Web Engineering's Project

Hai, assalamualaikum. Kyaa, setelah bertungkus lumus siapkan coding PHP + html + SQL, akhirnya siap juga projek kami. Projek sistem alumni FSKKP UMP. Projek ni Izni buat berkumpulan, dengan Manny dan Snow, satu Malaysia gitu.

Tapi, Snow hanya muncul awal-awal je, lepas tu dia hilang. Hahahaha, entahlah. Biar jelah. Yang penting dah siap. Lega jugalah, dan ni adalah projek yang Izni agak puas hati sebab memang bekerjasama sangat dengan Manny untuk siapkan projek ni. Projek lain banyak bagi task kat Whatsapp buat part masing-masing, pastu compile, tapi tak selari pun, hmm. Abaikan, hari ni cuma nak cakap gembira dengan projek ni, pasal markah tak kisah, cuma bila kita dapat buat satu sistem dengan jayanya, rasa puas hati la juga. Kat bawah ni ada part yang Izni screenshot.






Banyak lagi interface. Tapi sistem ni boleh run tau, bukan sekadar interface. Hehehe. Bolehlahh sekadar budak baru belajar.

Tips Pembelajaran By Izni

Ni cara Izni belajar masa sekolah dulu. Tapi taklah praktik sangat. Cuma nak share, mana tahu, dapat bantu. Bukan untuk subjek kira-kira dan problem solving, subjek membaca boleh la guna cara ni ataupun nak hafal dan faham. Boleh kalau nak guna cara ni untuk kira-kira, tapi untuk step step tertentu kena fikir sendiri la.

1. Selak-selak buku.
2. Buat nota untuk semua chapter sambil fahamkan.
3. Buat soalan untuk setiap nota yang dah buat. 

Contoh :-

Nota : Biru + Merah = Ungu

Soalan : 4.Ungu =...............+............ / Biru +...............= Ungu

Ataupun kalau macam sejarah, bio, sains dan subjek membaca lain.
Buat soalan guna 5W1H. Bolej je mana-mana.

4. Cuba jawab balik soalan yang dibuat itu. Cuba ingat dan jawab soalan tu, kalau tak ingat juga, boleh je rujuk balik buku atau nota tu.
5. Boleh buat soalan pelbagai jenis, tapi bagi menarik la cara buat soalan tu, sebab bila lagi menarik, kita pun seronok, secara tak langsung kita belajar.

Ni salah satu cara Izni belajar dulu. 

Selain pada ini, Izni suka praktikkan / cakap apa yang Izni belajar. Contohnya, masa sekolah ada belajar pasal nutrisi, enzim dan pasal makanan sikit sikit, jadi masa makan tu, relate la apa yang belajar tu. Macam, aku makan ayam harini, jadi enzim apa yang akan proses dia Ataupun macam kita tengok sekelilinng, pokok hijau sebab ada klorofil, klorofil ni bla bla. Masa ni pun Izni rasa seronok belajar.

Hehehe. Macam budak-budakkan.

Takpun dulu dan sampai sekarang suka pakai akronim. Yang ni best. Macam nak hafal planet, guna ayat mengarut atau ingat huruf depan. Mak Vin Enggan Makan Jambu Susu Untuk Naik Pelamin. Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto. 

Hehe. 

Okaylah sampai sini sajalah dulu.

Why?

Assalamualaikum, hai, semua. Maaf la haritu ada tukarkan kepada private sebab terpaksa, ni pun tukar link blog sementara, tapi masih lagi preserve link lama, hehe.

Baru-baru ni nombor telefon kena sebar dengan username ig serta link blog, dengan kata-kata lucah, kawan-kawan cakap Izni kena buli siber, mula-mula Izni tak tahu pelakunya siapa, tapi siasat punya siasat berdasarkan klu yang Izni dapat, akhirnya jumpa. Btw, Izni tak tahu la kenapa dia buat macam tu.

Izni tak ganggu langsung hidup dia. Mungkin dia rasa Izni ganggu, tapi tak apalah. Kalau tidak nak buat report polis, tapi ibu tak bagi, kawan-kawan yang lain pun suruh buat. Tak apalah. Sebab masalah ni sepatutnya antara kami berdua ja, tapi dia secara tak langsung dah libatkan banyak orang.

Tak tahu la kenapa, Izni nak settle baik-baik, dia yang keras kepala, jadi Izni pun senyap je, tapi bila dia dah libatkan duit dengan orang lain, tak sedap hati juga.

Tak apalah, selagi perkara ni tak harmful, it's okay. Tapi kalau dah teruk sangat, Izni pun tak tahu nak cakap apa.

Okaylah bai bai.

Assigment Oh Assigment

Hai, dah tengah malam ni. Masih tengah siapkan coding yang tak jadi jadi. Dah berapa malam tak tidur sebab nak siapkan, tapi tak juga jadi jadi. Kadang terfikir " kenapalah masa first year aku malas", tapi tak elok sebenarnya fikir macam tu kan. Let bygone be bygone. Huhuhu.

Dah present tapi kena present lagi. Mmm. Harapkan minggu ni semua assigment, project settle.

Dahulu & Akan Datang

Assalamualaikum. Pagi semua! Good vibes today. Bila baca blog ni balik, Izni akan fikir, nanti, kalau makin tua, lepas tu baca balik blog ni. Mesti akan gelak. Dan "aku ke yang taip ni", hahaha. Sebab teringat zaman sekolah rendah. Tulis diari. Paling malu, diari tu dibaca after yearsss. Tapi tak tulis nama betul pun, pakai warna, tak silap crush masa sekolah dulu Blue dengan Red kot. Dah la tulisan buruk. Dulu berasa cantik dah la tulisan tu. Pastu macam bila geram, tulis la kat diari tu. Ngeh ngeh.

Mmm, teringat lak, sebenarnya dah lama blogging ni, tapi tak kekal pun blog lama lama, banyak yang delete sebab macam dah malas. Okaylah, kelas lak. Week 13 14 so fenat mehh. Assigment banyak, tapi jenis last minutes, bila nak berubah ni.

Hohoho. Pandang depan, jangan tinggal yang belakang ya. Bai.

Design For My Mum

My mum makes Samperit. She sell it to people, friends and bla bla bla. Do you want to try my mother's samperit. Do comment here. Lalala. Huhu. 
Design 1

Design 2

Design 3

This simple designs actually also take time to finish. I don't know which one my mum will choose, or I need to design again. HAHAHA!