Dugaan Semester 5

Assalamua'laikum. Hai. Hari ini hari terakhir kuliah sebelum cuti pertengah semester. Alhamdulillah semua ujian pertengahan sem Izni dah jawab.

Semester ini mula teruji pada hari ini.

Pertama, Izni tak dapat nak balik sebab kekurangan daripada segi kewangan, duit lebih diperlukan untuk deposit bilik sewa bagi tahun depan. Jadi tak dapat nak balik, sungguh hati tak kuat untuk yang pertama kali ini.

Kedua, markah ujian pertengahan semester salah satu subjek iaitu Formal Method dapat 3/20. Terujinya hati ni. Sungguh rasa tak kuat. Tapi kena hadap juga. Tu belum markah yang lain masuk. Tak tahu nak buat macam mana dah.

Alhamdulillah apa-apa pun masih boleh hadap perkara tu. Harap dapat jumpa penyelesaian yang baik. Doakan Izni ya. :')




No comments:

Post a Comment