah yang sama warna. Untung juga frust dengan si Raja tu dulu. Hehe, aku belajar menjahit sebab frust. Adakah macam tu?
Oh, lupa pula tentang kehidupan aku sekarang. Aku kini sedang belajar lagi di samping bisnes online yang semakin berkembang.
Asyik pula bercerita mengenai kehidupan aku. Hehe.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat si pemanggil. “IBU”
Aku segera menjawab panggilan itu.
“Taknak ibu.” Usai itu aku meletakkan panggilan. Ibuku memberitahu hasrat sepupuku untuk mengambil aku sebagai isterinya. Taknak aku menjadi isteri seorang askar.
Dia masih lagi aku tunggu. Enam tahun berlalu, aku tidak mendengar sebarang cerita mengenai dia. Aku malu. Biarlah menjadi rahsiaku.
Selesai sahaja aku bertemu pasanga bahagia itu. Aku meminta diri untuk pulang kerana migrainku menyerang.

Aku berjalan menuju ke keretaku. Kereta murah je aku mampu. Hihi.
Aku terpana melihat seorang lelaki memimpin sepasang anak kembar. Barangkali anaknya. Ya Allah, aku kenal wajah itu. Dadaku sebak tiba-tiba.
“Ummi,” terkejut aku apabila terdengar suara si kecil yang sedang memeluk kakiku.
‘Comelnya!’ Aku geram melihat pipinya yang gebu. Hendakku cium, tetapi memandangkan wajahku terlindung, aku membatalkan niat itu.
“Cik, maafkan saya, anak saya memang macam ni. Semua wanita macam cik dianggap umminya, umminya pun seperti encik,” ujar lelaki itu sambil menunjukkan seperti menutup muka. Ohh, aku faham, ummi si comel ni turut melindung wajahnya.
Aku mengangguk faham. “ Takpa,” aku menyerahkan si kecil itu dan terus berlalu.
Hati aku terkedu, rupanya dia sudah beristeri.

“Zul, Haura ni suka sangat peluk kaki orang, semua wanita dianggap umminya. Kesian aku tengok anak-anak kau ni, rindukan belaian seorang ibu. Kau kahwinlah Zul.”
“Terima kasih Raja, sebab sudi jaga anak-anak aku ni,” ujar Zulhilmi sebak.
“Ala anak-anak kau, anak aku juga, aku sayang Haura dan Habib macam anak aku sendiri,” ujar Raja Muhammad Hafiz Alaudin.
“Bila kau nak kahwin Raja, Esh dah, turn kau bila lagi. Kau suruh aku kahwin lagi, kau tu bujang lagi, lagipun aku hanya cintakan isteri aku,Raudhatul Huri,” Zulhilmi berkata dan tersenyum. Raja Hafiz hanya gelak dengan pertanyaan Zulhilmi.
Raja Hafiz menggenggam surat itu. Sungguh aku terpaksa berkasar.
Bait surat itu menyentuh hatinya.
‘Masihkah dia menunggu aku.’ bisik hati Raja Hafiz.
‘Esh pernah beritahu, dia masih bujang seperti diriku.’ Desis sekali lagi hati kecil Raja Hafiz.
“ Esh, aku nak minta tolong boleh?”  Raja Hafiz memberitahu rancangannya kepada Tengku Putra Indera Wangsa.
“ Ya, boleh. InshaAllah nanti aku bagi detail.
“Along!?”
“Ya, ibu.”
“Kahwin dengan Udin.”
“What? Along tak kenal pun sapa Udin tu.” Aduh sapa pula si Udin ni. Hailah, Udin Sedunia.
“Dia kata dia kawan along, ibu terimalah pinangan tu. Along terimalah dia,” ibu aku ingat ni novel ke. Tak kenal, kahwin lepas tu happy ending. Pftt.
Akhirnya aku  redha je lah. Sebak hati aku, mungkin jodohku dengan si Udin ni memang tertulis dari Luh Mahfuz agaknya. Jodoh itu misteri. Aku berharap si Udin ni orang yang soleh. Aminn.
Aku tidak dibenarkan untuk berhubung dengan tunangku.  Aku pun malas nak ambil tahu. Semuanya diuruskan oleh si Udin. Baju aku pun dia tolong belikan. Hahaha. Relaks je aku ni.
Aku redha dengan jodohku ini. Hailah Udin.

Sah! sah! sah! Kini aku sudah menjadi isteri si Udin. Hahaha, kelakar pulak.
Aku memandang ke bawah. Udin yang kini menjadi suamiku menyarungkan cincin di jari manisku. Aku mencium tangannya.  Dia mencium dahiku.
“ Terima kasih kerana sudi menjadi kekasih halal abang.”
Aku memberanikan diri memandang wajah suamiku. Subhanallah. Senyuman itu. Aku terkedu.
Kini usia perkahwinan aku dan Raja Muhammad Hafiz Alaudin sudah mencecah10 tahun. Rupanya Udin itu dicipta dari nama akhirnya Alaudin. Hehe.
Hasil perkongsian hidup kami, empat cahaya mata kami yang sentiasa memeriahkan suasana di rumah kami.

Permata hati kami : -
Raja Muhammad Hanzalah Arsyad, Raja Muhammad Ikmal Syakir, Raja Nur Hayatul Aisyah, Raja Nur Imtiaz Syuhada.


P/S: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Berangan untuk mendapatkan idea. (24/2/15 @ 4:22 a.m.)


Puisi Untukmu

Januari, bulan perkenalan kita,
Terjalin satu perhubungan,
Antara kau dan aku,
Kau mengisi ruangan waktuku,
Bicaramu menjadi irama hidupku,
Gelak tawamu igauanku.

Kadang hujan ribut membadai kita,
Mungkinkah hanya aku menyayangimu,
Dulu kau pergi seketika,
Membawa rasa di jiwa ini,
Saat kau kembali,
Tiada lagi kasih memekar,
Kini kau pergi,
Meninggalkan luka di sini.

Hitam malam terbentang luas di langit,
Terlihat bintang terang nun di sana,
Bintang menjadi saksi kita.

Tatkala ku lihat bintang,
Kata-katamu terpateri dijiwa,
Andai tiada kegelapan,
Tidak terlihat sinarnya.

Awan berarak ke sana sini,
Awan buatku tersenyum sendiri.

Masihku ingat tentang awan,
Kau bilang, hidup kita ibarat awan,
Mulanya sukar untukku mengerti,
Namun ku cuba untuk fahami jua maksudmu.

Antara laut dan langit, di situ bintang dan awan terlihat,
Realiti dan juga bayangan,
Itu jua antara kita,

Hanya kenangan yang tercipta.

My Bio


Dulu masa mula-mula, family nak letak nama Eira Syazira. Hahaha, nama artis tu, tapi entah macam mana boleh dapat nama Izni Syafiqah. Haha.

Izni seorang yang sangat comel, opss, terperasan pulak, nak maksudkan rendah la. Ahaha. Anak sulung dalam keluarga, tapi manja kalah anak bongsu. Suka menangis, haha. Sensitif sangat-sangat. Tapi kalau start keras kepala, habislah.

Suka makan, hahaha. Yummy, sebab tu badan macam Doraemon. Hahaha. 


Suka bintang. Dulu, sampai ada cita-cita nak beli teleskop, nak ada teleskop sendiri sebab suka sangat bintang, harap-harap jadi kenyataan ya.


Punya suka bintang sampai beg yang ada bintang-bintang pun nak beli. Tunggu laa, nanti cheq kerja. 

Hahaha. 

Education at Sk Jeniang (04-09) , Smk Ibrahim (10-14) , Km Kedah (15-16) , UMP (16- till now).

Fav colour ? Blue
Fav person : .... Secret
Talent : Ruin your life, haha
Hobbies ? Read, blog, games, sleep, eat

Love
-family
-friends
-blogs
-cute things
-babies
-cat
-he

Hate
-insects
-studying
-homeworks, hahaha

Alaa tak tahu.

Okbai.