Musuh Utama?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari sebenar tak tahu nak cakap apa. Tapi terfikirlah satu benda. Iaitu musuh?
Sebenarnya siapa musuh utama diri Izni?
Sebenarnya musuh utama Izni adalah diri Izni sendiri.

Kenapa?

Sebab punca utama susah nak berubah adalah diri sendiri.

Kalau Izni kuat dan paksa diri. InshaAllah boleh berubah jadi lebih baik.

Emm.

Nak jadi baik tu bagi Izni tak susah.
Nak rajin dan istiqamah tu. Ya Allah. Koyak sangat.

Izni sebenarnya rasa macam nak padam blog ni. Tapi sayang. Sebab ada sentimental value.

Hahaha.

Walaupun 2019 adalah tahun masihi. Semoga Izni dapat menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelum.

Dah nak masuk 22 tahun. Sekejap ja masa berlalu. Emm. Allah, umur pun makin memendek.

Okaylah. Nanti Izni up lagi, inshaAllah.

Bai bai.

Dugaan Semester 5

Assalamua'laikum. Hai. Hari ini hari terakhir kuliah sebelum cuti pertengah semester. Alhamdulillah semua ujian pertengahan sem Izni dah jawab.

Semester ini mula teruji pada hari ini.

Pertama, Izni tak dapat nak balik sebab kekurangan daripada segi kewangan, duit lebih diperlukan untuk deposit bilik sewa bagi tahun depan. Jadi tak dapat nak balik, sungguh hati tak kuat untuk yang pertama kali ini.

Kedua, markah ujian pertengahan semester salah satu subjek iaitu Formal Method dapat 3/20. Terujinya hati ni. Sungguh rasa tak kuat. Tapi kena hadap juga. Tu belum markah yang lain masuk. Tak tahu nak buat macam mana dah.

Alhamdulillah apa-apa pun masih boleh hadap perkara tu. Harap dapat jumpa penyelesaian yang baik. Doakan Izni ya. :')




Birthday Giveaway By Mazuriah Mohamed

Click me!

Izni jumpa blog kak Mazuriah masa dok usha usha Reading List yang Izni follow, tengok ada GA by kak Mazuriah, Izni jumpa la. Simple ja. :)



GIVEAWAY PLANNER 2019 By SHFYQHAZHR.COM


Izni suka ja blog Sha sebab blog Sha simple tapi cantik, susunan pun okay dah tu. Dan suka sebab warna putih pink hehe. Btw, hai orang Utaqaa. Kami pun utaqaa gak. 

Sapa yang singgah blog Izni nak join giveaway ni, sila tekan banner. Hadiah menarik! :)

Pertandingan Debat Naib Canselor ke-10 2018


Comotnya Izni.

Disebabkan haritu tak letak gambar. Ini dia, post khas untuk Debat NC. Masuk KOSMO pun jadilah. Teammate Izni ialah Hanif Fitri dan Syukri Aiman. Walaupun Izni bukan warga Terengganu, tapi sebab dua sahabat ni anak Ganu, Izni kira pendebat luar kelab yang ditarik masuk ke pasukan PERMATA. Ada kisah disebalik semua itu. 

Bunting Untuk English Of Technical Communication


Lama tak buat design. Ni simple ja. Guna Photoshop. Bila nak belajar AI lak ni. Nantikan yer!

Pengalaman Kerja Kilang Semasa Cuti Panjang

Janji harus ditepati walaupun lambat. Jadi Izni akan ceritakan sedikit pengalaman berkerja di kilang air minuman.

Pertama kali, masuk kerja Izni kekok sangat. Perempuan ada Kak Aya ja (dan Arini, tapi dia berhenti). Tapi Kak Aya ni istimewa, dia tak dapat dengar dan bercakap. Izni jadi operator produksi bahagian pasang label sahaja. Ya Allah, masa tu Izni rasa lembab gila, buat kerja slow. Tapi lama-lama tu okaylah jugak, takda la slow sangat.

Pernah ja kena marah dengan supervisor, tapi Izni buat selamba ja. Hahahha. Sebab mulut dia memang gitu. Kilang tu majoriti pekerja asing sahaja. Berapa kerat ja melayu Malaysian. Okaylah kerja situ, tapi kadang menyampah jugak sebab ada yang gedik. Tapi dah Izni marah tu, takda la over sangat gedik dia. Haih, susah bila ada sifat friendly dan baik yang over macam Izni.

Izni mula-mula check penutup botol, ketat atau tak. Lupa lak. Kalau tak, kena ketatkan, Izni paling tak suka yang ni, baik pasang label. Sebab sakit tangan. Mula mula tu sakit kaki sebab lama kena berdiri, tapi dah lama tu okaylah.

Jujur, Izni tak berapa suka baju kilang tu sebab tangan pendek dan takda saiz besar. Sedih.

Emm, tapi the best part, mengenali Kak Aya dan adik-adik kembar Kak Aya, Aiman dan Asraf. Dorang tak dengar dan nak communicate kena guna bahasa isyarat, comel sangat, hehehe. Kalau Izni nak cakap selalunya Izni akan taip dekat phone. Kak Aya ni baik sangat, selalu hanatar Izni balik. Sebab Izni pergi kerja jalan kaki. Dekat ja. Izni kerja kat kilang Super Asia area Bandar Teknologi Kajang, masa kerja ni Izni stay rumah Mak Ndak Izni, dekat ja dengan kilang tu, dalam 5-6 minit jalan kaki sampai la.

What I Get?

1) Kena jaga masa (punctual)
2) Amanah (yang ni hmmm taktahu la nak describe camna)
3) Respect (tak kisahlah kau kerja apa pun respect la orang, setiap perkerjaan ada kepentingannya)
4) Behave (dah kerja ni, kena belajar behave)

dan banyak lagi.

Perjalanan Senester 5 Di UMP

Sebenarnya Izni dah move on lama dengan dia ni, cuma tak sedar, tapi biasalah teringat tu perkara biasalah kan. Ni cerita lama, takda kena mengena dengan UMP. Cuma nak state ja kat sini.

Masuk uni sem ni, alhamdulillah banyak perubahan positif diri Izni. Cuma khilaf, kesilapan tak lari dari hidup Izni sebagai insan biasa.

PERASAAN

Semester ni ini, ada kenal dan mungkin terrr rapat dengan seorang lelaki. Dan Izni suka dia, mungkin Izni hanya suka dan bukan cinta. Bezakan? Tak tahu. Tapi kawan Izni pun suka dia. Tak apa la, Izni okay ja. Cuma setiap kali dia borak dengan girl lain, rasa juga cemburu sikit, tapi Izni buat tak tahu ja. Just deny perasaan tu. Sebab sem ni memang niat tak nak heart heart kat orang. Nak fokus sikit changing. From jahil to alim. <3 Suka tu fitrah, tapi jangan layan sangat kan. Hahaha.

PENCAPAIAN

Semester ni, alhamdulillah 3 program teras pengucapan awam dah disertai. Junior Motivator Competition, Debat NC dan Speaker Corner.

Seronok sangat sebab berjaya juga jadi juara debat walaupun hanya peringkat universiti. Alhamdulillah. Yang JMC dan SC takda rezeki nak jadi finalis. Takpa, banyak peluang akan datang lagikan inshaAllah. Maaflah tak ada gambar.

PELAJARAN

Alhamdulillah, pelajaran ada sedikit improvement dalam usaha nak memajukan diri. Syukur, kesedaran berputik. :)

Menunggu test mid term dan cuti mid term. Hehe. Tu pun kalau boleh balik. XD

AGM Orator Sesi 2018/19

Assalamua'laikum. Hello semua. Hari ni AGM iaitu Annual General Meeting Orator UMP sesi 18/19. Lama tak post. Yang pengalaman kerja dan hari raya kunun nak post pun tak buat. Maaf!

Izni kena bentang aktiviti sesi lepas sebab Izni SU sesi lepas. Hmm. Lupa habis sebenarnya sebab cuti 3 bulan tu dah macam clear mind yang sesi lepas punya. Hehe. Bantai ja la bentang hehe. Cakap aktiviti gitu-gitu ja.

Okaylah sesi ni, Izni minta timbalan SU saja, sebab malas sikit, haha. Ni senarai kabinet baru, tapi tak lengkap lagi.

PRESIDEN : TEH BEN GEE
TIMBALAN PRESIDEN 1 : SHAHRUL AMRI BIN MOHD SABRI 
TIMBALAN PRESIDEN 2 : MOHD KHAIRIL REDZA BIN MIASIN
SETIAUSAHA : MUHAMMAD HAKIM BIN AHMAD KAMAL
TIMBALAN SETIAUSAHA 1 : MELISSA CHIN NING
TIMBALAN SETIAUSAHA 2 : IZNI SYAFIQAH BINTI MOHD RADZI 
BENDAHARI : AMIRUL AMIN BIN MOHD DAUD

AJK LATIHAN : Null (Belum ada)
AJK LOGISTIK : Null (Belum ada)
AJK PIDATO : MOHAMAD HANIF FITRI BIN NORDIN

Okaylah, takda gambar pun. Hehe. Ini saja tentang AGM Orator kali ni.

Lepas AGM sambung latihan. Izni minta balik awal lepas masuk satu mock debat sebab kerja kat bilik ada tak settle lagi.

Okaylah. Nak post seterusnya pulak.

Semakin - Siti Sarah

Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintakanmu
Aku tak peduli
Walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin
Membencimu
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Ohhhhhh
Ku cuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Aku tak peduli

Mungkin - Melly Goeslaw

Hai peeps! Malam ni Izni nak post lagu, sorry actually dah pagi, still tak tidur walaupun esok kerja, baru siap buat notis berhenti kerja. Huhu. Dan pasal post raya AIDILFITRI tu, rasanya nanti hakak sekalikan dengan raya haji la uoll. Huhu. Lagu Mungkin ni OST drama Andainya Takdir 2. Suka sangat sebab tu post. Huhuhu. Padahal copy pasto saja. Hihi.

Nah liriknya. Best gak lagu ni, Melly Goeslaw nyanyi, one of fav singer la, ioll banyak suka lagu Melly ni.

Mungkin aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata kata mu selalu
Menusuk jantung melukaiku

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama... mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah
Mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama
Mungkin

Post lepas ni pun Izni post lagu. 

Syukur

Hello! Assalamualaikum. Syukur result semester 4 still okay. Okaylah still alhamdulillah walaupun teruk dan menurun. Still get PT. Yaa, mindset Melayu, dapat PT. Tapi tak kisah la. As long Pass dan tak kena repeat or PT kena tarik. Lega. Yaa, salah Izni juga. Ingatkan sem 3 paling teruk sebab busy gila. But sem 4 is the worse, busy okay, tapi ni masalah attitude, seriously I cannot handle it. Hopefully sem sem depan I will be more good and bersyukur.

The great thing is I learn many things about life eventhough I think me is suck. But it already happen, I cannot repeat it again. So I need to face the future more better and take it as "pengajaran". Sorry because acah nak write in English but still rojak, lalala.

Growing up as adults. Seeing many new things. Being someone. Trying to be istiqamah in devoting my life to Him. I really need to be qowiy. Okay, I need to sleep because I work tomorrow. Later I will post about my working experience and also my HARI RAYAAA Aidilfitri. ;)

XOXO, Love IzSya!

Web Engineering's Project

Hai, assalamualaikum. Kyaa, setelah bertungkus lumus siapkan coding PHP + html + SQL, akhirnya siap juga projek kami. Projek sistem alumni FSKKP UMP. Projek ni Izni buat berkumpulan, dengan Manny dan Snow, satu Malaysia gitu.

Tapi, Snow hanya muncul awal-awal je, lepas tu dia hilang. Hahahaha, entahlah. Biar jelah. Yang penting dah siap. Lega jugalah, dan ni adalah projek yang Izni agak puas hati sebab memang bekerjasama sangat dengan Manny untuk siapkan projek ni. Projek lain banyak bagi task kat Whatsapp buat part masing-masing, pastu compile, tapi tak selari pun, hmm. Abaikan, hari ni cuma nak cakap gembira dengan projek ni, pasal markah tak kisah, cuma bila kita dapat buat satu sistem dengan jayanya, rasa puas hati la juga. Kat bawah ni ada part yang Izni screenshot.






Banyak lagi interface. Tapi sistem ni boleh run tau, bukan sekadar interface. Hehehe. Bolehlahh sekadar budak baru belajar.

Tips Pembelajaran By Izni

Ni cara Izni belajar masa sekolah dulu. Tapi taklah praktik sangat. Cuma nak share, mana tahu, dapat bantu. Bukan untuk subjek kira-kira dan problem solving, subjek membaca boleh la guna cara ni ataupun nak hafal dan faham. Boleh kalau nak guna cara ni untuk kira-kira, tapi untuk step step tertentu kena fikir sendiri la.

1. Selak-selak buku.
2. Buat nota untuk semua chapter sambil fahamkan.
3. Buat soalan untuk setiap nota yang dah buat. 

Contoh :-

Nota : Biru + Merah = Ungu

Soalan : 4.Ungu =...............+............ / Biru +...............= Ungu

Ataupun kalau macam sejarah, bio, sains dan subjek membaca lain.
Buat soalan guna 5W1H. Bolej je mana-mana.

4. Cuba jawab balik soalan yang dibuat itu. Cuba ingat dan jawab soalan tu, kalau tak ingat juga, boleh je rujuk balik buku atau nota tu.
5. Boleh buat soalan pelbagai jenis, tapi bagi menarik la cara buat soalan tu, sebab bila lagi menarik, kita pun seronok, secara tak langsung kita belajar.

Ni salah satu cara Izni belajar dulu. 

Selain pada ini, Izni suka praktikkan / cakap apa yang Izni belajar. Contohnya, masa sekolah ada belajar pasal nutrisi, enzim dan pasal makanan sikit sikit, jadi masa makan tu, relate la apa yang belajar tu. Macam, aku makan ayam harini, jadi enzim apa yang akan proses dia Ataupun macam kita tengok sekelilinng, pokok hijau sebab ada klorofil, klorofil ni bla bla. Masa ni pun Izni rasa seronok belajar.

Hehehe. Macam budak-budakkan.

Takpun dulu dan sampai sekarang suka pakai akronim. Yang ni best. Macam nak hafal planet, guna ayat mengarut atau ingat huruf depan. Mak Vin Enggan Makan Jambu Susu Untuk Naik Pelamin. Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto. 

Hehe. 

Okaylah sampai sini sajalah dulu.

Why?

Assalamualaikum, hai, semua. Maaf la haritu ada tukarkan kepada private sebab terpaksa, ni pun tukar link blog sementara, tapi masih lagi preserve link lama, hehe.

Baru-baru ni nombor telefon kena sebar dengan username ig serta link blog, dengan kata-kata lucah, kawan-kawan cakap Izni kena buli siber, mula-mula Izni tak tahu pelakunya siapa, tapi siasat punya siasat berdasarkan klu yang Izni dapat, akhirnya jumpa. Btw, Izni tak tahu la kenapa dia buat macam tu.

Izni tak ganggu langsung hidup dia. Mungkin dia rasa Izni ganggu, tapi tak apalah. Kalau tidak nak buat report polis, tapi ibu tak bagi, kawan-kawan yang lain pun suruh buat. Tak apalah. Sebab masalah ni sepatutnya antara kami berdua ja, tapi dia secara tak langsung dah libatkan banyak orang.

Tak tahu la kenapa, Izni nak settle baik-baik, dia yang keras kepala, jadi Izni pun senyap je, tapi bila dia dah libatkan duit dengan orang lain, tak sedap hati juga.

Tak apalah, selagi perkara ni tak harmful, it's okay. Tapi kalau dah teruk sangat, Izni pun tak tahu nak cakap apa.

Okaylah bai bai.

Assigment Oh Assigment

Hai, dah tengah malam ni. Masih tengah siapkan coding yang tak jadi jadi. Dah berapa malam tak tidur sebab nak siapkan, tapi tak juga jadi jadi. Kadang terfikir " kenapalah masa first year aku malas", tapi tak elok sebenarnya fikir macam tu kan. Let bygone be bygone. Huhuhu.

Dah present tapi kena present lagi. Mmm. Harapkan minggu ni semua assigment, project settle.

Dahulu & Akan Datang

Assalamualaikum. Pagi semua! Good vibes today. Bila baca blog ni balik, Izni akan fikir, nanti, kalau makin tua, lepas tu baca balik blog ni. Mesti akan gelak. Dan "aku ke yang taip ni", hahaha. Sebab teringat zaman sekolah rendah. Tulis diari. Paling malu, diari tu dibaca after yearsss. Tapi tak tulis nama betul pun, pakai warna, tak silap crush masa sekolah dulu Blue dengan Red kot. Dah la tulisan buruk. Dulu berasa cantik dah la tulisan tu. Pastu macam bila geram, tulis la kat diari tu. Ngeh ngeh.

Mmm, teringat lak, sebenarnya dah lama blogging ni, tapi tak kekal pun blog lama lama, banyak yang delete sebab macam dah malas. Okaylah, kelas lak. Week 13 14 so fenat mehh. Assigment banyak, tapi jenis last minutes, bila nak berubah ni.

Hohoho. Pandang depan, jangan tinggal yang belakang ya. Bai.

Design For My Mum

My mum makes Samperit. She sell it to people, friends and bla bla bla. Do you want to try my mother's samperit. Do comment here. Lalala. Huhu. 
Design 1

Design 2

Design 3

This simple designs actually also take time to finish. I don't know which one my mum will choose, or I need to design again. HAHAHA!

Cuti Semester Sesi 2017/2018

“UMP UMP,” suara pemandu bas kedengaran.
Akhirnya aku sampai di UMP setelah lama bercuti di rumah dan penuh kebosanan. Yeah, bila ada kelas sibuk nak bercuti tapi bila dah cuti sibuk pulak nak balik yuyempi. Hahaha. Tu aku la, orang lain? Aku tak tahu.

Yasho, dah masuk sem 4. Ya, aku pelajar tahun dua UMP. Bagi yang tak tahu UMP tu apa? UMP tu Universiti Malaysia Pahang bukan Perlis ya. Yaa, saja nak bercerita apa yang terjadi waktu cuti selama sebulan tambah tolak. Yashoo, lepas habis exam OOP, 4 Januari 2018, terus balik Kedah, malam tu balik dengan Shahrul. Dah sampai Sungai Petani tu, masing-masing terus balik rumah. Ibu aku yang datang ambil masa tu.

6-20 Januari 2018, aku hanya buang masa dekat rumah. Yah! Jujur aku bangun tidur pun lewat (dah takda sapa kat rumah), kemas rumah gitu-gitu ja, masak nasik dan lauk simple simple ja (goreng ayam, sayur campak-campak, ikut mood aku la), dan aku still kena berleter everyday. Mujurlah 5 Januari tu agak efektif, lalala.

Malam 20 Januari 2018, bertolak balik UMP sebab ada latihan debat. Latihan debat start malam 21 Januari 2018 sampai 25 Januari petang. Malam tu pergi berjimba. Aku, senpai-senpai dan sorang kouhai ja yang karok, Kak Wani dan Suzy taknak, nasib badan la, aku ja yang suka menyanyi sesuka hati.

Malam 21 Januari 2018, mula-mula bincang nak fahamkan usul ASTAR 21 ni, quite hard la. Then ada mock. Next next day pun macam tu lah. Mock, cari fakta, bincang, komen. Ahhh, masa kat rumah tu pun aku memang lemau dan tak bersemangat nak berdebat dah. Tapi kuatkan hati jugak datang sebab keinginan yang tersepit baranya dicelah jiwa. Pehh.

Lepas mock, aku selalu kena komen, aku lemau, seolah-olah takdak dalam dewan perdebatan. Setiap kali aku cuba, tak jadi jadi, tak dapat aura debat tu, entah la kenapa, tapi waktu tengah tak berapa sihat aku memang lemauuu la, mengada. Sumpah rasa nak give up, tapi tak gibab pun sebab yaa aku sayang kot berdebat ni. Nahh! Aku cuba nak improve lagi. Mmm, aku dah la ada masalah berkomunikasi bila dalam team ni, haihh, sedar ja masalah tu, tapi lembab juga nak solve, at the end, blur.
Dan since datang untuk latihan waktu ni, aku sedar aku ada lose banyak benda, rugi laa, sebab selalunya aku boleh berfikir macam-macam, masa ni otak macam beku. Nahh, reaktifnya aku. Aku patah semangat waktu ni. (Bila masa ja aku tak patah semangat, time makan kot, okbai)

Ohh, lupa, aku ditukar position ke third speaker, sebelum ni aku second speaker, yahh, boleh la, aku much better third speaker rasanya, walaupun berusaha jadi second speaker yang baik, tapi lidah berbelit belit nak fahamkan orang.

Okay, okay takpa yang tu aku akan usaha juga untuk selesaikan. Nahh, yang pasal berkerja dalam team tu, bila la nak synergize ni, aku cuba lagi dan lagi. Aku still ingat ayat cikgu aku, “ Izni ni dia bekerja individu, bom meletup pun dia tak sedar.” Lebih kurang macam tu la. Takpa chaiyok chaiyok untuk bekerjasama dengan teammates.

Ni dah terlari topik sikit dah, huhu.

Pagi 26 Januari 2018 tu, kami (aku, Ben, Akim, Kak Wani, Amin, Suezetty dan Fateh) pun bergerak ke Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya menghadiri ASTAR. Waktu ASTAR ni, aku banyak belajar dan bersenam. Ehh, hahaha, bersenam tu sebab banyak naik turun tangga.

Yaa, aku masuk team UMP MUDA, sebagai simpanan tak mati yang akan tukar-tukar dengan Amin. My first speaker, Fateh, second, Suzy.

First day. 26 Januari 2018.
Sampai sampai, check in bilik dan naik rehat. Malam tu ada dinner, lepas dinner, kami berbincang, salin fakta untuk keesokkannya.

27 Januari 2018. Sidang 1-4.

Sidang 1 : Sebagai pembangkang bagi usul Apabila Sudah Merah : Kunyit Salahkan Kapur, Kapur Salahkan Kunyit.

Aku masuk masa ni, dan ini adalah first time aku masuk sidang dalam pertandingan. Okay, aku tak faham sangat kerajaan bawak lepas tu, salin pun sangkut-sangkut. Nahh. Tergagap ber’aaa’ ‘aa’ jugak la. Dengan mulut kering, loklaq sungguh.

Sidang 2 dan 3, Amin masuk. Masih pembangkang dengan usul FELDA : Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti gambar dilarik, tinggal kelopak salak dan sidang ketiga jadi kerajaan, Dewan Ini Akan Memberikan Intensif Kepada Wanita Bujang Yang Mengambil Anak Angkat.

Sidang 4, aku masuk emm. Pembangkang, Kita Perlukan Geng Mak Cik Bawang. Fuhh, masa ni aku meroyan apa tah. Pung pang pung pang. Tapi okaylah dari sidang 1, macam nak menangis dalam sidang pastu acah control.

Habis sidang untuk hari pertama. Malam tu buat pascanilai. Huuu. Aku pun taktau nak cakap apa. Sebab boleh buat lagi baik sebenarnya. Mmmm, keyakinan diri tu penting sangat. Kalau tak yakin, berstruktur, beridea macam mana pun, tak sedap jugak.

28 Januari 2018. Sidang 5 & 6.

Aku masuk dua dua sidang. Sidang 5 sebagai kerajaan, usul Jika Kami Perwakilan OIC, Jalan Terbaik Bukan Dengan Menyerahkan Baitulmaqdis kepada Israel dan 6 sebagai pembangkang dengan usul Demi Alam Sekitar, Industri Aviasi Komersial Perlu Dihadkan.

First sidang 28 Januari 2018, aku nak masuk sebab aku rasa aku dah faham, tapi last last, aku risau aku akan bunuh kes kerajaan, jadi aku bantai ja apa yang aku fikir, cubaan juga supaya tak bunuh kerajaan, tapi dia tak berapa berjaya. Mmm, frust oo masa ni, tapi berpositifan laa. Jujurlah, bila hang flop dalam sidang pastu buat dengan tak betul plak tu, tipu la tak frust. Cuma aku ni suka menyedapkan hati sendiri. Padahal taklah sedap sangat bila dah buat kesalahan dan tak buat apa yang patut buat.

Last sidang.

Isu yang gedebuk. Noob sebab malas membaca. Ehhhh, salahkan membaca pulak. OK! Aku agak mindblock usul ni. Perangai apa tah. Bila fikir negatif, ambik hang mindblock. Goreng goreng tak confident, juri tegur. Nahh! Aku ni suka buat silap yang sama. Dah habis. Okbai.

Malam buat post mortem. Mmmmmmmm. Benda yang sama aku tulis dalam benda alah ni. So taknak dah ulang-ulang, sebab setiap aku tulis tu, tulah post mortem aku malam tu.

Balik balik bilik, aku emo apatah, padahal masa post mortem tu mood okay, happy macam monyet dapat bunga. Entahlah. Aku cakap something, then Kak Wani balas la aku cakap tu. Aku punn, “yelah yelah, akak betul!”(Nada yang tak elok la). Pastu duk fikir macam-macam lepas aku cakap kat kak Wani, aku still tak boleh control baran immediately, aku whatsapp si Ben, lambat reply, aku whatsapp Akim ajak jumpa jap kat bawah, entah la kenapa Akim, tapi aku really need someone masa tu, aku tak cakap kat kak Wani sebab aku rasa macam tak boleh, sebab ego kot, dan aku takut baran aku meletup depan kak Wani, padahal bukannya aku marah pun kat kak Wani.

And I was asking Akim’s opinion about myself.

Akim cakap attitude aku bukan kategori bermasalah dah tapi teruk.
1. Degil
2. Ego
3. Keras kepala (bukan sama je ke dengan degil), keras hati mungkin kot

Hmmm, memang pun, aku akui benda alah tu. Dan perkara tu still berlaku sampai masa aku menaip benda ni.

That’s why aku lebih suka alone dari bercampur dengan orang. Aku suka buat kerja sendiri. Sebab tiga tu la. Mungkin nak berjimba aku boleh ramai-ramai dan jadi extrovert tapi bila kerja , aku memang introvert habis. Buat kerja sama-sama aku okay lagi kalau ada good management, tapi kalau hang bukan sapa-sapa tiba-tiba nak mengarah aku lebih lebih, aku boleh buat tapi start nak menyampah la, ikut situasi lah. Tambah kalau tengah mood tak elok. Paling aku tak boleh ialah bila nak share benda yang aku fikir, kena potong, memang aku bertabah laa, that’s why tendency untuk aku berkongsi dengan bukan pendengar yang baik adalah sikit. Kalau hang pendengar yang baik walaupun sebenarnya hang menyampah dengan aku tanpa membuat mimik muka tak kena, aku akan cerita, tapi bila hang start buat mimik muka, pastu aku tak cerita dah.


The truth is kalau buat esaimen, aku lebih suka berbincang baru bahagi rather than terus bahagi-bahagi hang buat ni, aku buat ni. Tapi tak semua orang macam tu. So aku ikut ja la. Berbincang tu janganlah krik krik krik dan nak conquer. Okbai. Makin aku taip makin jelaslah kelemahan aku, ciehhh, tak kisah pun, nak stay berkawan stay, nak blah, nak benci pergi sana. Walaupun bila hampa cakap aku teruk, dan aku tanya kenapa still nak kawan dengan aku dan hampa tak cakap apa apa, stay je la kalau rasa nak kawan. Aku bukan buruk 600 peratus pun dan aku inshaAllah akan perbaiki diri, sikit demi sikit. Rasa meluat tu, cakap elok-elok, aku dengar ja la, masuk telinga kiri keluar sikit-sikit belah kanan, walaupun aku dok defend diri aku. Aku fikir jugak perbaiki kalau tak lupa la. Sejak banyak laqha ni, dok jadi pelupa ja.

Ni dah masuk lima page aku taip kat words. Mmmm, banyak je lagi, keluhan, rungutan, luahan aku, tak tertaip pun bak lagu Surat Cinta Untuk Starla, takkan habis sejuta lagu, tuk menceritakan cantikmu, kan teramat panjang puisi tuk menyuratkan cinta ini, tapi versi aku, takkan habis sejuta kata tuk menceritakan hatiku, kan teramat panjang kata-kata tuk menaip luahan ini. Ecewahh.

Kerana Luka Semalam Part 2

Hazri cuba menjejaki Adelia.

'Ya Allah, kau mudahkanlah diriku ya Allah.'

Emm, mungkin mimpi itu petunjuk supaya aku mencari Delia dan Aril.
"Ouchh.." kedengaran suara mengerang kesakitan.
"Alamak, sorry cik, saya tak sengaja," ujar Hazri meminta maaf atas kecuaiannya.
"Oh, takpa," wanita itu bangun lalu membersihkan bajunya. Setelah memandang wajah Hazri, dia tergamam.
"Hazri?? Ya Allah, lamanya tak jumpa awak," Hazri terkejut kerana wanita itu mengenalinya.
Melihat wajah Hazri yang terkejut itu, lantas wanita itu memperkenalkan dirinya, " Ni Isabella la, tak ingat ke? Oh, mungkin awak pelik melihat saya bertudung. Saya dah memeluk Islam."
"Oh, Bella. Hmm, alhamdulillah, awak dah dapat hidayah, so how your life ? "
Aku bersyukur kerana Isabella memeluk Islam, bermakna jumlah umat Islam di negara kita semakin bertambah.
"Alhamdulillah, hidup saya makin tenang. Saya nak minta maaf, kerana saya, awak kehilangan wanita yang awak cintai," tutur Isabella ikhlas.
" Takpa, biarlah masa lalu. Let bygone be bygone. InshaAllah, kalau berjodohan tak kemana," ujar Hazri sambil tersenyum.
"Oh, ni kad saya, nanti kita jumpa lagi, saya ada hal. Bye ," Isabella menghulurkan kadnya lalu pergi.
Pertemuan Hazri dan Isabella berakhir di situ.

Hazri P.O.V

Mana aku nak cari Adelia ni. Ya Allah, bantulah aku.
Aku masih mencari Adelia dan Aril. Pencarian aku hampir tamat, aku melihat Aril bersama seorang lelaki.
Jantung aku berdebar, adakah itu suami Adelia. Ahh, mustahil, Aril kata ayahnya sudah tiada. Aku yakin Aril itu anakku.
" Err, hello? Ni ayah Aril ke?" aku memberanikan diri menegur lelaki itu.
Lelaki itu tergamam melihat Hazri.
"Ya Allah!" hanya itu yang aku dengar dari mulutnya.
Aku menggawang tanganku di depannya.
Dia tersedar. " Uh, saya bukan ayah Aril, ayah dia dah lama meninggal," ujar lelaki itu lalu mengusap dagunya.
" Encik ni sapa ya? Macam mana kenal Aril?" ujar lelaki itu lagi.
Aril memandang aku dalam-dalam.
" Eh, uncle, hai. Lama tak jumpa uncle. Papa Mi, ni lah uncle yang muka macam ayah ," ujar Aril petah.
Pertanyaan lelaki itu aku balas dengan senyuman. Ternyata dia faham dengan kata-kata si kecil tu.
" Oh, saya Huzaimi," dia menghulurkan tangan. Setelah berjabat tangan, aku mengajak Huzaimi dan Aril minum-minum di kedai makan berdekatan.
"Mi, kau kenal Adelia?" tanya aku gugup.
"Kenal," ujar Huzaimi pendek.
"Uh," senyap sepi.
Tiba-tiba si kecil comel tu bersuara.
"Papa Mi, jom balik, nanti mama marah," ujar Aril memecah kesunyian.
"Hazri, aku balik dulu," ujar Huzaimi lalu berlalu bersama Aril.
Huzaimi P.O.V
Ya Allah, aku jumpa dia mirip abang. Betullah kata kak Delia, wajah abang saling tak tumpah seperti kekasih lamanya. Bezanya dia tak punya, tahi lalat di hidung seperti abang.
Mungkin dia masih inginkan kak Delia.

Hazri P.O.V

Adelia menghubungi aku,katanya ingin berjumpa denganku. Ya Allah, aku bersyukur padamu. Aku bersiap-siap untuk berjumpa Adelia di Restoran Zhohir.
‘ Kacak juga aku ni, hehehe, perasan betul aku.’Aku memandang cermin untuk merapikan diri. Setelah semuanya sempurna, aku bergegas ke bawah mengambil kunci kereta lalu memandu kereta ke tempat yang ingin dituju.
Dalam perjalanan. Trut trut, tutt, tutt, telefon aku berbunyi. Tertera nama Isabella. Hmm, kenapa ya.
“Assalamualaikum,Hazri, awak kena tolong saya, mummy saya kemalangan, tapi tak ada sapa nak hantar saya, boleh hantar saya ke hospital?” sayu suara Isabella.
Aku serba-salah. Isabella sudah ku anggap sahabat, Adelia wanita yang kucintai.
Hmm, akhirnya aku menghubungi Adelia untuk memberitahu kelewatan aku nanti. Lega rasa hati bila, Adelia memahami.
Aku terus membelok ke perkarangan rumah Isabella. Alamat yang dikirimkan berdekatan dengan lokasi aku.
“Thanks Hazri, saya tak tahu nak minta tolong siapa. Mujur awak ada,”ujar Isabella stelah aku menurunkannya di depan hospital.
“Oh, no hal la, Bella, sorry saya tak boleh lama-lama, ada hal ni.”
“Okay, takpa nanti datang la melawat mummy,” Isabella berkata lalu bergegas masuk ke dalam hospital.

Adelia P.O.V

Aku akan penuhi wasiat Hazreeq. Pedih hatiku untuk menggantikan Hazreeq. Aku cintakan suamiku. Aku menghubungi Hazri,nasib menyebelahi aku, ternyata Hazri masih menggunakan nombor lamanya.
Aku mengajaknya berjumpa di Restoran Zhohir. Syukur kerana dia bersetuju untuk bertemu denganku.
Ketika membetulkan tudung di kepalaku, telefon aku berdering. Aku bergegas menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum  Delia,Ri mungkin datang lambat sikit, ada hal jap.” Hazri rupanya gerangan si pemanggil.
“ Oh,okay okay, tapi jangan lambat sangat pulak.”
Si kecil aku bertanya pula, “ Sapa mama? Papa Mi ke? Kenapa telefon mama?”  Becok betul budak kecil ni.Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut dia.
“Tak, bukan papa Mi, tapi uncle yang Aril jumpa hari tu,” jawab aku lalu menggeletek  Aril.
“Mama, geli..” Aril ketawa terkekek-kekek. Aku gembira melihat Aril ketawa. Keriangan Aril mengubat rinduku kepada Hazreeq.
“ Aril, jom jumpa uncle Ri nak?” Tanya aku setelah ketawa Ari reda.
“Yay, nak ikut, nak ikut,” Aril seronok sangat bila nak keluar.

Setelah sampai di restoram, bayangan Hazri masih belum kelihatan. Aku dan Aril menunggu di meja berdekatan tingkap.
20 minit kemudian, Hazri tiba , “Maaf lambat.”

Setelah memesan makanan dan minuman.
“ Delia, sihat?”  tanya Hazri mesra.
“Alhamdulillah, sihat,” Adelia kekok berbual dengan Hazri.
Senyuman nipis terbit di bibir Hazri.
Aril si kecil sibuk bermain game di tabnya. Haish, kecil-kecil pun pandai main tab.
Adelia menghulurkan sekeping  gambar kepada Hazri.Tatkala melihat gambar itu, Hazri terkejut.
“Si..a..pa.. ni..?” Hazri terketar-ketar bertanya. Mindanya mengimbau mimpinya seminggu lalu.
“Hazreeq. Nama dia Hazreeq, dia suami saya dan Aril anak kami berdua,” balas Adelia tenang.
Hazri terkejut dengan pengakuan Adelia,patutlah wajah Aril seperti iras wajahnya, rupanya bapanya mirip sekali dengan Hazri Cuma berbeza tahi lalat. Selama ini tanggapan Hazri menyatakan Aril anaknya salah sama sekali.
Riak muka Hazri berkerut, “ Mana dia? Boleh Ri jumpa dengan suami Delia.”
“Dia dah takda, Ri. Dia dah tinggalkan kami berdua selama-lamanya,” Suara Adelia sebak berbicara.
Hazri terkedu, “ maaf, Ri tak tahu.” “Takpa la”tutur Adelia.
Makananyang dipesan telah sampai, sedang menikmati hidangan Hazri sempat bertanya tentang kehidupan Adelia selama dia hilang dari pandangan matanya.

*Flashback*

“Hazri, kenapa Ri sanggup buat Delia macam ni,” teresak-esak Adelia di tepi tasik. Keputusan yang diambil turut membuatkan hatinya tidak keruan, lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Adelia terjun ke dalam tasik.
Dushh..
Bunyi itu mengejutkan Hazreeq yang sedang mengelamun ditinggalkan oleh kekasihnya.
“Ya Allah,sapa pula terjun tasik ni. Adoii,” Hazreeq menggaru kepalanya lalu terjun untuk menyelamatkan si gadis.
Setelah menyelamatkan gadis itu, Hazreeq terus membawa dia ke hospital.
Adelia terjaga daripada pengsan.
'Kat mana aku sekarang?' Adelia melihat sekelilingnya putih sahaja.
Tiba-tiba dia terpandang seseorang di hujung katilnya.
" Encik...," ujar Adelia sambil menggerakkan lengan lelaki itu.
" Emm...," Hazreeq mengangkat kepala.
"Aaaaa..,Hazri... Apa kau buat kat sini?"  Adelia kaget melihat lelaki yang disangka Hazri.
" Hah? Hazri? Nama saya Hazreeq laa? H.A.Z.R.E.E.Q. Cik nama apa?" Ujar Hazreeq.
Adelia kebingungan. Melihat tahi lalat di hidung Hazreeq barulah Adelia sedar bahawa di hadapannya bukanlah Hazri.
"Oh, sorry saya tak tahu.. Muka awak seperti wajah ex boyfriend saya.. Umm, macam mana saya boleh ada kat sini? And mana beg saya?" Tanya Adelia sambil tersenyum.
Hazreeq terpana melihat senyuman Adelia.
Melihatkan tiada respon dari Hazreeq, Adelia mengawangkan tangannya di depan wajah Hazreeq.
"Hey, hello.."
"Ahh, apa tadi?" Hazreeq malu.
" Macam mana saya boleh ada kat sini, dan beg saya mana?" ujar Adelia.
"Oh, awak terjatuh dalam tasik. Nah, ni beg awak! " Hazreeq memberikan kembali beg Adelia.

"Semenjak peristiwa tu, saya dan Hazreeq berkawan, sehinggalah dia melamar saya dan kami pun berkahwin," Adelia menamatkan ceritanya.
Hazri terlopong mendengar kisah Adelia.
"Hazri..," Adelia mengatur bicara lalu menghembuskan nafasnya.
"Ya, ada apa Delia?" Hazri berkata sambil memandang wajah Adelia.
"Ini ada surat dari Hazreeq untuk awak," ujar Adelia lalu menghulurkan surat itu.
Hazri terkejut dan merenung wajah Adelia dengan penuh tanda tanya.
"Bacalah," Adelia berkata.
Hazri P.O.V
Aku membuka surat itu.
"Assalamualaikum Hazri.
Adelia banyak bercerita mengenai kau.
Dan aku pasti kau amat mencintai dia.
Di kala kau membaca surat ini, aku sudah tiada lagi. Aku berharap kau dapat menjaga dia dan Aril. Aku percaya masih ada sedikit ruang untukmu di hati Adelia.
Hazri, aku harap kau tak sia-siakan mereka. Terima kasih kerana sudi menyayangi insan-insan kesayanganku.
Yang benar,
Hazreeq."
Surat itu aku tatap. Hazreeq! Nama seakan ku. Wajah seirasku. Misteri. Sekarang aku akan mencari cinta Adelia kembali.

“Mak , oh, mak,” Huzaimi memanggil emaknya. “ Ya, Mi, ada apa panggil mak ni,”jawan Puan Samirah kepada anaknya.
“ Mi, ada benda nak cerita kat mak ni,” kata Huzaimi lagi. “ Yalah, cerita apa Mi oii, suka sungguh ajak mak bergosip,” Puan Samirah berkata sambil tersenyum melihat anaknya tergelak.
“ Tadi, Mi jumpa orang yang muka sebijik macam arwah abang mak,” cerita Huzaimi bersungguh kepada Puan Samirah.
Riak muka Puan Samirah  berubah apabila anaknya menceritakan mengenai Hazri.
“ Oh, mungkin pelanduk dua serupa,” Puan Samirah berjeda.
“Rupa seiras, nama pun nak sama, sama-sama mencintai kak Delia,” Huzaimi menggaru kepala.
“Hmm, Mi, mak nak cakap sikit,” Puan Samirah merasakan dia tidak patut menyembunyikan lagi identiti ataupun rahsia Hazreeq yang sebenarnya.

Peristiwa 22 tahun lalu terimbas kembali.

“Mirah, aku nak mohon pertolongan kau boleh?” Hazrina memandang Samirah sayu.
“Tolong apa Rina? InshaAllah kalau mampu, aku bantu,” kata Samirah.
“ Tolong jagakan anak aku sekejap, Hazreeq. Hm, aku ada masalah sedikit. Boleh tak?” Hazrina seolah merayu.
“Hmm, aku bukan tak nak, tapi kesian kat anak kau ni, kecil lagi ni,” Samirah cuba untuk menolak.
“Please, aku mohon sangat, syarikat suami aku hampir muflis, aku takut aku abaikan salah seorang dari mereka, lagi pun aku dah bincang dengan suami aku,” Hazrina merayu sambil menangis.
“Yelah, yelah,” Akhirnya Hazreeq diserahkan kepada Samirah.
Selepas itu, berita mengenai Hazrina semakin hari semakin sedikit. Sehinggalah sewaktu Hazreeq berusia 17 tahun, segala rahsia yang disimpan diceritakan kepada Hazreeq. Hazreeq redha, kemalangan beberapa tahun lalu menyebabkan ibunya hilang ingatan.
Terlopong mulut Huzaimi setelah Puan Samirah menceritakan tentang Hazreeq.
“Oh, maknanya Hazri dengan abang Hazreeq kembar?” Otak Huzaimi mula mencerna selancarnya.
Puan Samirah mengangguk.

Adelia P.O.V

Ya Allah, betulkah apa yang Mi ceritakan ni?
Aku terkejut setelah Huzaimi memberitahu bahawa Hazri dan Hazreeq adalah kembar yang terpisah.
“Mi, akak tak percayalah,” aku menafikannya.
“ Tak percaya tanya mak,” Huzaimi memprovok aku.
Hmm, nampaknya aku kena berjumpa dengan Hazri.
Aku segera menghubungi Hazri. “Assalamualaikum, Hazri. Awak kat mana ni? Boleh kita berjumpa? Ada hal penting untuk saya katakan.”
“Waalaikumussalam, kat rumah saya. Oh, boleh. Okay set, Restoran Zhohir, 9.00 p.m.” Hazri berkata.
“Okay.” Aku meletakkan panggilan. Aku melihat Aril sudah terlena. Aku meminta Huzaimi menjaga Aril sebentar.

Hazri P.O.V

Aku agak gembira kerana Adelia ingin bertemu denganku. Ada apa hal? Aku terbingung sendiri. Aku harap berita gembira. Ya Allah, bantulah aku hambaMu yang lemah ini.
Restoran Zhohir amat popular.
‘Ramai pulak malam ni.’
Hmm. Hati kecil aku berbisik.
Aku lihat Adelia di satu sudut. Aku bergegas ke arahnya.
“ Ehem, assalamualaikum,” aku memberikan salam.
“Eh, waalaikumussalam, Hazri,” Adelia tersenyum manis. Dadaku bergetar. Ya Allah, aku amat merinduinya.
“Ada apa Delia ajak Ri keluar ni?” Straight to the point aku bertanya.
Adelia membuka mulut.
Aku agak terkejut dengan pernyataan dan pertanyaannya kepadaku. Aku terlalu terkejut dengan berita ini.
Aku meraup wajahku.

Hmm.
"Babah. Ri nak cakap sikit," Hazri ke bilik bapanya.
"Hal apa ni Ri, macam serius je babah tengok," ujar bapanya.
" Bah, Ri ade kembar ke bah," tanya Hazri.
Tan Sri Azhar terkejut dengan pertanyaan anaknya.
Lalu Tan Sri Azhar pun bercerita.
"Ya, dulu babah hampir muflis jadi mummy serahkan Hazreeq pada kawannya, tapi suatu hari kami terputus hubungan. Tiada khabar mengenai Hazreeq lagi. Mummy kemalangan dan tidak mengingati Hazreeq lagi, jadi babah terpaksa merahsiakan hal ni. Maafkan babah. Your twin dying, babah tahu. Babah ikut perkembangan yang diberikan oleh penyiasat babah. Dia dah takda. I'm so sorry."
"Babah, Ri rasa macam nak marah, tapi dah takda function kalau Ri besarkan hal ni, mummy memang tak ingat langsung ke bah?" ujar Hazri seraya bertanya.
Tan Sri Azhar menggelengkan kepala.
Hazri mengeluh.
"Bah, Hazreeq minta Ri bahagiakan his wife, Adelia," Tan Sri Azhar terkejut dengan penyataan Hazri.
Melihat bapanya terkejut, Hazri nemyerahkan surat Hazreeq kepada bapanya.
"Adelia? Kekasih Ri dulu?"
Hazri mengangguk.
'Sungguh kecil dunia ini. Ya Allah, kau ampuni la dosaku.' Desis hati Tan Sri Azhar.
Adelia bermimpi kali ketiga, Hazreeq memintanya menerima Hazri.
'Ya Allah, adakah ini petunjukMu.' Hati kecil Adelia berbisik halus.
Pertemuannya dengan Isabella amat mengejutkan. Adelia terkejut melihat perubahan Isabella. Isabella telah menceritakan semuanya.
Ternyata Hazri amat mencintainya. Adelia hanya mampu bersyukur kerana kebenaran sudah diketahuinya.
Malam hari yang dia melihat Hazri dan Isabella adalah kerana ingin memutuskan hubungan dengan Isabella. Lagi pula rupanya Hazri dan Isabella ialah sahabat baik.
"Mamaaaa," jeritan Aril memecahkan lamunan Adelia.
"Aril lapar kepsi la mama."
Amboi kecil kecil lagi dah pandai kepsi mekdi. Huhu.
"Yelah, yelah. Jom keluar. Cepat bersiap," Adelia berkata kepada anaknya lalu mencubit pipi Aril.
Mereka pun ke kepsi kegemaran Aril.
Dua tahun kemudian.
"Tq sayang sebab sudi terima abang," ujar Hazri sambil memeluk Adelia.
"Hmm, thanks juga abang sebab terima Adel," Adelia membalas pelukan Hazri.
Dua tahun yang lalu Adelia membuat keputusan untuk menerima Hazri semula.
Perkahwinan mereka kini lebih bermakna dengan kehadiran puteri mereka, Ariana Nadira.
Aril amat seronok dengan kehadiran adiknya.
Huzaimi pula akan bertunang dengan rakan sekerjanya.
Isabella sudah mengahwini seorang mualaf juga.
Puan Sri Hazrina dapat menerima berita mengenai Hazreeq setelah diceritakan oleh suaminya.
Puan Samirah turut bahagia dengan kehidupannya sekarang. Hazri juga dianggap seperti anaknya.

Tamat.

Maaflah sebab pendek. Sebenarnya rasa macam malas nak sambung. Tapi macam sayang je.  So taip je pendek pendek, at least complete. Tq reader sebab sudi baca cerita yang pendek-pendek ni.