Sure Friendzone!

Assalamua'laikum. Ada dalam satu post tu saya cerita tentang saya ada minat seseorang. Disebabkan dia kawan saya, saya akhirnya confess, hahaha, mula mula tu macam sedih juga sebab yelah dia macam nak explain sesuatu, tapi saya malas nak layan.

Satu hari saya ajak dia lepak, masa bulan 12 sebelum balik Kedah. Masa tu la, sembang sembang, masa tulah saya confirm gila kena 'friendzone', hahaha, sebab masa tu memang terkeluar dari mulut dia sendiri.

Malangnya, saya tak rasa sedih langsung. Mungkin sebab member kot. Hahaha.

Lepas tu saya tak ingat bila, saya ada kenal seseorang kat satu aplikasi ni, Plato namanya.

Kalau saya masih kawan ngan Platomate ni, nanti saya akan cerita ya, sebab haritu ada keluar sama.

Jumpa. Sebab universiti kami dekat ja. Jumpa kat bandarlah.

Okaylah. Tapi entahlah rasanya takkan lama. :')



He Will Never Come Here Anymore

Assalamualai'kum. Hari ni saya pun tak tahu kenapa teringat.

Tapi biasalah kenangan kan.

Tajuk tu macam kecewa? Tak. Tak langsung.

Saya rasa saya tak perlu pun untuk menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sebab apa, sebab perkara yang telah terjadi yang mengajar saya untuk berfikir hari ni.

Saya perlu berubah menjadi lebih baik. Sebab saya rasa dia bukannya bencikan saya pun, cuma dia tak suka attitude saya. Itu sahaja. Tapi iyalah tak mungkin dia akan pandang saya walaupun saya sudah belajar untuk berubah. Takpa, saya okay, sebab saya tak berharap dah kat dia.

Saya sudah move on sepenuhnya. Bak kata "Tiada lagi cintaku padanya.". Yang tinggal hanya ingatan. Hehe.

Kena akui juga kata-kata Hakim masa DTA tahun lepas. Saya ego, keras kepala. Allah, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak kuatkan hati tu kurangkan sifat macam tu.

Mungkin kena jumpa kaunselor minta pendapat agaknya.

Tapi saya yakin 100% dia tak akan jejakkan kaki lagi dekat blog saya.

InshaAllah.

Saya perlu berubah walaupun saya sebenarnya tak kuat langsung.

Doakan saya yang sesiapa yang membaca.

XOXO