Teater Asrama-Ra

Hahaha, aku malas nak gabung. So aku buat tajuk satu tajuk.


Teater Asrama-Ra sangat best. Ada banyak watak. Watak-watak tu mimpi yang sama dan dalam mimpi tu menceritakan rahsia sebenar mereka. Aku nak cerita pun tak berapa pandai nak karang, yang pasti jalan cerita dia memang gempak. Dah berapa kali dah teater ni dipentaskan.

Jadi nanti kalau teater ni dipentaskan lagi, jangan lupa rebut peluang untuk tengok. Tak rugi. Serius.


Hari Kokurikulum UMP

Assalamualaikum, 9 September hari tu ada hari koku UMP, hari koku ni diadakan untuk kenalkan kelab persatuan di UMP. Baru haritu aku tau banyak juga kelab persatuan kat UMP.

Semester sebelum ni aku join banyak kelab jugak.

Shahrul dengan Kak Wani kat booth.

Paling aku tak aktif dan tak libatkan diri adalah kelab Enactus. Hahaha. Entah. This semester aku undur diri ja.

Kelab Orator iaitu kelab pengucapan awam, aku kenal dari Fateh. Aku sayang kelab ni, kami lebih fokus kepada berdebat. Hahaha. Aku masa mula masuk blur jugak, yelah aku tak pernah berdebat. Eh eh. Dah tukar topik ni.

Hari Kokurikulum UMP, aku just kat booth Orator ja. Tapi pagi sampai tengah hari ja. Khai, Paan, Anip, Shahrul dengan Kak Wani mungkin stay situ kat sampai petang.

Waris Theatre punya booth aku gi jenguk jenguk je. Hahaha. Ramai juga. Ada Nisa, Jo, Dende, Farah dan Rusha. Tak silap aku la.

Hahaha, masa jaga booth tu, aku macam nebes juga nak explain, hahaha, padahal cakap pasal kelab ja pun.

Hahaha. Tapi kalau nak bagi skala 1-10, aku bagi 6 la untuk hari koku ni. Okaylah, habis tentang hari koku.

Malam 8/9,set up booth Waris.

Booth Waris.




Part Time Job

Assalamualaikum, hai gais, hari ni nak cerita tentang part time job yang aku buat. Start last semester aku  buat part time dalam UMP ja, kerja dekat kiosk jual roti roll, nuget dan banyak lagi jenis makanan macam nuget
Ni nama area part time aku.

This semester, first time aku buat part time luar UMP. Kat Gambang Resort masa 8 September hari tu. Jaip buat event kat situ, aku dapat bahagian kat BALLROOM, susun kerusi beb, bukan setakat susan, kena ukur bagi susunan kerusi lawa. Letih sangat, tapi best. Aku ambil 8 pagi sampai 5 petang. At least kena kerja 8 jam. Mula mula aku agak blur, tapi akhirnya rasa best sebab dah pandai. Kat situ aku kenal, Anggi, Abang Rahimi, Abang Husaini dengan Abang Shah. Aku taktau la bila pulak aku akan buat part time kat sana, ikut masa free aku la. Huhuhu.

Kat UMP pun aku still kerja kat kiosk. Kan Rabu aku free, waktu tu la aku kerja. Kan aku ada gitau sebelum ni. Hihihi. Hari Isnin, Selasa dan Khamis aku off balik sebab letih sangat.

Roti roll naik harga dari RM1.00 ke RM1.20.  Ada ayam, daging, sardin, sosej dan ketam (inti).

Serius, aku cakap part time pun dah penat, apatah lagi full time. Baru aku rasa macam mana penatnya parents kerja. Jujur aku cakap, tak kisah lah kita kerja apa pun, asalkan halal dan niat kerana Allah, gaji kita yang sikit inshaAllah berkat dan akan cukup, yakin rezeki Allah bagi.

Okaylah. Sekarang aku tengah tunggu kelas SRW start. InshaAllah malam ni aku update tentang Hari Kokurikulum UMP dan teater Asrama-Ra.

Babai.


Permulaan Semester 3

Assalamualaikum, hai, aku dah semester 3. Dah tahun 2, kejap ja masa berlalu. This semester aku stay luar sebab aku tak dapat hostel, haih ni sebab pointer akademik aku rasanya. Takpalah kan, nak buat macam mana, ada hikmahnya tu.

Eid Adha aku pun kat Selangor rumah mak Ndak aku, sebab 4 Sept dah start kelas, parents aku hantar aku ke bilik sewa 2 Sept, sebab kalau hantar lambat, lambat pulak nak sampai Kedah kan, adik adik aku sekolah. Sebab tu la. Lagipun ada kenduri belah saudara abah aku hari 3 Sept tu.

3 Sept, aku keluar gi Giant semata nak makan, restoran area bilik sewa aku tak bukak lagi. Lagipun sebab ada jiran bilik yang ajak, aku ikut je la. Haha, banyak gila barang diorang beli, sampai kena naik UBER. First time kot. Lol. Masa ni aku tak kenal lagi roommate aku, hah lupa nak cakap area bilik sewa aku. Aku duduk bilik sewa depan UMP, area Restoran Casper.

Balik je dari Giant, baru roommate aku dah ada, bilik kiterang untuk dua orang ja. Nama roommate aku Wani, civil third year student.

4 Sept kelas first Japanese class. Fuhh, program dia, mantap mantap, tapi banyak fulus ahh kena kalau nak join.


1.Kem Bahasa Jepun Di Bantang, Indonesia RM1000 (Harga sebenar RM 3000 ++)
2.Lawatan Ke Tokyo,Jepun RM3600 (Harga sebenar RM 14 000)
3.Lawatan Bukit Tinggi Japanese Village RM450 (All include)

Hahaha, harga pelajar dah, tapi sayangnya, mana aku nak cekau. Duit makan satu semester pun belum tentu cukup kat aku yang kuat makan ni. Hihihi.

Buku dan software apa pun dah RM 150.

Lepas tu, aku kelas OOP, subjek yang terauto drop, nasib baik boleh add balik, bagitau kat kaunter fakulti. OOP just briefing ja.

Petang pulak SRW, tapi balik awal, sebab projektor buat hal.

*OOP - OBJECT ORIENTED PROGRAMMING
*SRW - SOFTWARE REQUIREMENT WORKSHOP

Itulah cerita first day aku dalam semester 3 ni.

Jadual aku sem ni.


15 kredit ja.
Rabu aku kerja kat kiosk, hari Isnin, Khamis dan Jumaat pukul 12-1. Kalau tak, nak ambil Rabu ngan Jumaat ja, tapi takda sapa plak nak ganti. Kerja ja lah. Part time Gambang Resort pagi untuk  minggu ni full pulak. Tu ja kot nak cerita tentang permulaan semester 3.