Bidadariku Telah Pergi

“Zul!” ujar sahabatku Raja Muhammad Hafiz Alaudin.
Aku tersentak dari lamunanku. Aku terkenangkan isteriku, Raudhatul Huri.
Satu persatu memori bermain di mindaku. Kenangan itu seperti terlayar di cermin televisyen di  hadapanku.
“Hilmi. Ummi berkenan sangat dengan Huri, anak kawan ummi tu. Hilmi nak tak kalau ummi jodohkan Hilmi dengan Huri,” ujar Puan Zahirah kepada anak sulungnya.

“Ermm, Hilmi ikut ummi je. Apa yang ummi rasa terbaik untuk Mi, Mi ikut je,” Zulhilmi taat kepada ibunya. Dia begitu sayangkan ibunya.
Akhirnya Zulhilmi dan Raudhatul Huri pun disatukan.
Setelah diijabkabulkan, Zulhilmi menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Dia tidak menyangka wajah Huri dilitupi sehelai kain. Selama ini, dia hanya redha akan keputusan ibunya. Dia bersyukur ibunya memilih Raudhatul Huri untuknya.
Setelah berkahwin, Zulhilmi dan Huri berpindah ke Gombak berdekatan kampus Huri, UIAM. Zulhilmi pun telah berjaya diterima bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat setelah menamatkan pengajiannya.
Beberapa bulan kemudian, Huri disahkan mengandung. Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua ahli keluarga mereka.

Panggilan Raja Hafiz membuatkan aku tersedar daripada kenangan lalu.
“Ya ada apa Raja.” Aku bertanya kepada sahabatku, Raja Hafiz.
“Kau masih rindukan Huri?” Pertanyaan Raja Hafiz tak mampu aku nafikan.
Tiba-tiba, Haura dan Habib datang kepadaku.
“Abiii, hari tu kan Haura jumpa ummi,” kata Haura dengan pelatnya. Aku memandang Raja Hafiz.
Aku melutut lalu memeluk Haura dan Habib. Anak-anakku merupakan peninggalan isteriku yang paling indah dan berharga.
“Haura, Habib jom ikut Abi Fiz nak? Jumpa Mama Lin  dengan Papa Esh,” ujar Raja Hafiz,
“Yeay, nak ikut!,” Habib menjerit keseronokan.
Haura dan Habib melihatku sambil tersenyum.
Aku mengangguk saja. Raja menepuk bahuku lalu berlalu bersama anakku bertemu Era dan Esh.
Raudhatul Huri... Insan yang tak mungkin aku lupakn.
Aku masih ingat lagi saat dia pergi. Aku tidak menyangka Huri menghidapi kanser hati tahap empat.

Aku redha dengan pemergian Huri. Aku berharap akan bertemunya di syurga kelak. Amin.

Adakah Ruang Untukku

Kisah ini adalah kisah sebenar yang ditokok tambah. Cerita hidup penulis semasa di PLKN dan 'crush' di PLKN. Chia chia chia. Teruskan membaca. Kebanyakkan watak menggunakan nama sebenar ataupun diolah sedikit sahaja. Enjoy writer's life. Dan mungkin ada sambungan, tapi berdasarkan imaginasi penulislah ye.

Iris Syafiqah memandang telefon bimbitnya.
"Urghh, kenapa susah sangat nak balas mesej aku?"
Amukan Iris mengejutkan sahabat baiknya, Era dan Husna.
"Iris, kau ni kenapa menjerit macam orang gila? Sudah malam pun bising lagi. Tidurlah," Husna membebel.
"Hehe, tak ada apa," Iris berkata sambil tersengih seperti kerang busuk.
'Fuh! Nasib baik Era dan Una saja yang terjaga. Shuba, Shu Yi dengan Hui He lena betul.' Bisik hati kecil Iris.
Era dan Husna pula sudah kembali dibuai mimpi indah meninggalkan Iris yang masih sedar.
Lokernya dikemas rapi.
'Yeah! Akhirnya siap juga kemas,'monolog dirinya.
Keesokannya Iris menyibukkan dirinya membasuh pakaian. Malam Akrab adalah malam terakhir mereka di Kem PLKN Rimba Taqwa. Segala ilmu dan pengalaman memberikan semangat dan kekuatan jati diri kepada pelatih PLKN.
Malam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
"Iris, pelik tak aku pakai tudung ni?" Era mengomel.
"Okay dah. Kau cuba tengok aku ni, dah macam mak cik. Lagi teruk,"ujar Iris.
Iris, Era dan Husna pun berjalan menuju ke surau.
"Iris, Una, aku rasa macam nak balik ke bilik tukar tudung. Hehe," Era berkata sambil tersengih.
"Betul. Aku pun rasa macam naik balik bilik je. Nak tukar pakai jubah je. Hehehe," balas Iris.
Husna ketawa melihat kerenah sahabat-sahabatnya.Ketawa Husna terhenti apabila terpandang Hanif aka JOKER yang sedang duduk di tepi surau.

Tiga sahabat itu terus masuk ke dalam surau kerana mereka ialah AJK surau yang bertugas pada hari itu.Sedang Iris sibuk melihat dirinya di cermin tingkap. Tiba-tiba, Era menjerit kecil.
"Una, Iris, Hikmah, Fiqah, kita kena berbaris juga."
"Alamak, malunya aku pakai macam ni. Dah la macam mak cik," Iris membebel mengenangkan dirinya yang seperti mak cik.
Malam Akrab berlangsung dengan gahnya. Pelbagai juadah disediakan. Nasi hujan panas, sate, sosej, mee goreng dan banyak lagi.
Sedang enak menjamu selera, Iris dan Era melihat persembahan yang hebat daripada para pelatih dan jurulatih. Sesi cabutan bertuah juga diadakan.
"266," pengacara majlis mengumumkan nombor bertuah itu.
"Eh, no badan aku! Betulkah?" Iris bertanya kepada Era.
"Ya, no badan kau. Hehe," kata Era dan Fatin.

Iris pun bergegas ke pentas.
Setelah tamat semuanya, semua pelatih pulang ke bilik masing-masing dan mengemas barang-barang dan pakaian masing-masing untuk pulang ke rumah keesokan harinya.
Hari yang dinantikan para pelatih PLKN telah pun tiba. 14 FEBRUARI 2015. Akhirnya setelah 71 hari menanti, mereka akan pulang ke tempat masing-masing dan berpisah. Sedih dan gembira bercampur.

"Emm, mana ibu ni? Call tak dapat pun," Iris berbicara sendiri.
Era, Shuba dan Shu Yi telah pulang dengan menaiki bas yang disediakan. Pengangkutan telah disediakan, tetapi sekiranya ingin pulang bersama waris, pelatih perlulah memaklumkan terlebih dahulu. Husna juga menunggu ketibaan warisnya.

"Iris, mak kau dah datang. Tuu," Faizs memberitahu dan menunjukkan lokasi ibu Iris.
"Terima kasih," setelah mengucapkan terima kasih kepada Faizs, Iris bergegas ke pondok pengawal.
Setelah mengangkat barangnya ke dalam kereta. Ibu Iris pun memandu pulang ke rumah.
"Sampai pun akhirnya ke rumah," Iris gembira.

Setelah Iris sampai di biliknya dia pun merebahkan badannya di atas katil. Fikirannya melayang mengingati satu wajah.
'Surat aku dah dibaca atau belum ya?' Persoalan itu bermain di mindanya.
Iris sering mengganggu crushnya hamper setiap hari. Namun semua SMSnya tidak berbalas.
Tiba-tiba, di suatu hari, Iris menerima satu mesej dari crushnya.

Iris, aku tak marah kau pun. Tak payahlah kau nak minta maaf bagai. Tanya dan chat di dalam group sudah. Aku tak selesa kau private chat dengan aku. Kau menjengkelkan.

Kata-kata itu menjentik sukma Iris. Tusukan kata-kata itu menembusi hatinya. Semenjak menerima mesej itu, Iris tidak lagi menganggu si dia. Tambahan pula setelah dia mengetahui jejaka itu meminati Hafizah, salah seorang temannya.
Sahabat Iris, Tengku Putra Indera Wangsa juga jarang berhubung dengannya. Masing-masing sibuk. Mujur sahaja, dia dan Era masih lagi berhubung.
Iris telah berputus asa terhadap Raja Muhammad Hafiz Alaudin. Semenjak itu, dia tidak lagi bersahabat baik dengan mana-mana lelaki. Hanya berbicara atas urusan penting. Iris terus belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun di sudut hatinya masih terdapat nama lelaki itu. Sehingga kini dia masih menunggu dan berharap lelaki itu adalah jodohnya.

Sambungannya, jeng jeng jeng.

Era dan Esh akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan. Iris memandang kad undangan lalu tersenyum. “8 Februari. Tarikh yang istimewa bagi aku,” ujar Iris Syafiqah.
“Amboi, hampa berjodoh rupanya, ni hampa jemput dak Cikgu Eddy dengan Cikgu Joe?” tanya Iris kepada dua sahabatnya itu.
“Dah jemput, jangan risaulah,” Esh menjawab pertanyaan Iris.
8 Februari 2021
Amboi, gahnya perkahwinan sahabat aku ini. Almaklumlah Tengku.
“Ehh, tu Una ka?” Iris masih tak dapat mengecam Husna.
“Unaaaa, ingat Iris lagi tak?” Husna bangun lalu memeluk Iris.
“Mana boleh lupa. Kita kan selalu chat,” ujar Husna.
“Eh, jom jumpa Era,” Iris mengajak Husna berjumpa Era.
“Jom,” kami pun segera menemui merpati sejoli itu.
“Ya Allah, cantiknya Era, cantiknya kawan Una ni, berseri-seri, seri pengantin,” Una berkata dengan nada teruja.
“Tak sangkakan, antara kita bertiga, Era yang paling awal sekali. Tahniah Era, Esh.” Ucap Iris kepada mereka.
Busanaku pada hari bahagia sahabatku agak menonjol. Jubah purple gelap. Tudung purple lembut dan purdah yang sama warna. Untung juga frust dengan si Raja tu dulu. Hehe, aku belajar menjahit sebab frust. Adakah macam tu?
Oh, lupa pula tentang kehidupan aku sekarang. Aku kini sedang belajar lagi di samping bisnes online yang semakin berkembang.
Asyik pula bercerita mengenai kehidupan aku. Hehe.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat si pemanggil. “IBU”
Aku segera menjawab panggilan itu.
“Taknak ibu.” Usai itu aku meletakkan panggilan. Ibuku memberitahu hasrat sepupuku untuk mengambil aku sebagai isterinya. Taknak aku menjadi isteri seorang askar.
Dia masih lagi aku tunggu. Enam tahun berlalu, aku tidak mendengar sebarang cerita mengenai dia. Aku malu. Biarlah menjadi rahsiaku.
Selesai sahaja aku bertemu pasanga bahagia itu. Aku meminta diri untuk pulang kerana migrainku menyerang.

Aku berjalan menuju ke keretaku. Kereta murah je aku mampu. Hihi.
Aku terpana melihat seorang lelaki memimpin sepasang anak kembar. Barangkali anaknya. Ya Allah, aku kenal wajah itu. Dadaku sebak tiba-tiba.
“Ummi,” terkejut aku apabila terdengar suara si kecil yang sedang memeluk kakiku.
‘Comelnya!’ Aku geram melihat pipinya yang gebu. Hendakku cium, tetapi memandangkan wajahku terlindung, aku membatalkan niat itu.
“Cik, maafkan saya, anak saya memang macam ni. Semua wanita macam cik dianggap umminya, umminya pun seperti encik,” ujar lelaki itu sambil menunjukkan seperti menutup muka. Ohh, aku faham, ummi si comel ni turut melindung wajahnya.
Aku mengangguk faham. “ Takpa,” aku menyerahkan si kecil itu dan terus berlalu.
Hati aku terkedu, rupanya dia sudah beristeri.

“Zul, Haura ni suka sangat peluk kaki orang, semua wanita dianggap umminya. Kesian aku tengok anak-anak kau ni, rindukan belaian seorang ibu. Kau kahwinlah Zul.”
“Terima kasih Raja, sebab sudi jaga anak-anak aku ni,” ujar Zulhilmi sebak.
“Ala anak-anak kau, anak aku juga, aku sayang Haura dan Habib macam anak aku sendiri,” ujar Raja Muhammad Hafiz Alaudin.
“Bila kau nak kahwin Raja, Esh dah, turn kau bila lagi. Kau suruh aku kahwin lagi, kau tu bujang lagi, lagipun aku hanya cintakan isteri aku,Raudhatul Huri,” Zulhilmi berkata dan tersenyum. Raja Hafiz hanya gelak dengan pertanyaan Zulhilmi.
Raja Hafiz menggenggam surat itu. Sungguh aku terpaksa berkasar.
Bait surat itu menyentuh hatinya.
‘Masihkah dia menunggu aku.’ bisik hati Raja Hafiz.
‘Esh pernah beritahu, dia masih bujang seperti diriku.’ Desis sekali lagi hati kecil Raja Hafiz.
“ Esh, aku nak minta tolong boleh?”  Raja Hafiz memberitahu rancangannya kepada Tengku Putra Indera Wangsa.
“ Ya, boleh. InshaAllah nanti aku bagi detail.
“Along!?”
“Ya, ibu.”
“Kahwin dengan Udin.”
“What? Along tak kenal pun sapa Udin tu.” Aduh sapa pula si Udin ni. Hailah, Udin Sedunia.
“Dia kata dia kawan along, ibu terimalah pinangan tu. Along terimalah dia,” ibu aku ingat ni novel ke. Tak kenal, kahwin lepas tu happy ending. Pftt.
Akhirnya aku  redha je lah. Sebak hati aku, mungkin jodohku dengan si Udin ni memang tertulis dari Luh Mahfuz agaknya. Jodoh itu misteri. Aku berharap si Udin ni orang yang soleh. Aminn.
Aku tidak dibenarkan untuk berhubung dengan tunangku.  Aku pun malas nak ambil tahu. Semuanya diuruskan oleh si Udin. Baju aku pun dia tolong belikan. Hahaha. Relaks je aku ni.
Aku redha dengan jodohku ini. Hailah Udin.

Sah! sah! sah! Kini aku sudah menjadi isteri si Udin. Hahaha, kelakar pulak.
Aku memandang ke bawah. Udin yang kini menjadi suamiku menyarungkan cincin di jari manisku. Aku mencium tangannya.  Dia mencium dahiku.
“ Terima kasih kerana sudi menjadi kekasih halal abang.”
Aku memberanikan diri memandang wajah suamiku. Subhanallah. Senyuman itu. Aku terkedu.
Kini usia perkahwinan aku dan Raja Muhammad Hafiz Alaudin sudah mencecah10 tahun. Rupanya Udin itu dicipta dari nama akhirnya Alaudin. Hehe.
Hasil perkongsian hidup kami, empat cahaya mata kami yang sentiasa memeriahkan suasana di rumah kami.

Permata hati kami : -
Raja Muhammad Hanzalah Arsyad, Raja Muhammad Ikmal Syakir, Raja Nur Hayatul Aisyah, Raja Nur Imtiaz Syuhada.


P/S: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Berangan untuk mendapatkan idea. (24/2/15 @ 4:22 a.m.)