Still

Seorang ja yang aku tak mampu nak move on sampai sekarang. Even dia block semua media sosial aku, marah-marah aku, aku dapat ja tahan semua tu, orang selalu cakap pilih orang yang sayangkan kita.

Tapi aku tak tahu kenapa berat sangat aku nak buang perasaan ni. Susah sangat. Aku suka sangat dengar suara dia. Aku nak ja dengar dia cakap Kelantan, sebab dia selalu cakap dengan aku bahasa standard. Aku rindu nak borak lama-lama, aku rindu dia yang sayang kan aku.

Walaupun aku tahu, masa dia jatuh sayang kan aku, dia sebenarnya dah suka orang lain. Kawan aku cakap, aku busuk hati sebab aku jeles,  dan terasa hati dengan dia. Aku dah cuba untuk buang perasaan ni. Hahaha, tapi. Hakikatnya, tak terbuang pun, semakin aku cuba buang, semakin kuat.

Aku nampak macam kuat, tapi bila aku baca tweet dia, caption dia, tengok gambar dia dan perempuan yang dia sayang, aku terus jadi lemah. Aku tak kuat bro. Kau dah pegang hati aku. Walaupun aku cuba bagi hati aku kat orang lain, my heart return to you back.

Tempoh perkenalan aku dengan dia taklah selama mana dia dan awek dia, lol. Aku kenal since Januari 2016, baru setahun lebih. 

Nah, aku malas dah nak acah-acah guna nama bahasa diri aku. Blog aku ibarat tempat aku nak meluah. Tak kuat weh. 

Dah laa perasaan yang sepatutnya wujud pada orang yang betul. Lalalala.

Lantak la, sekarang pun dia block aku dalam whatsapp. Aku dah takda effort pun, just nak kawan macam biasa.

Nak hidup je sekarang, macam biasa.

Nampak sangat personaliti warna biru, iaitu perasaan. Hahaha, aku manusia yang dominan ikut perasaan, tengok post pun dah tahu kann. Ecewahh. 

Wehh, actually aku rindu gila budak matrik, budak sekolah dan budak asrama aku.

Adik-adik junior aku pun dan membesar cantik kevavoom. Aku ja still selekeh gemokmok macam selalu.

Misi nak kurus bapak susah aku nak apply, lately ni macam tak berapa sihat. Nampak macam sihat, tapi tak sebenarnya. Banyak stress, depressed.

Cakap pasai kesihatan, yop aku stress + tido lewat everyday + obesiti maka blood pressure aku tinggi. Patah harapan nak join program Survival Laut ( snorkelling, kayak ), tapi sokay, takdak rezeki.

Aku actually nak kurus sebab kesihatan jugak, then bila gemuk, banyak benda yang ekstrim aku takleh join, kuajaq betul, gemuk nak solat pun position macam tak berapa betul + selesa.

Dah pasal cinta dan kesihatan, seterusnya duit.

Lahai, alkisah aku bayar hutang plus jimba di Langkawi plus jimba di Johor, maka berakhirlah episod ptptn aku, sekarang poket kosong kot, harap makanan dalam bilik ja, masak laa pa lagi, beras ada, teloq ada. Ceeee. Hahaha. Bertabahlah, orang balik cuti midsem aku melepak di UMP ja, pun boleh, kalau abang Hafiz contact boleh gak aku balik rumah depa, alkisah nak balik Kajang pun fulus tiada. muehehe, mintak abang Hafiz hantaq satgi baru tau.

Sem ni pi berjalan merata, LANGKAWI, JOHOR, bakal ke MELAKA pulak, trip ke GANU cancel sebab blood pressure tulah, hukhuk, sedih.

Nak beli apa-apa, tunggu dapat gaji time jaga kiosk ja la. Dua jam RM6, okay la kan, waktu tu ja aku free nak jaga, waktu lain aku kelas, kalau dak boleh laa banyak sikit, muehehe.

Rinduu rumah, tapi nak buat lagumana kan, pitih habis.

Okaylah, sampai sini saja kot. Bai bai bai.


Lagu UMP : Maju Gemilang

Universiti Malaysia Pahang
Taman Ilmuan Berkeunggulan
Menjana Insan Yang Cemerlang
Bagi Agama Bangsa dan Negara
Ilmu Yang Diterokai
Pasti Jadi Amalan
Demi Kemajuan Pertiwi
Bekal Masa Hadapan
UMP Menjulang Nama
Wadah Pendidikan Bangsa
UMP Megah dan Bangga
Lahirkan Cendekiawan Mulia
Universiti Malaysia Pahang
Terbilang Meraih Kejayaan
Meluaskan Wawasan 
Ilmu dan Kemahiran
Maju Gemilang Antarabangsa
Song/Lyric: D. Hermantoro

Takdir Cinta

Ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Programming Vs Hidup

Permulaan hidup ibarat mengenal C Programming,
Lama kelamaan maju belajar C++,
Dimana printf sudah dinaiktaraf menjadi cout,
Scanf pula menjadi cin,
Namun begitu fungsi tetap sama.

Ibarat hidup jua, bagaimana berubahnya corak hidup kita, tujuannya tetap sama,
Menuju mardhatillah.

Tatkala pelajar mengeluh C Programming susah, lagi susah C++, keluh kesah juga timbul kerana C++, susah lagi Java.

Begitu jua kehidupan, tatkala kita mengeluh kerana kesusahan, ingatlah ada yang lebih perit dari kita.

Hidup tak selalu indah, kerna kita yang perlu mengindahkannya dengan satu rasa "SYUKUR".

#hakikatbahagiabilakitabersyukur

Collection E-Zine RUMAH BUKU

Assalamualaikum to all of my readers. Hari ni Izni nak suggestkan dekat korang semua, bacalah e-zine dari Rumah Buku, gempak, sokonglah para penulis e-zine Rumah Buku.

Kalau nak tahu, boleh join channel, group di Telegram ataupun follow instagram Rumah Buku. Boleh buka melalui backlink yang Izni akan letak kat bawah post ni.


Korang boleh klik CAPTION untuk ke E-ZINE by VOL.


VOL.1

VOL. 2

VOL. 3

VOL. 4

VOL.5

Telegram channel: t.me/rumahbukukita 
Telegram chat room: t.me/rumahbuku 
Insta : rumahbukuseni www.instagram.com/rumahbukuseni 
FB : www.facebook.com/rumahbukuseni 
Jualan buku : t.me/studiobuku

Orait sini ja tentang E-zine RUMAH BUKU. Hope you guys enjoy.

Noob

Assalamualaikum, hmm tak berapa sihat, tapi still tido lewat, emm.

Masuk ja sem 2 ni, aku sebenarnya makin serabut, pelupa gitu. Entahlaa kenapa. Homework, kuiz, aku tak ingat. Hmm, dulu tak catit pun ingat, sekarang, kirim salam sajalah.

Huhuhu.

Banyak ja kerja aku, tapi tah la, jadi noob pasaipa taktau.


Tawar Hati Dah Kot?


Assalamualaikum, sekarang Izni rasa dah macam tawar hati dah. Tak nafikan Izni cepat suka orang, tapi bila dah fight pun tak dihargai, jadi tawar hati, kalau sebut nama semua yang Izni, mesti terkejut, haha sebab ramai sangat, tapi takda la lebih 5 orang.

Tapikan bila makin besaq ni sebenarnya lagi malas nak fikir pasal cinta-cinta ni, entahlah, hahaha. Nak sebut jugak la nama, hmm, dulu masa suka kat Haz, Izni tengah kawan dengan Bil, pastu dapat tau dia dah berawek dengan awek yang dia minat since sem 1. Bil, dia nak fokus study katanya, jadi Izni pun malas nak kacau, walaupun masa tu frust menonggeng juga, dah boleh la dikatakan Izni "BERGERAK KE ATAS" dalam kurungan MOVE ON la, haha, pasal Haz tu pun, Izni boleh terima ja dia ada awek.

Then, ada la kawan dengan sorang lagi. Dia ni pun kata nak fokus study, walhal awal-awal nampak sangat nak kawan dengan Izni. So, Izni pun malas nak ambil port. Still kawan biasa saja sengan diorang ni.

Tapi yang paling last ni, I don't know I can accepted him anymore or not, even as a friend. Dia ni betul-betul buat Izni jadi tawar hati. Dia satu universiti dengan Izni, tapi fakulti lain-lain.

First, kami jumpa secara tak langsung, masa tu Izni tak perasan dia langsung. Tak sangka dia ingat Izni. Masa tu Izni terhantuk kepala dia dengan kerusi kusyen dalam bas tu, masa tu ngantuk nak tidoq, tak expect langsung, orang belakang tak bersandar. jadi tulah insiden pertama kami berjumpa secara tak langsung.

Then, masa tu tak sangka kami satu kumpulan untuk shortout WARIS. Masa tulah, Izni start sakat-sakat dia. Waktu tu memang niat nak menyakat saja, sebab best sakat dia. Hahaha.

Pastu takdak la contact sangat pun sebab busy, yang boleh ter....... kat dia tu, sebab bila Izni gurau-gurau buat pikapline, dia macam emm (waktu cuti sem lepas birthday kami berdua) dia 4 FEB, Izni 8 FEB. Things be more serious.

Risau sangat masa tu, takut sakitkan hati dia. At the end, Izni yang kecewa.

Start sem 2 haritu, adalah chat dia, bagi kata-kata semangat. Cuba jadi fighter. Ada malam tu call dia, dia cakap okay ja, ingat tak ada apa-apa la kan, maksud Izni, ingatkan kawan macam biasa. Rupanya-rupanya dia tak suka pun. Dah dia cakap direct kan, Izni pun jadi malas. Sekarang pun bukannya ada kawan special dah pun, crush pun takdak. Rasa kosong, tengok orang couple, dating pun dah jadi bosan. Rasa macam childish. Entahlah, semenjak besaq ni, Izni rasa dah masa untuk serious, ni tengok, relationship yang macam-macam jenis naik boring,  mungkin effect perkara yang sama yang berlaku, maybe. Jangan kecam Izni. Hahaha.

Tulah, hati ada satu,tapi tak jaga baik-baik. Haa kan dah parah. Membarah kat dalam. Time to turn back to my first & second love, familiessss. Yass, Izni happy sajo.

Tak sabar nak grad. Harap sempat. :) Nanti Izni cerita pasai Orator pulak, hahaha, petang-petang macam ni, saja gegeh nak update benda camni. Hahaha. Bai-bai.

Wanita Terakhir

Menjelang hari hari bahagia kita
Kubayang wajah indahmu bersamaku
Disisiku kau ukir senyum manismu
Kau masih belum milik ku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku