Debat Terbuka Belia 3.0 2017

Izni pergi sebagai pengiring.

Tempat : FSSK UPM
Tarikh : Tak ingat, hahaha.

Team UMP :
Fateh, Kak Wani, Wan dengan Shahrul

Pengiring :
Paan, Izni, Ben

Bilik roll call.

Team with Paan.

Team with me.


Debat Piala Menteri Besar Johor

Venue : Universiti Teknologi Malaysia
Date: 16 -18 November 2017

Hola! This is my first debate tournament eventhough I just as 'reserved' or simpanan. Luckily my team had reach until semi-finals. But unfortunately, we lose to USIM.

We got this.

Before, I join this tournament, I went to IPGIK as supporter of our uni team for DeTIK at Cheras ( I don't really remember ) but there's no my rezeki, we ( Kak Sara and me ) don't get a room, so we went back too UMP. It's very disappointing, but it's okay.

So I was trying my best to follow our team and get chance in this debate. Honestly, I was very tired and fatigue during this tournament.

But I can kept it as a sweet memory.

This tournament held at Johor. Akim (my teammate) is Johorean, he introduced Mee Siput to us. We bought it at Bazaar Karat. It's delicious. (I always think about food. HAHAHA)

This debate is to gather information and ideas from students about Johor. The content of ideas will be record and submitted to MB Johor.

UMP sent 1 team include me. My teammates were Teh Ben Gee, Muhammad Hakim and Mohd Khairil Redza. Kak Wani and Remy also went there as our supporters.


At below are the result by rounds;-


The suggestion / proposal that has been debate;-

1. Dewan ini percaya Inisiatif Johor Mahir perlukan nafas baru.
2. Masyarakat Johor serius dengan isu kebajikan asnaf.
3. Projek bandar hijau di Johor sudah cukup hijau.
4. Dewan ini percaya Muafakat Johor hanya kerajaan yang prihatin.
5. Sudah tiba masanya Johor perlukan ”Pasar Siti Khadijah”.
6. Dewan ini akan membina ”Kampung Budaya” untuk merancakkan pembangunan pelancongan kebudayaan Johor.
7. Dewan ini mencadangkan dana khas diberikan kepada pihak sekolah untuk membudayakan aktiviti inovasi dan teknologi di kalangan pelajar sekolah di Johor.
8. Pelaburan asing penentu kejayaan sektor bioteknologi di Johor.

Well done for a good job guys.



Junior Motivator Competition UMP 2017

First time, aku jadi pengarah. First program pulak tu. Hmm, banyak sangat perkara yang aku belajar semasa jadi pengarah program ni. Banyak kesilapan juga yang aku buat. Ahh, walaupun penat, berbaloi. Aku dapat pengalaman baru. Banyak nak tulis, tapi sebabkan mengantuk, aku jadikan pendek ja.

Hmmm.

Tempat : UMP Gambang
Tarikh : 14-15 November 2017
Anjuran : Kelab Orator UMP bersama PERSIS UMP

Banyak benda yang aku terpaksa hadap masa nak jalankan program ni. Perangai macam- macam manusia. Fuhh. Memang banyak bersabar jugak la. Alhamdulillah lah, semuanya berjalan lancar.

Yang sedih tu, peserta dari belas-belas tinggal 8 orang. Tapi syukur, ramai penonton. Tak banyak nak cakap. Cuma bersyukur sebab jalan lancar walaupun ada kelemahan lagi. Huhu. Yalah, dah la taktau apa-apa, lepastu jadi pengarah haa.


Perkampungan Debat 1.0 & Latihan Debat

Perkampungan debat best sangat. Hahaha. Paling best hari last waktu BBQ, makan makan pastu main game. Hahahah, nak tergelak. Main teka gaya, cap kelicap dan lain-lain.

Day 1

Day 2

Bawah : Latihan sebelum Detik. Tak silap la. Masa ni mood tak berapa elok sebab sesat. Huhuhu. Cari bangunan FIM tak jumpa.



Mesti rindu nanti.

Kabinet Kelab Orator UMP 2017/2018

Assalamualaikum.. Hai. Hari ini baru berkesempatan untuk update tentang jawatankuasa Kelab Orator UMP sesi 17/18. Walaupun dah nak habis semester 1 sesi ni. Nak jugak update. Huhuhu.

Tadaa! Berikut adalah:-


SENARAI NAMA MAJLIS TERTINGGI SESI 2017/18 

PRESIDEN : 
Nur Syazwani Bt Zaifulbahari

TIMBALAN PRESIDEN : 
Mohamed Al Fateh Bin Ab Razak (G)
Teh Ben Gee (P)

SETIAUSAHA : 
Izni Syafiqah Binti Mohd Radzi (Siapa ni, huhuhu)

TIMBALAN SETIAUSAHA : 
Khadijah Bt Sampol

BENDAHARI : 
Mohd Khairil Redza Bin Miasin

NAIB BENDAHARI : 
Nik Nurul Syahirah Bt Nik Azman Shah

AHLI JAWATANKUASA

 LOGISTIK : 
Shahrul Amri bin Mohd Sabri
Amirul Amin bin Mohd Daud

ARKIB : 
Mohamad Hanif Fitri Bin Nordin              
Nur Aishah Binti Baharudin

LATIHAN :
Mohamad Farhan Hakim bin Mohamad Nazri
Muhammad Firdaus Bin Ramely
Muhammad Hakim Bin Ahmad Kamal


Hahaha. Memang aku ditakdirkan untuk jadi S/U. Tak.. Sebenarnya aku memang suka jadi S/U berbanding Presiden atau Pengerusi. Tak tau la kenapa.

Okaylah. Tu ja untuk pengenalan jawatankuasa Kelab Orator.

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Klik banner untuk join.

Hai, banyak join GA, huhuhu. Macam mana aku kenal blog Kak Mia ni, melalui GA ni la, masa tu jenguk blog Aiman, tiba tiba perasan giveaway ni. Tu yang terus bukak link. Huhuhu, lama dah blog Kak Mia ni, aku dulu pun start sekolah rendah tapi asyik delete ja. Hehehe. Tahniahh kak Mia, dah satu dekad dah usia blog kak. Hehe. Saya harap saya pun akan berjaya sampai 10 tahun++.

Okaylah, apa apa pun Kak Mia memang superb aa. Semoga terus maju berblogging. Huhuhu.

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna


Hai gais. Hari ni, nak cerita tentang blog Kak Intan Saffyna. Blog Kak Intan Saffyna ni comel sangat, corak-corak floral, mesti pencinta bunga ni. Dalam blog, dapat macam macam jenis infomasi, dan juga kisah life Kak Intan. Hehehe, bila tengok post post kak Intan rasa nak sengih senyum, sebab rasa comel sangat. Huhuhu. Ada certain post yang comel sangat.


Dan kat sini juga, kita nak wish birthday Kak Intan Saffyna yang ke 30. Happy Birthday, Sanah Helwah, Otanjobi Omedeto Kak Intan, moga bahagia selalu, terus comel dan terus sukses. <3

Happy birthday to youuu Kak Intan Saffyna. :)

Yang nak join giveaway, boleh tekan banner. Last esok 8/11/17.


Pemenang Pertandingan Pidato Terbuka Anti Rasuah

Assalamualaikum. Hari ni nak bagitau pemenang pertandingan pidato hari tu. Hihi. Tak ingat nama penuh.

Johan : Rasyidah ( UPM )
Naib Johan : Syed Shafiq ( Unisza)
Tempat ke - 3 : Fais Ishak ( UM )
Tempat ke - 4 : Huraimi Hilman ( KPTM )
Tempat ke - 5 : Fikhrey ( UPM )

Oklah, babai.

Pertandingan Pidato Terbuka Anti Rasuah

Assalamualaikum, hai semua. Hari ini ada Pertandingan Pidato Terbuka Anti Rasuah. Aku salah seorang peserta. Aku first time masuk pidato, hmm, serius tak perform, haha. Kecewa tu mesti ada, tapi aku just takut orang kecewa dengan aku ja. Dah la wakil UMP. Pehh. Memula tu nak tarik diri. Tapi tahhh, kenapa aku gedik jugak masuk. Ehhh. Sekarang turn Syakira, aku boleh taip kat blog pulak,  senyum sengih ja, frust actually.

Sedih juga bila tak perform, gigih hafal teks lepas tu lupa. Aku flop teruk ah. Hmm, dah la tak balik. Yang spontan pun apa yang aku mengarut pulak tu. Hahahaha. Nak tergelak. Malu tu mesti ada, tapi macam tak kisah dah weh.

Tengah taip waktu pertandingan berlangsung pulak tuu. 😂 😂 Nampak sangat frust kauu. 😅 Sobs sobs.

Huhu. Haa frust frust lupa pulak. Ada 11 orang sahaja peserta. UMP 2,UM 2,UnisZa 1, UniKL 1,DRB Hicom 2, UPM 2, dan KPTM 1. Ada dua pusingan, pusingan awal dan akhir.



Peserta ke 8, Muhammad Huraimi Hilman Bin Mohamad Husri.

Syakira, pemidato UMP, peserta ke 7.


Okaylah, bai, aku nak tengok pidato.  

Shortout Waris Sesi 2017/2018

Assalamualaikum. Hai hai hai. Sem ni ada recruitment Waris untuk new comers! Malas nak up tentang recruitment day, so terus kepada shortout sem ni.


Shortout Waris Theatre adalah acara tahunan untuk mempersembahkan bakat bakat ahli baru Waris Theatre, tahun ni sebanyak lapan naskhah dipentaskan selama 2 hari (4 naskhah sehari).

4 Oktober 2017

1. Kaki Kambing / Bayu & Loi (Arahan)
2. Orkid Berdarah / Qis & Wan Nor
3. It's All About Money / Faiqah & Aina
4. Versus / Jo & Dende

5 Oktober 2017

1. Ingkar / Azilla & AA
2. Simpang Mati / Rusha & Sai
3. Jalan Ke Neraka / Abam & Fuad
4. Jamuan / Farah & Syaza

Mmm, tapi aku tak join pun waktu training, sebab sibuk dengan training debat. Masa casting pun aku tak pergi. Jiwa aku ada untuk teater. Tapi aku bukan lagi theatre fighter. Nak join, em em, tapi pemalas. Dasar malas, semua benda malas aku ni, even benda yang aku suka. =..= Hahaha. Kbai.




Teater Asrama-Ra

Hahaha, aku malas nak gabung. So aku buat tajuk satu tajuk.


Teater Asrama-Ra sangat best. Ada banyak watak. Watak-watak tu mimpi yang sama dan dalam mimpi tu menceritakan rahsia sebenar mereka. Aku nak cerita pun tak berapa pandai nak karang, yang pasti jalan cerita dia memang gempak. Dah berapa kali dah teater ni dipentaskan.

Jadi nanti kalau teater ni dipentaskan lagi, jangan lupa rebut peluang untuk tengok. Tak rugi. Serius.


Hari Kokurikulum UMP

Assalamualaikum, 9 September hari tu ada hari koku UMP, hari koku ni diadakan untuk kenalkan kelab persatuan di UMP. Baru haritu aku tau banyak juga kelab persatuan kat UMP.

Semester sebelum ni aku join banyak kelab jugak.

Shahrul dengan Kak Wani kat booth.

Paling aku tak aktif dan tak libatkan diri adalah kelab Enactus. Hahaha. Entah. This semester aku undur diri ja.

Kelab Orator iaitu kelab pengucapan awam, aku kenal dari Fateh. Aku sayang kelab ni, kami lebih fokus kepada berdebat. Hahaha. Aku masa mula masuk blur jugak, yelah aku tak pernah berdebat. Eh eh. Dah tukar topik ni.

Hari Kokurikulum UMP, aku just kat booth Orator ja. Tapi pagi sampai tengah hari ja. Khai, Paan, Anip, Shahrul dengan Kak Wani mungkin stay situ kat sampai petang.

Waris Theatre punya booth aku gi jenguk jenguk je. Hahaha. Ramai juga. Ada Nisa, Jo, Dende, Farah dan Rusha. Tak silap aku la.

Hahaha, masa jaga booth tu, aku macam nebes juga nak explain, hahaha, padahal cakap pasal kelab ja pun.

Hahaha. Tapi kalau nak bagi skala 1-10, aku bagi 6 la untuk hari koku ni. Okaylah, habis tentang hari koku.

Malam 8/9,set up booth Waris.

Booth Waris.




Part Time Job

Assalamualaikum, hai gais, hari ni nak cerita tentang part time job yang aku buat. Start last semester aku  buat part time dalam UMP ja, kerja dekat kiosk jual roti roll, nuget dan banyak lagi jenis makanan macam nuget
Ni nama area part time aku.

This semester, first time aku buat part time luar UMP. Kat Gambang Resort masa 8 September hari tu. Jaip buat event kat situ, aku dapat bahagian kat BALLROOM, susun kerusi beb, bukan setakat susan, kena ukur bagi susunan kerusi lawa. Letih sangat, tapi best. Aku ambil 8 pagi sampai 5 petang. At least kena kerja 8 jam. Mula mula aku agak blur, tapi akhirnya rasa best sebab dah pandai. Kat situ aku kenal, Anggi, Abang Rahimi, Abang Husaini dengan Abang Shah. Aku taktau la bila pulak aku akan buat part time kat sana, ikut masa free aku la. Huhuhu.

Kat UMP pun aku still kerja kat kiosk. Kan Rabu aku free, waktu tu la aku kerja. Kan aku ada gitau sebelum ni. Hihihi. Hari Isnin, Selasa dan Khamis aku off balik sebab letih sangat.

Roti roll naik harga dari RM1.00 ke RM1.20.  Ada ayam, daging, sardin, sosej dan ketam (inti).

Serius, aku cakap part time pun dah penat, apatah lagi full time. Baru aku rasa macam mana penatnya parents kerja. Jujur aku cakap, tak kisah lah kita kerja apa pun, asalkan halal dan niat kerana Allah, gaji kita yang sikit inshaAllah berkat dan akan cukup, yakin rezeki Allah bagi.

Okaylah. Sekarang aku tengah tunggu kelas SRW start. InshaAllah malam ni aku update tentang Hari Kokurikulum UMP dan teater Asrama-Ra.

Babai.


Permulaan Semester 3

Assalamualaikum, hai, aku dah semester 3. Dah tahun 2, kejap ja masa berlalu. This semester aku stay luar sebab aku tak dapat hostel, haih ni sebab pointer akademik aku rasanya. Takpalah kan, nak buat macam mana, ada hikmahnya tu.

Eid Adha aku pun kat Selangor rumah mak Ndak aku, sebab 4 Sept dah start kelas, parents aku hantar aku ke bilik sewa 2 Sept, sebab kalau hantar lambat, lambat pulak nak sampai Kedah kan, adik adik aku sekolah. Sebab tu la. Lagipun ada kenduri belah saudara abah aku hari 3 Sept tu.

3 Sept, aku keluar gi Giant semata nak makan, restoran area bilik sewa aku tak bukak lagi. Lagipun sebab ada jiran bilik yang ajak, aku ikut je la. Haha, banyak gila barang diorang beli, sampai kena naik UBER. First time kot. Lol. Masa ni aku tak kenal lagi roommate aku, hah lupa nak cakap area bilik sewa aku. Aku duduk bilik sewa depan UMP, area Restoran Casper.

Balik je dari Giant, baru roommate aku dah ada, bilik kiterang untuk dua orang ja. Nama roommate aku Wani, civil third year student.

4 Sept kelas first Japanese class. Fuhh, program dia, mantap mantap, tapi banyak fulus ahh kena kalau nak join.


1.Kem Bahasa Jepun Di Bantang, Indonesia RM1000 (Harga sebenar RM 3000 ++)
2.Lawatan Ke Tokyo,Jepun RM3600 (Harga sebenar RM 14 000)
3.Lawatan Bukit Tinggi Japanese Village RM450 (All include)

Hahaha, harga pelajar dah, tapi sayangnya, mana aku nak cekau. Duit makan satu semester pun belum tentu cukup kat aku yang kuat makan ni. Hihihi.

Buku dan software apa pun dah RM 150.

Lepas tu, aku kelas OOP, subjek yang terauto drop, nasib baik boleh add balik, bagitau kat kaunter fakulti. OOP just briefing ja.

Petang pulak SRW, tapi balik awal, sebab projektor buat hal.

*OOP - OBJECT ORIENTED PROGRAMMING
*SRW - SOFTWARE REQUIREMENT WORKSHOP

Itulah cerita first day aku dalam semester 3 ni.

Jadual aku sem ni.


15 kredit ja.
Rabu aku kerja kat kiosk, hari Isnin, Khamis dan Jumaat pukul 12-1. Kalau tak, nak ambil Rabu ngan Jumaat ja, tapi takda sapa plak nak ganti. Kerja ja lah. Part time Gambang Resort pagi untuk  minggu ni full pulak. Tu ja kot nak cerita tentang permulaan semester 3.




Tersedar

Assalamualaikum. Baru aku tersedar, post yang aku post dalam blog ni agak kebudak budakan, adakah aku patut menjadi penulis yang lebih matang?

Hahaha. Memang perangai kebudak budakan sangat, padahal dah boleh jadi mak budak. Eceh. Hmm, banyak benda yang aku sedar, tapi entah, tak bersemangat nak berubah, mungkin kena slow slow, selalu drastik satu pun tak jadi. Hangat hangat tahi ayam.

Istiqamah, sabar, rajin, tekun, tabah benda yang aku rasa susah weh. Tapi kena belajar jugak jadi semua tu. Kena kuat.

Dulu ya aku kisah apa orang cakap, sekarang mungkin aku dah malas, lagipun mungkin ego juga rasanya.

Entah. Huhuhu. Selamat berbuka puasa. Aku tak beli lagi makanan. Bai, nak turun beli makanan jap.


The Faith - DENGARILAH (Despacito Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Luis Foncy, Daddy Yankee ft Justin Bieber
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin 

Aku pernah 
dengar cerita 
Tentang dunia 
Akhir zaman ini 
Betapa situasi kita diuji 
Oh, teman..

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama di rendahi dan dihina
Hina...

Kita terus bergaduh sesama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil dan arah tuju!

Oh, ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya , mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh...

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!
Zina riba judi arak rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

Oh , jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila
Kau sanggup bermaksiat dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah bahkan bangga
Buka buka buka tuk mengejar pujian dan nama
Yang menutup aurat pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga pandangan mata!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum 
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh
Zina riba judi arak rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Dengarilah wahai teman
Hayati dan fahamilah...

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku


Dosa kecil dosa besar..

Wahai teman sampai bila?                      

Pesan Kat Diri Sendiri

Bagi aku kalau dah rasa malas nak belajar ataupun masuk universiti ataupun korang rasa macam kerja terus, so why not tak payah masuk terus, tetambah yang malas tu, serius ahh, masuk universiti pastu malas nak mampus, buang duit, buang masa weh.

Sebab apa aku cakap macam tu sebab aku ni malas, dan aku rasa rugi  duh, tapi ann sebab aku dah masuk uni life so aku kena jadi rajin  jugak walaupun malas camna pun, aduh. 

Serius ahh, malas teruk, pointer sem lepas pun teruk, dan aku admit semua tu salah aku sendiri. Sem lagi ahh, bapak malas, tapi ada la kesedaran jugak dalam diri, banyak lak yang bagi moral support.

Buat benda dalam hidup biar berbaloi ahh. Serius jangan jadi bodoh malas tuli weh. Pastu hidup dalam life kau sorang sorang. Tak ambik tau hal dunia. Rugi weh. Bukan maksud aku nak kau pergi mengumpat ke apa, tapi ambik tahu la apa yang terjadi kat dunia ni. At least ambik tahu kalau pun kau taknak involve dalam satu satu benda tu.

Ye ahh, bila jadi isu baru sibuk nak condem sana sini. Padahal kau tak tahu cerita sebenar weh.

Pastu ann, zaman sekarang ni, segala benda haram jadah tolong ahh jauh, kalau taknak rosakkan diri kau. Kalau rasa nak rosakkan diri kau, tahu nak enjoy je best je, silakan.

Banyak lagi benda seronok kau boleh buat weh. Benda benda yang buat kau rugi tak payah buat ahh.
Best kejap je, pastu menderita buat apa. Ingat.

Dua paper ni, aku dah baraii teruk. Aish. Dengan KK kena buat rayuan. Ayokk. Tak dapat habis, sudah kena menyewaa aih.

Hahaha, terabur gila aku taip ni.

Serabut laa. Huhuhu. Tapi hadap je la.

Bab cinta, aku rasa yang ni pulak elak laa dulu, tetambah masa study, elak laa. Macam macam zaman sekarang konon cinta, tengok tengok nafsu semata. Haish.

Tapi ikut ahh, ni pandangan aku time ni, nanti boleh ja berubah. Pandangan masing masing la.

Final Exam

Final exam is coming. 5 Jun start pastu 17 Jun habis. 5 ke 6 paper eh. Ganbatte diri sendiri.


Mengapa?

Mengapa..
Aku sering kalah..
Dengan kehendak diri..

Hati.. Selalu mengkhianati aku..
Hati.. Tega membiarkan ku disakiti..

Mengapa hati tak pernah lelah..
Seperti aku yang tlah lelah..

Mengapa..
Aku lemah..
Melawan arus hati..

Aku ingin terus berjalan ke hadapan..
Tapi hati tetap membuatku memandang..
Ke arahnya..

Mengapa..
Sungguh ku tak mengerti..

Teater Le Jeu La Julia


Jemput tengok, walaupun tak berapa nak jelas, harap semua faham jalan cerita yang nak disampaikan.

New Design From Me



Ada lagi sebenarnya, tapi folder mana tak jumpa. Huhuhu.
Kalau ada yang berminat, nak poster simple simple boleh hubungi : 016-4592646 

We Don't Talk Anymore - Charlie Puth ft Selena Gomez

We don't talk anymore
We don't talk anymore
We don't talk anymore
Like we used to do
We don't love anymore
What was all of it for?
Oh, we don't talk anymore, like we used to do...

I just heard you found the one, you've been looking
You've been looking for
I wish I would have known that wasn't me
Cause even after all this time
I still wonder
Why I can't move on
Just the way you did so easily

Don't wanna know
Kind of dress you're wearing tonight
If he's holdin' onto you so tight
The way I did before
I overdosed
Should've known your love was a game
Now I can't get you out of my brain
Oh, it's such a shame

That we don't talk anymore
We don't talk anymore
We don't talk anymore
Like we used to do
We don't love anymore
What was all of it for?
Oh, we don't talk anymore
Like we used to do

I just hope you're lying next to somebody
Who knows how to love you like me
There must be a good reason that you're gone
Every now and then I think you might want me to
Come show up at your door
But I'm just too afraid that I'll be wrong

Don't wanna know
If you're looking into her eyes
If she's holdin' onto you so tight the way I did before
I overdosed
Should've known your love was a game
Now I can't get you out of my brain
Oh, it's such a shame

That we don't talk anymore
(we don't we don't)
We don't talk anymore
(we don't we don't)
We don't talk anymore
Like we used to do
We don't love anymore
(we don't we don't)
What was all of it for?
(we don't we don't)
Oh, we don't talk anymore
Like we used to do
Like we used to do

Don't wanna know
Kind of dress you're wearing tonight
If he's giving it to you just right
The way I did before
I overdosed
Should've known your love was a game
Now I can't get you out of my brain
Oh, it's such a shame

That we don't talk anymore
(we don't we don't)
We don't talk anymore
(we don't we don't)
We don't talk anymore
Like we used to do
We don't love anymore
(we don't we don't)
What was all of it for?
(we don't we don't)
Oh, we don't talk anymore
Like we used to do

(we don't talk anymore)
Don't wanna know
Kind of dress you're wearing tonight (oh)
If he's holding onto you so tight (oh)
The way I did before
(we don't talk anymore)
I overdosed
Should've known your love was a game (oh)
Now I can't get you out of my brain (whoa)
Oh, it's such a shame

That we don't talk anymore

Love Yourself - Justin Bieber

For all the times that you rain on my parade
And all the clubs you get in using my name
You think you broke my heart, oh, girl for goodness' sake
You think I'm crying on my own. Well, I ain't

And I didn't wanna write a song
'Cause I didn't want anyone thinking I still care. I don't,
But you still hit my phone up
And, baby, I be movin' on
And I think you should be somethin' I don't wanna hold back,
Maybe you should know that

My mama don't like you and she likes everyone
And I never like to admit that I was wrong
And I've been so caught up in my job,
Didn't see what's going on
But now I know,
I'm better sleeping on my own

'Cause if you like the way you look that much
Oh, baby, you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself

And when you told me that you hated my friends
The only problem was with you and not them
And every time you told me my opinion was wrong
And tried to make me forget where I came from

And I didn't wanna write a song
'Cause I didn't want anyone thinking I still care. I don't,
But you still hit my phone up
And, baby, I be movin' on
And I think you should be somethin' I don't wanna hold back,
Maybe you should know that

My mama don't like you and she likes everyone
And I never like to admit that I was wrong
And I've been so caught up in my job,
Didn't see what's going on
But now I know,
I'm better sleeping on my own

'Cause if you like the way you look that much
Oh, baby, you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself

For all the times that you made me feel small
I fell in love. Now I feel nothin' at all
And never felt so low when I was vulnerable
Was I a fool to let you break down my walls?

'Cause if you like the way you look that much
Oh, baby, you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself

'Cause if you like the way you look that much
Oh, baby, you should go and love yourself
And if you think (you think) that I'm (that I'm) still holdin' on (holdin' on) to somethin'
You should go and love yourself

Kem Pemantapan Strategik Kumpulan Seni & Budaya


Kyaaa! Serius mula-mula malas nak pergi, tapi bila balik rindu gila. Depa sporting gila, aktiviti pun gempak ahh.

Sampai sampai tu pasang khemah. Blur blur laak aku, hihihi. Lepas tu ada ice breaking, bahagi group, aku group Delta, ada group Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo.



Group aku Epi, ahhaha first impression aku kat Epi, dia ni jenis bising, ramah. Memang pun, sporting habis. Amir sebagai ketua, takdak first impression pun kat depa yang lain. Roro, Ann dengan Abid, Abid ni nama betul dia Abidah.

Oke lepas buat group, malam tu terus ada night walk, lalu paya lecah, habis kasut aku penuh lecak, hahaha. Lawak gila. Dengan guna powerbank sebagai torchlight, nampak dak function dia. Hahaha. Cuba bayangkan, yang lain guna lilin jaa, setiap kumpulan dapat dua lilin, memang gigih ahh, jalan berbukit bukau lumpur lecah semua ada. Bertabahlah aku malam tu. Tehe..

Moral of this activity, hidup kita mesti ada panduan. Macam lilin tuu ahh, dia ibarat panduan dalam kegelapan.

Balik-balik tuu mandi pastu lena. Pagi-pagi buat EME, aku takbuat pun sebab masalah kesihatan sikit. Pagi tuu, lepas EME, kami main tutup tutup mata, pastu Abid bagi arahan kat group kami nak  cari botol.

Yang ni pulak, nak cakap apa yang kita nampak tak semestinya betul, so selidik la dulu sebelum viral ka kata ka apa apa ja laaa kann.

Pastu aktiviti yang cari barang tu cam hihihi. Kena denda makan teloq mentah, aku tak makan pun, Roro dengan Abid makan bahagian aku.

Yang paling lawak, dengan barang-barang tu kami kena adakan pasangan pengantin, laki jadi perempuan, dan sebaliknya, masa ni aku dengan Roro, hahaha. Roro pakai lipstick dan tudung, huhuhu. Group lain pun sama, Firl comel gilaaa jadi perempuan.

Okay done aktiviti tuu, kami buat Water Confidenttt, besttttt sangat-sangat. Terjun tasik, geli-geli kaki. Hihihi.

Habis dalam tasik, malam tuuu makan banyak gila, BBQ, tapi kami makan ja, hahaha, banyak makanan. ayam, ikan bakaq, satee, macam-macam la.

Lepas makan malam tuu lak kami main war game. Lama gak la. Best actually. Pastuu tidoq.

Esoknya, lepas EME, kami buat persiapan untuk majlis penutup, aku dalam kumpulan dancer, sekali ngan Epi, Agha, Roman, Shashi, Fara, Abid, Shimi, Harvent, Ann, Roro,uihh hampir lupa Am,Am sempoi doh. Haahaha, serious style, tapi aku dok keras cam kayu jugak, hahaha.

Haa pastu lupa nak habaq, aku sekhemah dengan Izzah aka Jen, Syahirah aka Chomeina Hikari, si comel Aina dan Cass, dan Nana-chan.

Baju SKK pinjam baju Kasyah ja. Kasyah SO kami (PENGHULUWATI gituu), DINOOOOOO pulak CO kami, Dinooo abam sado gaiss, Baraqah Beggers.

Gambar  takdak sebab masa kem, phone kena amik, hahaaha. Banyak gambaq kat Kak Fiza jaa.

Kak Fiza tak upload lagi rasanya, tadi bukak fesbuk dia dah. Hohoho..

Masa balik tu singgah farm jap, bagi makan kat kasawari ngan rusa, comel sangat. Singgah Klebang jap, singgah makan pastuu balik UMP terus lenaa, krohh.

Okaylah, rasa nak end pasai kem kat sini ja. Dapp!!!

Baibai.

#pingu&emirseksi
#aainaakembarcomel
#dinosadodap

Lupa nak habaq aku wakil WARIS gais. Lebiuuu uolls.

3 Produksi Teater Bakal Menemui Anda

Hai gais. Nak cerita tentang teater lak. Sem ni ada ada 3 teater, Roda Buat Laila, Le Jeu La Julia dan Dorm 12.
Roda Buat Laila


Gais gais, serius aa, aku dah baca skrip teater ni. Yalah sebab Wan Reip jadi PENGARAH untuk teater ni. Best kot, tapi mencabar la bagi pelakon pelakon. Nak tahu? Jom tengok, hahaha. Nanti inshaAllah aku akan update lepas teater ni dipentaskan. Tak sabarnyaaa.


Le Jeu : La Julia

Yang ni pulak tentang kisah cinta.

Dengan berlatar belakangkan Lagu-Lagu Slow Rock Malaysia 90an. Untuk mengembalikan nostalgia cinta pada zaman itu.


Sebuah cerita mencari cinta yang rupanya ada di depan mata. Cerita yang bakal menjadi penentu. Tentang remaja yang mendambakan cinta yang tiap masa dia merindu dan berharap segala akan menjadi kenyataan.

Adakah cintanya akan terbalas? Atau cuma kekal menjadi mimpi? Cerita yang membuatkan anda teringat pada kisah-kisah lama zaman sekolah yang bakal memotret sejuta rasa dan membina cinta semula.


Sebenarnya teater ni best, hampa yang tak pernah tengok mesti tertanya-tanya. Tapi percaya la aku cakap, mesej yang dibawa oleh teater memang sampai dalam hati kita. Aku pernah tengok teater sampai nangis, sejujurnya, hampir semua penonton nangis. Cerita twist tapi sebenarnya teater tu nak cakap macam mana duit boleh jadikan kita berubah. Teater yang aku tengok menang FTM iaitu Tergantung.

*FTM : Festival Teater Malaysia

Okaylah, walaupun aku tak aktif sangat sebab aku tak mampu nak handle masa dengan baik, tapi serius cakap, aku sayang family Waris sangat-sangat.

Teater memanusiakan manusia.

Balik Jugak

Alkisah aku balik mengejut, gila kau, hari masa Acap Bede  dan kawan-kawan lain tanya aku balik ke dak, aku jawab dak, tengok-tengok hari ni dah berapa hari kat rumah. Hahaha.

Yalah, balik ni pun pinjam duit Mira Kiut, rindu rumah sangat-sangat. Hahaha, yalah, dok UMP sorang-sorang pishang.

Masa hari nak balik tu kelam kabut gila, baju sebakul aku angkut pi blok student Master, nak tunggu blok aku, memang tak sempat la, line panjang gila, nak basuh pakai tangan takut tak kering, lahai. Last sekali, aku bersyukur gila sebab sempat lipat lagi, hahaha, tu pun dah macam turbo gila basuh+dry+lipat. Nak balik pun dugaan macam-macam. Berjaya juga lepas, hahaha.

Roommate pun macam terkejut aku balik, hahaha, sebab aku kata aku tak balik. Tengok-tengok, aku kira balik awai jugak la, lepas Fiza, aku pulak yang balik, Aina dengan Faiqah balik 1 April.

Ni dekat rumah, bajet nak settle semua benda. Hahahampeh. HAHAHA. InshaAllah sebelum pi kem aku kena siapkan semua, rushing jugak sebab jenis buat kerja last minit.

Boleh selamba badak tak hantaq lab. Hahaha. Paling gila, kuiz la, tak jawab, nasib baik 1% ja, tu pun rasa sayang kot, satu peratus tuu.


Sekarang dok belajar jadi dropship. Juai SEMUSIM DI BARZAKH. Haa, sapa-sapa nak boleh la pm no 016-4592646 ataupun dm di Instagram @iznisyafiqah.

Okaylah bai bai.

Still

Seorang ja yang aku tak mampu nak move on sampai sekarang. Even dia block semua media sosial aku, marah-marah aku, aku dapat ja tahan semua tu, orang selalu cakap pilih orang yang sayangkan kita.

Tapi aku tak tahu kenapa berat sangat aku nak buang perasaan ni. Susah sangat. Aku suka sangat dengar suara dia. Aku nak ja dengar dia cakap Kelantan, sebab dia selalu cakap dengan aku bahasa standard. Aku rindu nak borak lama-lama, aku rindu dia yang sayang kan aku.

Walaupun aku tahu, masa dia jatuh sayang kan aku, dia sebenarnya dah suka orang lain. Kawan aku cakap, aku busuk hati sebab aku jeles,  dan terasa hati dengan dia. Aku dah cuba untuk buang perasaan ni. Hahaha, tapi. Hakikatnya, tak terbuang pun, semakin aku cuba buang, semakin kuat.

Aku nampak macam kuat, tapi bila aku baca tweet dia, caption dia, tengok gambar dia dan perempuan yang dia sayang, aku terus jadi lemah. Aku tak kuat bro. Kau dah pegang hati aku. Walaupun aku cuba bagi hati aku kat orang lain, my heart return to you back.

Tempoh perkenalan aku dengan dia taklah selama mana dia dan awek dia, lol. Aku kenal since Januari 2016, baru setahun lebih. 

Nah, aku malas dah nak acah-acah guna nama bahasa diri aku. Blog aku ibarat tempat aku nak meluah. Tak kuat weh. 

Dah laa perasaan yang sepatutnya wujud pada orang yang betul. Lalalala.

Lantak la, sekarang pun dia block aku dalam whatsapp. Aku dah takda effort pun, just nak kawan macam biasa.

Nak hidup je sekarang, macam biasa.

Nampak sangat personaliti warna biru, iaitu perasaan. Hahaha, aku manusia yang dominan ikut perasaan, tengok post pun dah tahu kann. Ecewahh. 

Wehh, actually aku rindu gila budak matrik, budak sekolah dan budak asrama aku.

Adik-adik junior aku pun dan membesar cantik kevavoom. Aku ja still selekeh gemokmok macam selalu.

Misi nak kurus bapak susah aku nak apply, lately ni macam tak berapa sihat. Nampak macam sihat, tapi tak sebenarnya. Banyak stress, depressed.

Cakap pasai kesihatan, yop aku stress + tido lewat everyday + obesiti maka blood pressure aku tinggi. Patah harapan nak join program Survival Laut ( snorkelling, kayak ), tapi sokay, takdak rezeki.

Aku actually nak kurus sebab kesihatan jugak, then bila gemuk, banyak benda yang ekstrim aku takleh join, kuajaq betul, gemuk nak solat pun position macam tak berapa betul + selesa.

Dah pasal cinta dan kesihatan, seterusnya duit.

Lahai, alkisah aku bayar hutang plus jimba di Langkawi plus jimba di Johor, maka berakhirlah episod ptptn aku, sekarang poket kosong kot, harap makanan dalam bilik ja, masak laa pa lagi, beras ada, teloq ada. Ceeee. Hahaha. Bertabahlah, orang balik cuti midsem aku melepak di UMP ja, pun boleh, kalau abang Hafiz contact boleh gak aku balik rumah depa, alkisah nak balik Kajang pun fulus tiada. muehehe, mintak abang Hafiz hantaq satgi baru tau.

Sem ni pi berjalan merata, LANGKAWI, JOHOR, bakal ke MELAKA pulak, trip ke GANU cancel sebab blood pressure tulah, hukhuk, sedih.

Nak beli apa-apa, tunggu dapat gaji time jaga kiosk ja la. Dua jam RM6, okay la kan, waktu tu ja aku free nak jaga, waktu lain aku kelas, kalau dak boleh laa banyak sikit, muehehe.

Rinduu rumah, tapi nak buat lagumana kan, pitih habis.

Okaylah, sampai sini saja kot. Bai bai bai.


Lagu UMP : Maju Gemilang

Universiti Malaysia Pahang
Taman Ilmuan Berkeunggulan
Menjana Insan Yang Cemerlang
Bagi Agama Bangsa dan Negara
Ilmu Yang Diterokai
Pasti Jadi Amalan
Demi Kemajuan Pertiwi
Bekal Masa Hadapan
UMP Menjulang Nama
Wadah Pendidikan Bangsa
UMP Megah dan Bangga
Lahirkan Cendekiawan Mulia
Universiti Malaysia Pahang
Terbilang Meraih Kejayaan
Meluaskan Wawasan 
Ilmu dan Kemahiran
Maju Gemilang Antarabangsa
Song/Lyric: D. Hermantoro

Takdir Cinta

Ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Programming Vs Hidup

Permulaan hidup ibarat mengenal C Programming,
Lama kelamaan maju belajar C++,
Dimana printf sudah dinaiktaraf menjadi cout,
Scanf pula menjadi cin,
Namun begitu fungsi tetap sama.

Ibarat hidup jua, bagaimana berubahnya corak hidup kita, tujuannya tetap sama,
Menuju mardhatillah.

Tatkala pelajar mengeluh C Programming susah, lagi susah C++, keluh kesah juga timbul kerana C++, susah lagi Java.

Begitu jua kehidupan, tatkala kita mengeluh kerana kesusahan, ingatlah ada yang lebih perit dari kita.

Hidup tak selalu indah, kerna kita yang perlu mengindahkannya dengan satu rasa "SYUKUR".

#hakikatbahagiabilakitabersyukur

Collection E-Zine RUMAH BUKU

Assalamualaikum to all of my readers. Hari ni Izni nak suggestkan dekat korang semua, bacalah e-zine dari Rumah Buku, gempak, sokonglah para penulis e-zine Rumah Buku.

Kalau nak tahu, boleh join channel, group di Telegram ataupun follow instagram Rumah Buku. Boleh buka melalui backlink yang Izni akan letak kat bawah post ni.


Korang boleh klik CAPTION untuk ke E-ZINE by VOL.


VOL.1

VOL. 2

VOL. 3

VOL. 4

VOL.5

Telegram channel: t.me/rumahbukukita 
Telegram chat room: t.me/rumahbuku 
Insta : rumahbukuseni www.instagram.com/rumahbukuseni 
FB : www.facebook.com/rumahbukuseni 
Jualan buku : t.me/studiobuku

Orait sini ja tentang E-zine RUMAH BUKU. Hope you guys enjoy.

Noob

Assalamualaikum, hmm tak berapa sihat, tapi still tido lewat, emm.

Masuk ja sem 2 ni, aku sebenarnya makin serabut, pelupa gitu. Entahlaa kenapa. Homework, kuiz, aku tak ingat. Hmm, dulu tak catit pun ingat, sekarang, kirim salam sajalah.

Huhuhu.

Banyak ja kerja aku, tapi tah la, jadi noob pasaipa taktau.


Tawar Hati Dah Kot?


Assalamualaikum, sekarang Izni rasa dah macam tawar hati dah. Tak nafikan Izni cepat suka orang, tapi bila dah fight pun tak dihargai, jadi tawar hati, kalau sebut nama semua yang Izni, mesti terkejut, haha sebab ramai sangat, tapi takda la lebih 5 orang.

Tapikan bila makin besaq ni sebenarnya lagi malas nak fikir pasal cinta-cinta ni, entahlah, hahaha. Nak sebut jugak la nama, hmm, dulu masa suka kat Haz, Izni tengah kawan dengan Bil, pastu dapat tau dia dah berawek dengan awek yang dia minat since sem 1. Bil, dia nak fokus study katanya, jadi Izni pun malas nak kacau, walaupun masa tu frust menonggeng juga, dah boleh la dikatakan Izni "BERGERAK KE ATAS" dalam kurungan MOVE ON la, haha, pasal Haz tu pun, Izni boleh terima ja dia ada awek.

Then, ada la kawan dengan sorang lagi. Dia ni pun kata nak fokus study, walhal awal-awal nampak sangat nak kawan dengan Izni. So, Izni pun malas nak ambil port. Still kawan biasa saja sengan diorang ni.

Tapi yang paling last ni, I don't know I can accepted him anymore or not, even as a friend. Dia ni betul-betul buat Izni jadi tawar hati. Dia satu universiti dengan Izni, tapi fakulti lain-lain.

First, kami jumpa secara tak langsung, masa tu Izni tak perasan dia langsung. Tak sangka dia ingat Izni. Masa tu Izni terhantuk kepala dia dengan kerusi kusyen dalam bas tu, masa tu ngantuk nak tidoq, tak expect langsung, orang belakang tak bersandar. jadi tulah insiden pertama kami berjumpa secara tak langsung.

Then, masa tu tak sangka kami satu kumpulan untuk shortout WARIS. Masa tulah, Izni start sakat-sakat dia. Waktu tu memang niat nak menyakat saja, sebab best sakat dia. Hahaha.

Pastu takdak la contact sangat pun sebab busy, yang boleh ter....... kat dia tu, sebab bila Izni gurau-gurau buat pikapline, dia macam emm (waktu cuti sem lepas birthday kami berdua) dia 4 FEB, Izni 8 FEB. Things be more serious.

Risau sangat masa tu, takut sakitkan hati dia. At the end, Izni yang kecewa.

Start sem 2 haritu, adalah chat dia, bagi kata-kata semangat. Cuba jadi fighter. Ada malam tu call dia, dia cakap okay ja, ingat tak ada apa-apa la kan, maksud Izni, ingatkan kawan macam biasa. Rupanya-rupanya dia tak suka pun. Dah dia cakap direct kan, Izni pun jadi malas. Sekarang pun bukannya ada kawan special dah pun, crush pun takdak. Rasa kosong, tengok orang couple, dating pun dah jadi bosan. Rasa macam childish. Entahlah, semenjak besaq ni, Izni rasa dah masa untuk serious, ni tengok, relationship yang macam-macam jenis naik boring,  mungkin effect perkara yang sama yang berlaku, maybe. Jangan kecam Izni. Hahaha.

Tulah, hati ada satu,tapi tak jaga baik-baik. Haa kan dah parah. Membarah kat dalam. Time to turn back to my first & second love, familiessss. Yass, Izni happy sajo.

Tak sabar nak grad. Harap sempat. :) Nanti Izni cerita pasai Orator pulak, hahaha, petang-petang macam ni, saja gegeh nak update benda camni. Hahaha. Bai-bai.

Wanita Terakhir

Menjelang hari hari bahagia kita
Kubayang wajah indahmu bersamaku
Disisiku kau ukir senyum manismu
Kau masih belum milik ku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku