Bad Attitude

In my real life, I have bad attitudes.

So if we use mathematics application, it will be ;

"If Izni have bad attitude, then no one see she as a best friend."
I don't hate mathematics but I just lazy.
I am not stupid but I just lazy.

Conclusion : Don't be a lazy person

Is both statement related? Think it. Haha.

Bye bye bye.


Habis Dah Final Exam Semester 1


Yeah, final exam untuk semester 1 dah habis, 7/1/2017 last paper Hubungan Etnik, ahaha. Soalan objektif tadi, hahaha, last paper kelmarin, Izni keluar awal. Sebab soalan pilih-pilih jawapan, boleh la. Paper lain, Izni keluar cukup-cukup masa la. Actually, walaupun dah habis, quite menyesal jugak la, this sem main banyak. CARRY MARK pun burn banyak, harap-harap lepas level P1 dgn P2, aduh, kalau tak, kena kurangkan credit hour next sem. Repeat okey lagi kot, tapi sakit gak ah.


Yuhuu, balik rumah yeay. Padahal, balik pun bukan buat apa, mereput, cam nak kerja pun ada, lepas duit beli basikal, rice cooker ngan lampu studi. Hahaha, plan je tuh, alih-alih bela badan ja kat rumah. Pftt.


Pt mana cukup. Hahaha.

Okaylah. Tata, titi, tutu.




Redha


Tuhan tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktu kan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmat-mu

Ku imbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa dan harusku takutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redhamu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-mu

Tanpa redhamu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila engkau terima ampunanku

Tanpa redhamu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila engkau terima ampunanku

Terangi dengan cahaya hikmah-mu
Terangi dengan cahaya hikmah-mu


Belajar Menjadi Positif


Assalamualaikum, hai uolls. Hari ni, Izni akan sedaya upaya berfikiran positif. Heee. Dan belajar untuk terus kuat dan kuat, dan last sekali berusaha jadi seorang yang rajin.

Kalau ikut rasa sekarang, rasa macam down, takda motivasi diri. Dengan kemelut perasaan yang merobek-robek jiwa, acewah. 

Perasaan cinta tu fitrah, tapi kalau tak dikawal dan digunakan ke jalan yang betul, cinta boleh membunuh, kann. Membunuh satu jiwa yang bernilai. Ecewah. Jiwang pulak malam ni.

Tapi bila fikirkan balik, kenapa ini terjadi? Perkara macam ni terjadi selalunya sebab kita yang tak lindungi hati kita dari disakiti oleh orang lain kann.


So, harapan Izni, perancangan Izni akan berjalan dengan lancar dan istiqamah. Yahh, aja aja fighting.

Hadiah Dari Siapa? Ertinya?

Ahaha, disebabkan penangan kopi Pak Belalang dua bungkus malam tadi, Izni tak boleh tidur, jadi Izni berjaga sampai pagi. Hahaha. So macam banyak post hari ni. Lalalala.

Tapi, rasa macam gatal pulak tangan nak taip tentang MEGI cintaN, hahaha. Tapi sebagai seorang perempuan, Izni rasa macam cliche je taip benda alah ni.

Those are what I want. Hahaha, materialistik gila.
Emm, that not harga yang Izni pentingkan tapi nilai dan maksud disebalik pemberian tu. So ini terjemahan kepala otak Izni la yer.

Cincin

Bagi Izni la kan, Izni rasa cincin tu satu pemberian yang membawa maksud, dia memang mahukan kita dan ingin kita menjadi miliknya. Hahaha, malu lak taip benda-benda camni, pfft.



Ahahaha, kalau bagi cincin camni, comel je. Hahaha. Hahahaha, tapi cute laa. Kalau Izni, Izni suka ja, haha, such cute things.

 Bunga

Hmm, bagi Izni, bunga ni tanda cinta. Lol. Beerti dia betul-betul cintakan kita, acewah (geli lak taip, ahahah). Warna & jumlah pun ada maksud tersendiri, ehh. Tapi Izni cam tak kisah sangat, tapi kalau nak bagi bunga tu, bagi laa bunga yang si dia suka, ahaha. Jangan pergi bagi bunga tahi ayam pulak, tapi kalau si dia suka apa salahnya. But make sure, dia tak ada alergik kat bunga la. Ngek!

Haa, kalau Izni ni demand sikit. Hahaha. Yalah tuu (tengok-tengok orang bagi bunga raya pun melompat macam kera), hahahaha, jangan tiru aksi ni ye.

Cadangan : Rose Merah ( maksudnya ehem Te Amo )

 Coklat

Mean that, dia nak share happiness dengan kita. Dia nak sama-sama kongsi kehidupan dengan kita. Kongsi suka duka. Laughs and tears. Joy and sad, and everythings. 

Lol, kalau Izni, I don't care, Izni dapat coklat kot, sedapnyaa, yummy. Childishnya si Izni sorang ni. Hahaha, those girly thingy, kalau korang punya pasangan, crush, kawan istimewa, TTM suka bukan girly thingy, bagi la berdasarkan hobi dorang. 

Let's say suka membaca, give her a book that write by author that she adore.

Uhuk, uhuk, nak kongsi sikit.

Izni pernah dapat hadiah, tapi dari ibu dan abah ye. Hahaha. Banyak je.

Tapi nak cakap 4 je.

Pendrive

Pendrive lebih kurang camtu la, tapi dah hilang. Huwaa, sedih gila. Kawan bagi hilang, pendrive ni sempena dapat 5A dalam UPSR dulu. Hakhakhak.

 Jam 

Jam yang sebijik kat dalam gambar. Kuikui, tapi gambar Google je, sebab jam ni pun dah hancur lebur. Hahaha, jam ni hadiah birthday masa form 1 kot. Yaa, yang takleh blahnya, jam ni pecah sebab terhentak dekat tiang jalan kaki ke asrama, hahaha. Btw, jam ni untuk usha crush dulu, hahaha macam apa lagi. Serius ah, crush kat depan, pastuu apa lagi, takmau kantoi guna laa jam ni, ehem ada cermin kan.. Hahaha, malu gila bila teringat balik. 

Phone

Ahahaha, phone Lenovo ni dapat masa form 4, hadiah PMR dapat lapanG A, masa tu. Hahaha, actually beli sebab phone tiga tiga sekupang Izni rosak. Ehh betul ka dak, taktau nama dia.


Haa, phone lama tu camni la. Lebih kurang aa, colour pun sama. ( Gigih Google oii )

Tapi banyak ja telefon guna dulu, semuanya lingkup ahahaha. Paling sayang phone biru ni ngan nokia warna pink sebelum Lenovo datang. 


Warna biru dengan pink, pastu Lenovo, sayang gila semua phone ni, tapi semuanya punah kecuali Lenovo. Tapi percayalah, paling paling paling sayang yang pink tu la. Hahaha.

Al Quran

Ala, gambar tu hiasan ja kay. Tak sama langsung, tapi boleh la seiras sikit. Hihihi. Dapat hadiah Al-Quran masa birthday form 3. Huhu. Masa tu sebab gedik-gedik nak Al-Quran sendiri, saja request sebelum tarikh. Tengok-tengok dapat, best tak terkira masa tu. Warna pink lak tuu. Kikikiki.

Ehh, rasa macam nak taip lagi laa. Umm. 

Hadiah from my best friends, Farhanah. Huhuhu.

Yang dapat dari dia masa form 1, dia bagi sikat yang ada cermin kartun monyet, hahah. Comel je. 
Form 2, tak ingat sangat sebab masa tu memang tak ingat. 
Form 3, mug ada cover biru.
Masa form 4, Fana bagi keychain couple bentuk cap, Izni cap girl, Fana amik yang cap boy. Huhu.
Form 5, I can't remember. Hee.

Okaylah, sampai sini je post tentang hadiah dan pemberian. Ehhh, kalau yang nak bagi hadiah tuu, dialu-alukan, hahaha, rezeki jangan ditolak, hahaha.

Menahan Rindu


                                                            Sejenak ku termenung                                                            
Tiada siulan siulan burung burung
Awan pun mulai murung

Menemani hari ku
Menemani sepi ku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu

Membaca Amalan Mulia

Assalamualaikum, hari ni Izni nak share sikit tentang hobi Izni masa zaman sekolah menengah dulu. Dulu Izni suka sangat baca novel. Hahaha, sekarang ni mungkin dah kurang membaca.

Kat bawah ni yang Izni dah baca, sebenarnya banyak lagi yang Izni dah baca. Tapi rasa macam nak share yang kat bawah ni sebab rasa macam nak share la. Hahaha. ( Suka sangat taip hahaha )

Warkah Cinta Berbau Syurga

Bagi Izni, kisah perjalanan cerita ni, sangat best, haa dah ada dekat TV haa, tapi Izni baca sebelum ada kat TV, masa tu kat sekolah menengah, yang Izni baca tu still cover lama, warna ungu, serius masa tu ingat novel ni cam bosan sebab cover dia, ahaha, don't judge the books by it's cover okay. Alalala, hahaha.

Tapi lepas baca, fuhh, bagi inspirasi sangat-sangat.


Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Masa ambil buku ni kat rak library sekolah, emm sebab galak kot. Hahaha, tapi berbaloi baca. Tapi, manusia bernama Izni ni degil. Masuk otak kanan, keluar otak kiri. Ehh? Ada ka macam tu. Hahaha.


Sinergi

Izni ingat lagi, novel ni Izni pinjam kat senior, masa tu form 3. Tabik friendship watak-watak novel ni. Adore sangaaat dengan friendship dorang. Nangis jugak baca novel ni. Sapa yang belum baca, wajib baca. Menyentuh tangkai hati.

Syabab Musafir Kasih

Buku library jugak, serius masa mula-mula Izni tak tertarik sebab cover. ( Nampaknya kantoi memandang luaran, hahaha ) Tapi sebab apa entah Izni baca. I think because of my friend suggestion. This is one of the best book I have read. Tak tipu. 

Tab Tee Laa

The last one I read in 2016.

Nak tahu? Apa itu Tab Tee Laa? Kenalah baca. Sangat best.

Ehem ehem, ni semua hanyalah pendapat peribadi. Lain orang, lain citarasa. Tapi percayalah, apa yang Izni boleh cakapkan kat sini. Buku-buku, novel-novel ni, banyak bagi inspirasi dalam hidup.

The true, dulu Izni tak selalu give up sebab inspirasi yang Izni dapat dari bacaan Izni. Sekarang kurang membaca, pastu koyak, hati tisu. Hahahaha ( tiba-tiba senyum ).

Doakan Izni selalu qowiy. Huhuhu.

Kalau perasan, ada 3 buku yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Hehehe. Suka sangat dengan penulisan Ustazah Fatimah Syarha. :) Hilal Asyraf pun terbaik.

Hahaha, sebenarnya ramai je penulis yang best, tapi nak buat macam mana, hati terpaut dengan cara dan cerita dari Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Huu.

Okaylah, sampai sini ja post ni.

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Kita Tak Tahu, Bila Ajal Kita

Mati ; terpisahnya roh dari jasad, peralihan kita dari dunia ke akhirat.


Kita tak tahu bila ajal akan jemput kita. Bila malaikat maut akan cabut nyawa kita. Ada bayi yang tak sempat menyusu ibunya, diambil nyawa.

Ada juga yang baru melangkah ke darjah satu, ditarik nyawanya.

Ada yang sudah 100 tahun hidup, masih lagi dikurniakan nafas. 

Ada yang belum sempat bertemu jodoh, ajal datang menjemput.

Kita tak tahu bila tiba masa kita dijemput ke alam sana.

Maka, marilah kita bersama-sama mencari redhanya, selagi masih ada nafas dan kudrat. Mungkin tiada esok bagi kita.

Allahu akbar. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa kepadaNya, sebelum nyawa diluputkan dari jasad. InshaAllah.

Ingatlah wahai diri, ajal tak mengenal usia, status dan pangkat, malaikat maut boleh mencabut nyawa kita bila-bila masa sahaja dengan izinNya.

Maka, ingatlah mati, agar kita sentiasa berbuat amar makruf, nahi mungkar.

Korang Ada Berapa Nama Panggilan?


Nama kat rumah : Along
Nama kat kampung : Pikah
Nama kat sekolah rendah : Izni
Nama kat sekolah menengah : Nini
Nama kat PLKN : Nini, Dekni
Nama kat matrik : Izni, Kak Long, Baby
Nama kat u : Iz
Nama dlm game : Crys
Nama kat hati awak : Sayang

Hahahaha.


Kerana Luka Semalam Part 1

Kita putus,” ujar Adelia.

“ Adelia, please jangan buat Hazri macam ni, semua yang Delia nampak  tadi tu cuma salah faham, apa yang Delia sangka tu salah. Hazri takde hubungan pun dengan Isabella,” pujuk Hazri bersungguh-sungguh meyakinkan buah hatinya.

“ Nonsense, pegang-pegang tangan tu takde hubungan apa? Stop lying la Hazri, I dah muak dengan kecurangan you. You ingat selama ni I tak tahu berapa banyak hati perempuan kat luar sana yang you mainkan,” luah Adelia puas. Selama ini dia hanya mampu bersabar melihat perlakuan Hazri.
Hazri terkaku mendengar kenyataan yang dibuat oleh Adelia. Dia tidak menyangka Adelia mengetahui kegiatannya selama ini.

“ Okaylah, I nak balik, lepas ni you jangan cari I lagi. I benci you,” Adelia berkata lalu pergi.
Tiga tahun kemudian.

“ Mummy tak kira, hujung tahun ni mummy nak Hazri kahwin juga. Sudahlah dengan perangai playboy kamu tu Hazri. Kalau macam tu, bilalah mummy ni boleh dapat cucu. Kamu seorang sahaja anak mummy,” Puan Sri Hazrina membebel kepada anaknya.
“ Ala mummy bagi la Hazri enjoy dulu, Hazri muda lagi la mummy,” ujar Hazri sambil membelek-belek telefonnya. Dia melihat gambar Adelia. Wajah manis itu sering bermain di mindanya.
“Muda lagi bagi kamu, mummy dengan babah tunggu masa saja nak pergi,” riak sedih tergambar di wajah Puan Sri Hazrina.

Hazri hanya menyepi memikirkan kata-kata mummynya.

“ Alahai mana si budak kecik ni. Aril ni suka pergi merata betul la,” ujar Adelia geram dengan keletah anakya. Dia mencari-cari anaknya di taman permainan.

Tiba-tiba dia terpandangkan anaknya bersama seorang lelaki sedang berbual-bual.

“ Uncle, muka uncle nak sama macam muka ayah Aril. Tapi ayah Aril dah takde, ” kata si Aril anak kecil petah berbicara.
“Ohh, yeke. Aril nak tak coklat tu?” ujar lelaki yang digelar uncle oleh  Aril itu.
‘ Anak siapa la ni, pandai sungguh cakap. Amboi.’
“ Taknak, mama cakap Aril tak boleh makan coklat, mama cakap Aril lejik,” ujar si anak kecil itu lagi.

Adelia pun berjalan menuju ke sana.  “ Maafkan saya ya, encik.  Anak saya memang macam ni. Main redah je. Suka-suka hati dia aje. Maaf ye.” Adelia berkata tanpa melihat wajah si empunya badan sambil mendukung Aril yang suka berjalan ke sana-sini.
“Adelia?” Hazri terpegun melihat Adelia yang kini bertudung.

Adelia tergamam mendengar suara tersebut lalu dia melihat si empunya suara. Hazri. Adelia cepat-cepat melarikan diri.
“ Adelia tunggu,” jerit Hazri lalu mengejar Adelia.
“ Ishh, awak nak apa lagi ni. Cukuplah dengan apa yang awak dah buat,” ujar Adelia.
“ Adelia, Aril anak Hazri kan?” tanya Hazri berani.
“ Apa bukti yang Aril ni anak awak? Awak takde bukti jangan nak memandai-mandai ye,” Adelia menafikannya.
“ Aril cakap tadi muka ayah dia sama macam Hazri. Aril alergik coklat kan? Sama macam Hazri. Adelia, jangan tipu lagi. Kenapa Delia sembunyikan dari Ri? Kenapa Delia tak minta Ri bertanggungjawab?” Hazri laju berbicara.

Wajah Adelia memerah menahan marah.

“ Hazri, awak cuba fikir, kalau semua kekasih-kekasih awak minta awak bertanggungjawab, awak nak ke? Taknak kan. Maaf, saya pergi dulu,” Adelia pergi bersama Aril meninggalkan Hazri keseorangan.

'Hmm, Delia. Ri rindukan Delia' ujar Hazri perlahan. Dia begitu merindui gadis itu. Gadis yang selalu mengganggu lenanya.

Aku akan mencari Adelia, aku pasti Aril tu anak aku. Adelia, aku cintakan dia.
Ya Allah, betapa banyaknya dosaku. Ampunkan aku ya Allah.

Pertemuan Hazri dengan Adelia tempoh hari menyedarkan Hazri tentang hidupnya yang penuh noda.
Kata-kata terakhir Adelia terngiang-ngiang di telinganya. Pedih hatinya.

Keesokkan harinya.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi, kelihatan seorang berteleku di atas sejadah.
" Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa suamiku serta dosa anakku. Berikanlah kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Ya Allah, bukalah pintu hati anakku untuk bertaubat padaMu. Berikanlah hidayah pada anakku, Ya Allah. Hanya kepadamu aku mampu meminta," kudusnya doa seorang ibu kepada anaknya. Puan Sri Hazrina selalu mendoakan agar anaknya, Hazri berubah.
Hazri di sebalik pintu terkedu. Hatinya tersentuh. Mutiara jernih jatuh ke pipinya.
Ya Allah, apa yang aku dah buat.

Hazri meraup wajahnya berkali-kali. Sesalan terbayang di raut wajahnya.
Kini dia tekad untuk berubah.

Ya aku harus berubah. Hazri dengan azam baru melangkah ke biliknya. Usai membersihkan diri, dia bergegas ke luar.

Sebelum itu, dia bersalam dengan ibunya. Puan Sri Hazrina pelik dengan anaknya. Tidak pernah Hazri bersalam dengannya untuk ke luar.

Hazri menuju ke pejabat ayahnya. Fikirannya menerawang pada doa ibunya. Setelah sampai di pejabat, Hazri meluru masuk ke bilik ayahnya.

"Babah, Ri mintak cuti hari ni boleh tak?" tanya Hazri kepada ayahnya.
"Hmm, boleh, ada hal apa tiba-tiba mintak cuti ni?" tanya Tan Sri Azhar.
" Ada hal sikit babah," Hazri berkata lalu senyum kepada ayahnya.
"Hmm, jangan nak buat perkara pelik-pelik, jaga diri tu," pesan Tan Sri Azhar kepada anaknya. Walaupun kelihatan tegas, Tan Sri Azhar amat menyayangi anaknya. Dia menganggap Hazri persis anak kecil.
" Okay babah, yang tu babah jangan risau. Ri, pergi dulu," Hazri bersalam dengan ayahnya lalu berlalu pergi.

'Emm, mana nak cari ni. Aha, situ ada surau, stop dulu la.'
Hazri pun meletakkan keretanya di tepi surau.
"Assalamualaikum!" Salam diberi
"Waalaikumussalam, nak datang pagi macam ni, ada apa... Bagus, bagus, jarang ada anak muda nak datang ke mari," ujar seorang pak cik.
"Pak cik, saya Hazri. Pak cik, saya datang surau ni ada hajat besar," yakin Hazri berbicara.
"Apa hajatnya?" tanya pak cik itu.
" Saya nak belajar ilmu agama, selama in saya khilaf pak cik. Lalai dengan hal duniawi," ujar Hazri sebak.
" Jika itu hajatnya, pak cik berbesar hati untuk menolong kamu," ujar pak cik.

Selepas hari itu Hazri setiap ada kelapangan, pasti dia akan pergi belajar ilmu akhirat di surau itu.
Kadang kala Hazri akan mengikut ayahnya ke masjid.
Perubahan ini disenangi oleh orang tuanya. Mereka bersyukur dengan rahmat Allah ini.
Hari ini, Hazri pulang agak lewat dari pejabat. Usai mandi, Hazri bergegas menunaikan solat Isyak.
'Hazri, kau jagalah Adelia dan Hazril. Sesungguhnya hanya kau dapat membahagiakan mereka,' ujar lelaki persis Hazri namun di wajahnya terdapat tahi lalat di hidungnya.
"Ya Allah," ucap Hazri. Rupa-rupanya Hazri terlelap di atas sejadah. Dia bermimpi lelaki seirasnya. Siapa lelaki itu? Kata-kata lelaki itu membuatkan Hazri bingung.
'Ya Allah, apakah itu petunjukMu ya Allah.'
Apa yang aku mimpikan tadi sungguh membuatkan aku bingung. Jika itu aku, takkan ada tahi lalat kat hidung. Aku mana ada. Aduh. Bingung.

Bersambung...

Science Comp Note Matriculation

Hello. This note is not complete at all, you need to write some more. Don't be lazy. I don't know if both of us still got same syllabus in this chapter or not.

Click below to get the note that I made.
Introduction To Multimedia

I am sorry if there is any error in the notes.
The is only from my lecture note in matriculation, but I make it short.