November Giveaway By CP

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Secara rasminya November Giveaway By CP telah bermula pada 17.11.2016.


Click the banner to join this giveaway.
Ganbatte.

Giveaway Shade Dough By Hanis Zalikha



Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ni first time aku try join giveaway.

Random kindness ya?

Sebenarnya aku pun tak tahu nak taip apa, tapi bila cakap random kindness ni aku boleh kaitkan dengan diri aku. Actually bila kita buat baik ataupun tolong orang, kita dapat rasa satu perasaan yang manis. Aku tak tahulah korang rasa macam mana, tapi kan bila aku dapat buat satu kebaikan, rasa puas sangat.

Berbalik kepada random kindness yang aku pernah buat. Emm. Selalunya aku suka buat baik dengan orang sekeliling aku. For example, classmates, roommates then yang satu kelab or random people.

Tak lupa family.

Paling paling paling aku suka ialah bila aku buat baik dengan ibu dan abah aku. Walaupun aku ni agak pemalas orangnya, hehehe, oops, aku paling suka tolong ibu aku masak, ahahaha. Simple. Bila aku tolong ibu aku masak pehh rasa bahagia ya amat. Bukan sebab aku suka memasak ke makan ke. Tapi kan bila aku tolong mak aku masak, macam rasaaaa ikatan tuu alahh suwit gitu.

Actually tengah rindu ibu sebenarnya.

Aku kadang bukannya the best daughter ever. Tapi sebenarnya aku cuba buat baik dengan ibu ngan abah. Walaupun aku mengada, tapi aku tetap usaha.

Sebenarnya, kita patut berbuat baik dengan orang yang paling rapat dengan kita, tapi kadang ada yang lupa, bahawa yang paling dekat tulah kita patut show our kindness. Aku bukan takde bantu kawan buat homework, pinjam duit, dalam bas bagi orang yang lebih tua duduk, common benda tu. Tolong cikgu angkat barang, cuba redakan kesedihan orang lain. Terlalu biasa. Tapi bagi aku bila kita mampu buat baik kat mak ayah kita, itu luar biasa. Bukan buat baik 1 kali. tapi berjuta-juta kali.

Entahlah, tetiba tergerak hati nak join giveaway ni. Rasa bahagia tiba-tiba tulis entry ni, walaupun tengah rindu ibu, huhu. My kindness untuk my 'ibu' tak mampu nak tandingi kindness ibu aku kepada aku.

Nothing special for you, but to me it's very special.

Sampai sini RANDOM KINDNESS yang aku mampu taip.

"Ibu, ibu nak tahu tak apa beza ibu dengan ais krim?"
"Apa?"
"Ais krim sejukkan tekak along, ibu sejukkan hati along." Cia cia cia.

Gurau senda & hiburkan hati juga satu random kindness.

End my story.

 Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] By Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi
 013-264 7912.