Cuti Semester Sesi 2017/2018

“UMP UMP,” suara pemandu bas kedengaran.
Akhirnya aku sampai di UMP setelah lama bercuti di rumah dan penuh kebosanan. Yeah, bila ada kelas sibuk nak bercuti tapi bila dah cuti sibuk pulak nak balik yuyempi. Hahaha. Tu aku la, orang lain? Aku tak tahu.

Yasho, dah masuk sem 4. Ya, aku pelajar tahun dua UMP. Bagi yang tak tahu UMP tu apa? UMP tu Universiti Malaysia Pahang bukan Perlis ya. Yaa, saja nak bercerita apa yang terjadi waktu cuti selama sebulan tambah tolak. Yashoo, lepas habis exam OOP, 4 Januari 2018, terus balik Kedah, malam tu balik dengan Shahrul. Dah sampai Sungai Petani tu, masing-masing terus balik rumah. Ibu aku yang datang ambil masa tu.

6-20 Januari 2018, aku hanya buang masa dekat rumah. Yah! Jujur aku bangun tidur pun lewat (dah takda sapa kat rumah), kemas rumah gitu-gitu ja, masak nasik dan lauk simple simple ja (goreng ayam, sayur campak-campak, ikut mood aku la), dan aku still kena berleter everyday. Mujurlah 5 Januari tu agak efektif, lalala.

Malam 20 Januari 2018, bertolak balik UMP sebab ada latihan debat. Latihan debat start malam 21 Januari 2018 sampai 25 Januari petang. Malam tu pergi berjimba. Aku, senpai-senpai dan sorang kouhai ja yang karok, Kak Wani dan Suzy taknak, nasib badan la, aku ja yang suka menyanyi sesuka hati.

Malam 21 Januari 2018, mula-mula bincang nak fahamkan usul ASTAR 21 ni, quite hard la. Then ada mock. Next next day pun macam tu lah. Mock, cari fakta, bincang, komen. Ahhh, masa kat rumah tu pun aku memang lemau dan tak bersemangat nak berdebat dah. Tapi kuatkan hati jugak datang sebab keinginan yang tersepit baranya dicelah jiwa. Pehh.

Lepas mock, aku selalu kena komen, aku lemau, seolah-olah takdak dalam dewan perdebatan. Setiap kali aku cuba, tak jadi jadi, tak dapat aura debat tu, entah la kenapa, tapi waktu tengah tak berapa sihat aku memang lemauuu la, mengada. Sumpah rasa nak give up, tapi tak gibab pun sebab yaa aku sayang kot berdebat ni. Nahh! Aku cuba nak improve lagi. Mmm, aku dah la ada masalah berkomunikasi bila dalam team ni, haihh, sedar ja masalah tu, tapi lembab juga nak solve, at the end, blur.
Dan since datang untuk latihan waktu ni, aku sedar aku ada lose banyak benda, rugi laa, sebab selalunya aku boleh berfikir macam-macam, masa ni otak macam beku. Nahh, reaktifnya aku. Aku patah semangat waktu ni. (Bila masa ja aku tak patah semangat, time makan kot, okbai)

Ohh, lupa, aku ditukar position ke third speaker, sebelum ni aku second speaker, yahh, boleh la, aku much better third speaker rasanya, walaupun berusaha jadi second speaker yang baik, tapi lidah berbelit belit nak fahamkan orang.

Okay, okay takpa yang tu aku akan usaha juga untuk selesaikan. Nahh, yang pasal berkerja dalam team tu, bila la nak synergize ni, aku cuba lagi dan lagi. Aku still ingat ayat cikgu aku, “ Izni ni dia bekerja individu, bom meletup pun dia tak sedar.” Lebih kurang macam tu la. Takpa chaiyok chaiyok untuk bekerjasama dengan teammates.

Ni dah terlari topik sikit dah, huhu.

Pagi 26 Januari 2018 tu, kami (aku, Ben, Akim, Kak Wani, Amin, Suezetty dan Fateh) pun bergerak ke Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya menghadiri ASTAR. Waktu ASTAR ni, aku banyak belajar dan bersenam. Ehh, hahaha, bersenam tu sebab banyak naik turun tangga.

Yaa, aku masuk team UMP MUDA, sebagai simpanan tak mati yang akan tukar-tukar dengan Amin. My first speaker, Fateh, second, Suzy.

First day. 26 Januari 2018.
Sampai sampai, check in bilik dan naik rehat. Malam tu ada dinner, lepas dinner, kami berbincang, salin fakta untuk keesokkannya.

27 Januari 2018. Sidang 1-4.

Sidang 1 : Sebagai pembangkang bagi usul Apabila Sudah Merah : Kunyit Salahkan Kapur, Kapur Salahkan Kunyit.

Aku masuk masa ni, dan ini adalah first time aku masuk sidang dalam pertandingan. Okay, aku tak faham sangat kerajaan bawak lepas tu, salin pun sangkut-sangkut. Nahh. Tergagap ber’aaa’ ‘aa’ jugak la. Dengan mulut kering, loklaq sungguh.

Sidang 2 dan 3, Amin masuk. Masih pembangkang dengan usul FELDA : Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti gambar dilarik, tinggal kelopak salak dan sidang ketiga jadi kerajaan, Dewan Ini Akan Memberikan Intensif Kepada Wanita Bujang Yang Mengambil Anak Angkat.

Sidang 4, aku masuk emm. Pembangkang, Kita Perlukan Geng Mak Cik Bawang. Fuhh, masa ni aku meroyan apa tah. Pung pang pung pang. Tapi okaylah dari sidang 1, macam nak menangis dalam sidang pastu acah control.

Habis sidang untuk hari pertama. Malam tu buat pascanilai. Huuu. Aku pun taktau nak cakap apa. Sebab boleh buat lagi baik sebenarnya. Mmmm, keyakinan diri tu penting sangat. Kalau tak yakin, berstruktur, beridea macam mana pun, tak sedap jugak.

28 Januari 2018. Sidang 5 & 6.

Aku masuk dua dua sidang. Sidang 5 sebagai kerajaan, usul Jika Kami Perwakilan OIC, Jalan Terbaik Bukan Dengan Menyerahkan Baitulmaqdis kepada Israel dan 6 sebagai pembangkang dengan usul Demi Alam Sekitar, Industri Aviasi Komersial Perlu Dihadkan.

First sidang 28 Januari 2018, aku nak masuk sebab aku rasa aku dah faham, tapi last last, aku risau aku akan bunuh kes kerajaan, jadi aku bantai ja apa yang aku fikir, cubaan juga supaya tak bunuh kerajaan, tapi dia tak berapa berjaya. Mmm, frust oo masa ni, tapi berpositifan laa. Jujurlah, bila hang flop dalam sidang pastu buat dengan tak betul plak tu, tipu la tak frust. Cuma aku ni suka menyedapkan hati sendiri. Padahal taklah sedap sangat bila dah buat kesalahan dan tak buat apa yang patut buat.

Last sidang.

Isu yang gedebuk. Noob sebab malas membaca. Ehhhh, salahkan membaca pulak. OK! Aku agak mindblock usul ni. Perangai apa tah. Bila fikir negatif, ambik hang mindblock. Goreng goreng tak confident, juri tegur. Nahh! Aku ni suka buat silap yang sama. Dah habis. Okbai.

Malam buat post mortem. Mmmmmmmm. Benda yang sama aku tulis dalam benda alah ni. So taknak dah ulang-ulang, sebab setiap aku tulis tu, tulah post mortem aku malam tu.

Balik balik bilik, aku emo apatah, padahal masa post mortem tu mood okay, happy macam monyet dapat bunga. Entahlah. Aku cakap something, then Kak Wani balas la aku cakap tu. Aku punn, “yelah yelah, akak betul!”(Nada yang tak elok la). Pastu duk fikir macam-macam lepas aku cakap kat kak Wani, aku still tak boleh control baran immediately, aku whatsapp si Ben, lambat reply, aku whatsapp Akim ajak jumpa jap kat bawah, entah la kenapa Akim, tapi aku really need someone masa tu, aku tak cakap kat kak Wani sebab aku rasa macam tak boleh, sebab ego kot, dan aku takut baran aku meletup depan kak Wani, padahal bukannya aku marah pun kat kak Wani.

And I was asking Akim’s opinion about myself.

Akim cakap attitude aku bukan kategori bermasalah dah tapi teruk.
1. Degil
2. Ego
3. Keras kepala (bukan sama je ke dengan degil), keras hati mungkin kot

Hmmm, memang pun, aku akui benda alah tu. Dan perkara tu still berlaku sampai masa aku menaip benda ni.

That’s why aku lebih suka alone dari bercampur dengan orang. Aku suka buat kerja sendiri. Sebab tiga tu la. Mungkin nak berjimba aku boleh ramai-ramai dan jadi extrovert tapi bila kerja , aku memang introvert habis. Buat kerja sama-sama aku okay lagi kalau ada good management, tapi kalau hang bukan sapa-sapa tiba-tiba nak mengarah aku lebih lebih, aku boleh buat tapi start nak menyampah la, ikut situasi lah. Tambah kalau tengah mood tak elok. Paling aku tak boleh ialah bila nak share benda yang aku fikir, kena potong, memang aku bertabah laa, that’s why tendency untuk aku berkongsi dengan bukan pendengar yang baik adalah sikit. Kalau hang pendengar yang baik walaupun sebenarnya hang menyampah dengan aku tanpa membuat mimik muka tak kena, aku akan cerita, tapi bila hang start buat mimik muka, pastu aku tak cerita dah.


The truth is kalau buat esaimen, aku lebih suka berbincang baru bahagi rather than terus bahagi-bahagi hang buat ni, aku buat ni. Tapi tak semua orang macam tu. So aku ikut ja la. Berbincang tu janganlah krik krik krik dan nak conquer. Okbai. Makin aku taip makin jelaslah kelemahan aku, ciehhh, tak kisah pun, nak stay berkawan stay, nak blah, nak benci pergi sana. Walaupun bila hampa cakap aku teruk, dan aku tanya kenapa still nak kawan dengan aku dan hampa tak cakap apa apa, stay je la kalau rasa nak kawan. Aku bukan buruk 600 peratus pun dan aku inshaAllah akan perbaiki diri, sikit demi sikit. Rasa meluat tu, cakap elok-elok, aku dengar ja la, masuk telinga kiri keluar sikit-sikit belah kanan, walaupun aku dok defend diri aku. Aku fikir jugak perbaiki kalau tak lupa la. Sejak banyak laqha ni, dok jadi pelupa ja.

Ni dah masuk lima page aku taip kat words. Mmmm, banyak je lagi, keluhan, rungutan, luahan aku, tak tertaip pun bak lagu Surat Cinta Untuk Starla, takkan habis sejuta lagu, tuk menceritakan cantikmu, kan teramat panjang puisi tuk menyuratkan cinta ini, tapi versi aku, takkan habis sejuta kata tuk menceritakan hatiku, kan teramat panjang kata-kata tuk menaip luahan ini. Ecewahh.