Tersedar

Assalamualaikum. Baru aku tersedar, post yang aku post dalam blog ni agak kebudak budakan, adakah aku patut menjadi penulis yang lebih matang?

Hahaha. Memang perangai kebudak budakan sangat, padahal dah boleh jadi mak budak. Eceh. Hmm, banyak benda yang aku sedar, tapi entah, tak bersemangat nak berubah, mungkin kena slow slow, selalu drastik satu pun tak jadi. Hangat hangat tahi ayam.

Istiqamah, sabar, rajin, tekun, tabah benda yang aku rasa susah weh. Tapi kena belajar jugak jadi semua tu. Kena kuat.

Dulu ya aku kisah apa orang cakap, sekarang mungkin aku dah malas, lagipun mungkin ego juga rasanya.

Entah. Huhuhu. Selamat berbuka puasa. Aku tak beli lagi makanan. Bai, nak turun beli makanan jap.


The Faith - DENGARILAH (Despacito Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Luis Foncy, Daddy Yankee ft Justin Bieber
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin 

Aku pernah 
dengar cerita 
Tentang dunia 
Akhir zaman ini 
Betapa situasi kita diuji 
Oh, teman..

Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama di rendahi dan dihina
Hina...

Kita terus bergaduh sesama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil dan arah tuju!

Oh, ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya , mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh...

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!
Zina riba judi arak rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

Oh , jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila
Kau sanggup bermaksiat dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah bahkan bangga
Buka buka buka tuk mengejar pujian dan nama
Yang menutup aurat pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga pandangan mata!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum 
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..
Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan kau aku kan ke syurga..

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!

Oh , tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh
Zina riba judi arak rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Dengarilah wahai teman
Hayati dan fahamilah...

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku


Dosa kecil dosa besar..

Wahai teman sampai bila?                      

Pesan Kat Diri Sendiri

Bagi aku kalau dah rasa malas nak belajar ataupun masuk universiti ataupun korang rasa macam kerja terus, so why not tak payah masuk terus, tetambah yang malas tu, serius ahh, masuk universiti pastu malas nak mampus, buang duit, buang masa weh.

Sebab apa aku cakap macam tu sebab aku ni malas, dan aku rasa rugi  duh, tapi ann sebab aku dah masuk uni life so aku kena jadi rajin  jugak walaupun malas camna pun, aduh. 

Serius ahh, malas teruk, pointer sem lepas pun teruk, dan aku admit semua tu salah aku sendiri. Sem lagi ahh, bapak malas, tapi ada la kesedaran jugak dalam diri, banyak lak yang bagi moral support.

Buat benda dalam hidup biar berbaloi ahh. Serius jangan jadi bodoh malas tuli weh. Pastu hidup dalam life kau sorang sorang. Tak ambik tau hal dunia. Rugi weh. Bukan maksud aku nak kau pergi mengumpat ke apa, tapi ambik tahu la apa yang terjadi kat dunia ni. At least ambik tahu kalau pun kau taknak involve dalam satu satu benda tu.

Ye ahh, bila jadi isu baru sibuk nak condem sana sini. Padahal kau tak tahu cerita sebenar weh.

Pastu ann, zaman sekarang ni, segala benda haram jadah tolong ahh jauh, kalau taknak rosakkan diri kau. Kalau rasa nak rosakkan diri kau, tahu nak enjoy je best je, silakan.

Banyak lagi benda seronok kau boleh buat weh. Benda benda yang buat kau rugi tak payah buat ahh.
Best kejap je, pastu menderita buat apa. Ingat.

Dua paper ni, aku dah baraii teruk. Aish. Dengan KK kena buat rayuan. Ayokk. Tak dapat habis, sudah kena menyewaa aih.

Hahaha, terabur gila aku taip ni.

Serabut laa. Huhuhu. Tapi hadap je la.

Bab cinta, aku rasa yang ni pulak elak laa dulu, tetambah masa study, elak laa. Macam macam zaman sekarang konon cinta, tengok tengok nafsu semata. Haish.

Tapi ikut ahh, ni pandangan aku time ni, nanti boleh ja berubah. Pandangan masing masing la.

Final Exam

Final exam is coming. 5 Jun start pastu 17 Jun habis. 5 ke 6 paper eh. Ganbatte diri sendiri.