Tawar Hati Dah Kot?


Assalamualaikum, sekarang Izni rasa dah macam tawar hati dah. Tak nafikan Izni cepat suka orang, tapi bila dah fight pun tak dihargai, jadi tawar hati, kalau sebut nama semua yang Izni, mesti terkejut, haha sebab ramai sangat, tapi takda la lebih 5 orang.

Tapikan bila makin besaq ni sebenarnya lagi malas nak fikir pasal cinta-cinta ni, entahlah, hahaha. Nak sebut jugak la nama, hmm, dulu masa suka kat Haz, Izni tengah kawan dengan Bil, pastu dapat tau dia dah berawek dengan awek yang dia minat since sem 1. Bil, dia nak fokus study katanya, jadi Izni pun malas nak kacau, walaupun masa tu frust menonggeng juga, dah boleh la dikatakan Izni "BERGERAK KE ATAS" dalam kurungan MOVE ON la, haha, pasal Haz tu pun, Izni boleh terima ja dia ada awek.

Then, ada la kawan dengan sorang lagi. Dia ni pun kata nak fokus study, walhal awal-awal nampak sangat nak kawan dengan Izni. So, Izni pun malas nak ambil port. Still kawan biasa saja sengan diorang ni.

Tapi yang paling last ni, I don't know I can accepted him anymore or not, even as a friend. Dia ni betul-betul buat Izni jadi tawar hati. Dia satu universiti dengan Izni, tapi fakulti lain-lain.

First, kami jumpa secara tak langsung, masa tu Izni tak perasan dia langsung. Tak sangka dia ingat Izni. Masa tu Izni terhantuk kepala dia dengan kerusi kusyen dalam bas tu, masa tu ngantuk nak tidoq, tak expect langsung, orang belakang tak bersandar. jadi tulah insiden pertama kami berjumpa secara tak langsung.

Then, masa tu tak sangka kami satu kumpulan untuk shortout WARIS. Masa tulah, Izni start sakat-sakat dia. Waktu tu memang niat nak menyakat saja, sebab best sakat dia. Hahaha.

Pastu takdak la contact sangat pun sebab busy, yang boleh ter....... kat dia tu, sebab bila Izni gurau-gurau buat pikapline, dia macam emm (waktu cuti sem lepas birthday kami berdua) dia 4 FEB, Izni 8 FEB. Things be more serious.

Risau sangat masa tu, takut sakitkan hati dia. At the end, Izni yang kecewa.

Start sem 2 haritu, adalah chat dia, bagi kata-kata semangat. Cuba jadi fighter. Ada malam tu call dia, dia cakap okay ja, ingat tak ada apa-apa la kan, maksud Izni, ingatkan kawan macam biasa. Rupanya-rupanya dia tak suka pun. Dah dia cakap direct kan, Izni pun jadi malas. Sekarang pun bukannya ada kawan special dah pun, crush pun takdak. Rasa kosong, tengok orang couple, dating pun dah jadi bosan. Rasa macam childish. Entahlah, semenjak besaq ni, Izni rasa dah masa untuk serious, ni tengok, relationship yang macam-macam jenis naik boring,  mungkin effect perkara yang sama yang berlaku, maybe. Jangan kecam Izni. Hahaha.

Tulah, hati ada satu,tapi tak jaga baik-baik. Haa kan dah parah. Membarah kat dalam. Time to turn back to my first & second love, familiessss. Yass, Izni happy sajo.

Tak sabar nak grad. Harap sempat. :) Nanti Izni cerita pasai Orator pulak, hahaha, petang-petang macam ni, saja gegeh nak update benda camni. Hahaha. Bai-bai.

No comments:

Post a Comment