Kerana Luka Semalam Part 2

Hazri cuba menjejaki Adelia.

'Ya Allah, kau mudahkanlah diriku ya Allah.'

Emm, mungkin mimpi itu petunjuk supaya aku mencari Delia dan Aril.
"Ouchh.." kedengaran suara mengerang kesakitan.
"Alamak, sorry cik, saya tak sengaja," ujar Hazri meminta maaf atas kecuaiannya.
"Oh, takpa," wanita itu bangun lalu membersihkan bajunya. Setelah memandang wajah Hazri, dia tergamam.
"Hazri?? Ya Allah, lamanya tak jumpa awak," Hazri terkejut kerana wanita itu mengenalinya.
Melihat wajah Hazri yang terkejut itu, lantas wanita itu memperkenalkan dirinya, " Ni Isabella la, tak ingat ke? Oh, mungkin awak pelik melihat saya bertudung. Saya dah memeluk Islam."
"Oh, Bella. Hmm, alhamdulillah, awak dah dapat hidayah, so how your life ? "
Aku bersyukur kerana Isabella memeluk Islam, bermakna jumlah umat Islam di negara kita semakin bertambah.
"Alhamdulillah, hidup saya makin tenang. Saya nak minta maaf, kerana saya, awak kehilangan wanita yang awak cintai," tutur Isabella ikhlas.
" Takpa, biarlah masa lalu. Let bygone be bygone. InshaAllah, kalau berjodohan tak kemana," ujar Hazri sambil tersenyum.
"Oh, ni kad saya, nanti kita jumpa lagi, saya ada hal. Bye ," Isabella menghulurkan kadnya lalu pergi.
Pertemuan Hazri dan Isabella berakhir di situ.

Hazri P.O.V

Mana aku nak cari Adelia ni. Ya Allah, bantulah aku.
Aku masih mencari Adelia dan Aril. Pencarian aku hampir tamat, aku melihat Aril bersama seorang lelaki.
Jantung aku berdebar, adakah itu suami Adelia. Ahh, mustahil, Aril kata ayahnya sudah tiada. Aku yakin Aril itu anakku.
" Err, hello? Ni ayah Aril ke?" aku memberanikan diri menegur lelaki itu.
Lelaki itu tergamam melihat Hazri.
"Ya Allah!" hanya itu yang aku dengar dari mulutnya.
Aku menggawang tanganku di depannya.
Dia tersedar. " Uh, saya bukan ayah Aril, ayah dia dah lama meninggal," ujar lelaki itu lalu mengusap dagunya.
" Encik ni sapa ya? Macam mana kenal Aril?" ujar lelaki itu lagi.
Aril memandang aku dalam-dalam.
" Eh, uncle, hai. Lama tak jumpa uncle. Papa Mi, ni lah uncle yang muka macam ayah ," ujar Aril petah.
Pertanyaan lelaki itu aku balas dengan senyuman. Ternyata dia faham dengan kata-kata si kecil tu.
" Oh, saya Huzaimi," dia menghulurkan tangan. Setelah berjabat tangan, aku mengajak Huzaimi dan Aril minum-minum di kedai makan berdekatan.
"Mi, kau kenal Adelia?" tanya aku gugup.
"Kenal," ujar Huzaimi pendek.
"Uh," senyap sepi.
Tiba-tiba si kecil comel tu bersuara.
"Papa Mi, jom balik, nanti mama marah," ujar Aril memecah kesunyian.
"Hazri, aku balik dulu," ujar Huzaimi lalu berlalu bersama Aril.
Huzaimi P.O.V
Ya Allah, aku jumpa dia mirip abang. Betullah kata kak Delia, wajah abang saling tak tumpah seperti kekasih lamanya. Bezanya dia tak punya, tahi lalat di hidung seperti abang.
Mungkin dia masih inginkan kak Delia.

Hazri P.O.V

Adelia menghubungi aku,katanya ingin berjumpa denganku. Ya Allah, aku bersyukur padamu. Aku bersiap-siap untuk berjumpa Adelia di Restoran Zhohir.
‘ Kacak juga aku ni, hehehe, perasan betul aku.’Aku memandang cermin untuk merapikan diri. Setelah semuanya sempurna, aku bergegas ke bawah mengambil kunci kereta lalu memandu kereta ke tempat yang ingin dituju.
Dalam perjalanan. Trut trut, tutt, tutt, telefon aku berbunyi. Tertera nama Isabella. Hmm, kenapa ya.
“Assalamualaikum,Hazri, awak kena tolong saya, mummy saya kemalangan, tapi tak ada sapa nak hantar saya, boleh hantar saya ke hospital?” sayu suara Isabella.
Aku serba-salah. Isabella sudah ku anggap sahabat, Adelia wanita yang kucintai.
Hmm, akhirnya aku menghubungi Adelia untuk memberitahu kelewatan aku nanti. Lega rasa hati bila, Adelia memahami.
Aku terus membelok ke perkarangan rumah Isabella. Alamat yang dikirimkan berdekatan dengan lokasi aku.
“Thanks Hazri, saya tak tahu nak minta tolong siapa. Mujur awak ada,”ujar Isabella stelah aku menurunkannya di depan hospital.
“Oh, no hal la, Bella, sorry saya tak boleh lama-lama, ada hal ni.”
“Okay, takpa nanti datang la melawat mummy,” Isabella berkata lalu bergegas masuk ke dalam hospital.

Adelia P.O.V

Aku akan penuhi wasiat Hazreeq. Pedih hatiku untuk menggantikan Hazreeq. Aku cintakan suamiku. Aku menghubungi Hazri,nasib menyebelahi aku, ternyata Hazri masih menggunakan nombor lamanya.
Aku mengajaknya berjumpa di Restoran Zhohir. Syukur kerana dia bersetuju untuk bertemu denganku.
Ketika membetulkan tudung di kepalaku, telefon aku berdering. Aku bergegas menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum  Delia,Ri mungkin datang lambat sikit, ada hal jap.” Hazri rupanya gerangan si pemanggil.
“ Oh,okay okay, tapi jangan lambat sangat pulak.”
Si kecil aku bertanya pula, “ Sapa mama? Papa Mi ke? Kenapa telefon mama?”  Becok betul budak kecil ni.Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut dia.
“Tak, bukan papa Mi, tapi uncle yang Aril jumpa hari tu,” jawab aku lalu menggeletek  Aril.
“Mama, geli..” Aril ketawa terkekek-kekek. Aku gembira melihat Aril ketawa. Keriangan Aril mengubat rinduku kepada Hazreeq.
“ Aril, jom jumpa uncle Ri nak?” Tanya aku setelah ketawa Ari reda.
“Yay, nak ikut, nak ikut,” Aril seronok sangat bila nak keluar.

Setelah sampai di restoram, bayangan Hazri masih belum kelihatan. Aku dan Aril menunggu di meja berdekatan tingkap.
20 minit kemudian, Hazri tiba , “Maaf lambat.”

Setelah memesan makanan dan minuman.
“ Delia, sihat?”  tanya Hazri mesra.
“Alhamdulillah, sihat,” Adelia kekok berbual dengan Hazri.
Senyuman nipis terbit di bibir Hazri.
Aril si kecil sibuk bermain game di tabnya. Haish, kecil-kecil pun pandai main tab.
Adelia menghulurkan sekeping  gambar kepada Hazri.Tatkala melihat gambar itu, Hazri terkejut.
“Si..a..pa.. ni..?” Hazri terketar-ketar bertanya. Mindanya mengimbau mimpinya seminggu lalu.
“Hazreeq. Nama dia Hazreeq, dia suami saya dan Aril anak kami berdua,” balas Adelia tenang.
Hazri terkejut dengan pengakuan Adelia,patutlah wajah Aril seperti iras wajahnya, rupanya bapanya mirip sekali dengan Hazri Cuma berbeza tahi lalat. Selama ini tanggapan Hazri menyatakan Aril anaknya salah sama sekali.
Riak muka Hazri berkerut, “ Mana dia? Boleh Ri jumpa dengan suami Delia.”
“Dia dah takda, Ri. Dia dah tinggalkan kami berdua selama-lamanya,” Suara Adelia sebak berbicara.
Hazri terkedu, “ maaf, Ri tak tahu.” “Takpa la”tutur Adelia.
Makananyang dipesan telah sampai, sedang menikmati hidangan Hazri sempat bertanya tentang kehidupan Adelia selama dia hilang dari pandangan matanya.

*Flashback*

“Hazri, kenapa Ri sanggup buat Delia macam ni,” teresak-esak Adelia di tepi tasik. Keputusan yang diambil turut membuatkan hatinya tidak keruan, lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Adelia terjun ke dalam tasik.
Dushh..
Bunyi itu mengejutkan Hazreeq yang sedang mengelamun ditinggalkan oleh kekasihnya.
“Ya Allah,sapa pula terjun tasik ni. Adoii,” Hazreeq menggaru kepalanya lalu terjun untuk menyelamatkan si gadis.
Setelah menyelamatkan gadis itu, Hazreeq terus membawa dia ke hospital.
Adelia terjaga daripada pengsan.
'Kat mana aku sekarang?' Adelia melihat sekelilingnya putih sahaja.
Tiba-tiba dia terpandang seseorang di hujung katilnya.
" Encik...," ujar Adelia sambil menggerakkan lengan lelaki itu.
" Emm...," Hazreeq mengangkat kepala.
"Aaaaa..,Hazri... Apa kau buat kat sini?"  Adelia kaget melihat lelaki yang disangka Hazri.
" Hah? Hazri? Nama saya Hazreeq laa? H.A.Z.R.E.E.Q. Cik nama apa?" Ujar Hazreeq.
Adelia kebingungan. Melihat tahi lalat di hidung Hazreeq barulah Adelia sedar bahawa di hadapannya bukanlah Hazri.
"Oh, sorry saya tak tahu.. Muka awak seperti wajah ex boyfriend saya.. Umm, macam mana saya boleh ada kat sini? And mana beg saya?" Tanya Adelia sambil tersenyum.
Hazreeq terpana melihat senyuman Adelia.
Melihatkan tiada respon dari Hazreeq, Adelia mengawangkan tangannya di depan wajah Hazreeq.
"Hey, hello.."
"Ahh, apa tadi?" Hazreeq malu.
" Macam mana saya boleh ada kat sini, dan beg saya mana?" ujar Adelia.
"Oh, awak terjatuh dalam tasik. Nah, ni beg awak! " Hazreeq memberikan kembali beg Adelia.

"Semenjak peristiwa tu, saya dan Hazreeq berkawan, sehinggalah dia melamar saya dan kami pun berkahwin," Adelia menamatkan ceritanya.
Hazri terlopong mendengar kisah Adelia.
"Hazri..," Adelia mengatur bicara lalu menghembuskan nafasnya.
"Ya, ada apa Delia?" Hazri berkata sambil memandang wajah Adelia.
"Ini ada surat dari Hazreeq untuk awak," ujar Adelia lalu menghulurkan surat itu.
Hazri terkejut dan merenung wajah Adelia dengan penuh tanda tanya.
"Bacalah," Adelia berkata.
Hazri P.O.V
Aku membuka surat itu.
"Assalamualaikum Hazri.
Adelia banyak bercerita mengenai kau.
Dan aku pasti kau amat mencintai dia.
Di kala kau membaca surat ini, aku sudah tiada lagi. Aku berharap kau dapat menjaga dia dan Aril. Aku percaya masih ada sedikit ruang untukmu di hati Adelia.
Hazri, aku harap kau tak sia-siakan mereka. Terima kasih kerana sudi menyayangi insan-insan kesayanganku.
Yang benar,
Hazreeq."
Surat itu aku tatap. Hazreeq! Nama seakan ku. Wajah seirasku. Misteri. Sekarang aku akan mencari cinta Adelia kembali.

“Mak , oh, mak,” Huzaimi memanggil emaknya. “ Ya, Mi, ada apa panggil mak ni,”jawan Puan Samirah kepada anaknya.
“ Mi, ada benda nak cerita kat mak ni,” kata Huzaimi lagi. “ Yalah, cerita apa Mi oii, suka sungguh ajak mak bergosip,” Puan Samirah berkata sambil tersenyum melihat anaknya tergelak.
“ Tadi, Mi jumpa orang yang muka sebijik macam arwah abang mak,” cerita Huzaimi bersungguh kepada Puan Samirah.
Riak muka Puan Samirah  berubah apabila anaknya menceritakan mengenai Hazri.
“ Oh, mungkin pelanduk dua serupa,” Puan Samirah berjeda.
“Rupa seiras, nama pun nak sama, sama-sama mencintai kak Delia,” Huzaimi menggaru kepala.
“Hmm, Mi, mak nak cakap sikit,” Puan Samirah merasakan dia tidak patut menyembunyikan lagi identiti ataupun rahsia Hazreeq yang sebenarnya.

Peristiwa 22 tahun lalu terimbas kembali.

“Mirah, aku nak mohon pertolongan kau boleh?” Hazrina memandang Samirah sayu.
“Tolong apa Rina? InshaAllah kalau mampu, aku bantu,” kata Samirah.
“ Tolong jagakan anak aku sekejap, Hazreeq. Hm, aku ada masalah sedikit. Boleh tak?” Hazrina seolah merayu.
“Hmm, aku bukan tak nak, tapi kesian kat anak kau ni, kecil lagi ni,” Samirah cuba untuk menolak.
“Please, aku mohon sangat, syarikat suami aku hampir muflis, aku takut aku abaikan salah seorang dari mereka, lagi pun aku dah bincang dengan suami aku,” Hazrina merayu sambil menangis.
“Yelah, yelah,” Akhirnya Hazreeq diserahkan kepada Samirah.
Selepas itu, berita mengenai Hazrina semakin hari semakin sedikit. Sehinggalah sewaktu Hazreeq berusia 17 tahun, segala rahsia yang disimpan diceritakan kepada Hazreeq. Hazreeq redha, kemalangan beberapa tahun lalu menyebabkan ibunya hilang ingatan.
Terlopong mulut Huzaimi setelah Puan Samirah menceritakan tentang Hazreeq.
“Oh, maknanya Hazri dengan abang Hazreeq kembar?” Otak Huzaimi mula mencerna selancarnya.
Puan Samirah mengangguk.

Adelia P.O.V

Ya Allah, betulkah apa yang Mi ceritakan ni?
Aku terkejut setelah Huzaimi memberitahu bahawa Hazri dan Hazreeq adalah kembar yang terpisah.
“Mi, akak tak percayalah,” aku menafikannya.
“ Tak percaya tanya mak,” Huzaimi memprovok aku.
Hmm, nampaknya aku kena berjumpa dengan Hazri.
Aku segera menghubungi Hazri. “Assalamualaikum, Hazri. Awak kat mana ni? Boleh kita berjumpa? Ada hal penting untuk saya katakan.”
“Waalaikumussalam, kat rumah saya. Oh, boleh. Okay set, Restoran Zhohir, 9.00 p.m.” Hazri berkata.
“Okay.” Aku meletakkan panggilan. Aku melihat Aril sudah terlena. Aku meminta Huzaimi menjaga Aril sebentar.

Hazri P.O.V

Aku agak gembira kerana Adelia ingin bertemu denganku. Ada apa hal? Aku terbingung sendiri. Aku harap berita gembira. Ya Allah, bantulah aku hambaMu yang lemah ini.
Restoran Zhohir amat popular.
‘Ramai pulak malam ni.’
Hmm. Hati kecil aku berbisik.
Aku lihat Adelia di satu sudut. Aku bergegas ke arahnya.
“ Ehem, assalamualaikum,” aku memberikan salam.
“Eh, waalaikumussalam, Hazri,” Adelia tersenyum manis. Dadaku bergetar. Ya Allah, aku amat merinduinya.
“Ada apa Delia ajak Ri keluar ni?” Straight to the point aku bertanya.
Adelia membuka mulut.
Aku agak terkejut dengan pernyataan dan pertanyaannya kepadaku. Aku terlalu terkejut dengan berita ini.
Aku meraup wajahku.

Hmm.
"Babah. Ri nak cakap sikit," Hazri ke bilik bapanya.
"Hal apa ni Ri, macam serius je babah tengok," ujar bapanya.
" Bah, Ri ade kembar ke bah," tanya Hazri.
Tan Sri Azhar terkejut dengan pertanyaan anaknya.
Lalu Tan Sri Azhar pun bercerita.
"Ya, dulu babah hampir muflis jadi mummy serahkan Hazreeq pada kawannya, tapi suatu hari kami terputus hubungan. Tiada khabar mengenai Hazreeq lagi. Mummy kemalangan dan tidak mengingati Hazreeq lagi, jadi babah terpaksa merahsiakan hal ni. Maafkan babah. Your twin dying, babah tahu. Babah ikut perkembangan yang diberikan oleh penyiasat babah. Dia dah takda. I'm so sorry."
"Babah, Ri rasa macam nak marah, tapi dah takda function kalau Ri besarkan hal ni, mummy memang tak ingat langsung ke bah?" ujar Hazri seraya bertanya.
Tan Sri Azhar menggelengkan kepala.
Hazri mengeluh.
"Bah, Hazreeq minta Ri bahagiakan his wife, Adelia," Tan Sri Azhar terkejut dengan penyataan Hazri.
Melihat bapanya terkejut, Hazri nemyerahkan surat Hazreeq kepada bapanya.
"Adelia? Kekasih Ri dulu?"
Hazri mengangguk.
'Sungguh kecil dunia ini. Ya Allah, kau ampuni la dosaku.' Desis hati Tan Sri Azhar.
Adelia bermimpi kali ketiga, Hazreeq memintanya menerima Hazri.
'Ya Allah, adakah ini petunjukMu.' Hati kecil Adelia berbisik halus.
Pertemuannya dengan Isabella amat mengejutkan. Adelia terkejut melihat perubahan Isabella. Isabella telah menceritakan semuanya.
Ternyata Hazri amat mencintainya. Adelia hanya mampu bersyukur kerana kebenaran sudah diketahuinya.
Malam hari yang dia melihat Hazri dan Isabella adalah kerana ingin memutuskan hubungan dengan Isabella. Lagi pula rupanya Hazri dan Isabella ialah sahabat baik.
"Mamaaaa," jeritan Aril memecahkan lamunan Adelia.
"Aril lapar kepsi la mama."
Amboi kecil kecil lagi dah pandai kepsi mekdi. Huhu.
"Yelah, yelah. Jom keluar. Cepat bersiap," Adelia berkata kepada anaknya lalu mencubit pipi Aril.
Mereka pun ke kepsi kegemaran Aril.
Dua tahun kemudian.
"Tq sayang sebab sudi terima abang," ujar Hazri sambil memeluk Adelia.
"Hmm, thanks juga abang sebab terima Adel," Adelia membalas pelukan Hazri.
Dua tahun yang lalu Adelia membuat keputusan untuk menerima Hazri semula.
Perkahwinan mereka kini lebih bermakna dengan kehadiran puteri mereka, Ariana Nadira.
Aril amat seronok dengan kehadiran adiknya.
Huzaimi pula akan bertunang dengan rakan sekerjanya.
Isabella sudah mengahwini seorang mualaf juga.
Puan Sri Hazrina dapat menerima berita mengenai Hazreeq setelah diceritakan oleh suaminya.
Puan Samirah turut bahagia dengan kehidupannya sekarang. Hazri juga dianggap seperti anaknya.

Tamat.

Maaflah sebab pendek. Sebenarnya rasa macam malas nak sambung. Tapi macam sayang je.  So taip je pendek pendek, at least complete. Tq reader sebab sudi baca cerita yang pendek-pendek ni.