He Will Never Come Here Anymore

Assalamualai'kum. Hari ni saya pun tak tahu kenapa teringat.

Tapi biasalah kenangan kan.

Tajuk tu macam kecewa? Tak. Tak langsung.

Saya rasa saya tak perlu pun untuk menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sebab apa, sebab perkara yang telah terjadi yang mengajar saya untuk berfikir hari ni.

Saya perlu berubah menjadi lebih baik. Sebab saya rasa dia bukannya bencikan saya pun, cuma dia tak suka attitude saya. Itu sahaja. Tapi iyalah tak mungkin dia akan pandang saya walaupun saya sudah belajar untuk berubah. Takpa, saya okay, sebab saya tak berharap dah kat dia.

Saya sudah move on sepenuhnya. Bak kata "Tiada lagi cintaku padanya.". Yang tinggal hanya ingatan. Hehe.

Kena akui juga kata-kata Hakim masa DTA tahun lepas. Saya ego, keras kepala. Allah, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak kuatkan hati tu kurangkan sifat macam tu.

Mungkin kena jumpa kaunselor minta pendapat agaknya.

Tapi saya yakin 100% dia tak akan jejakkan kaki lagi dekat blog saya.

InshaAllah.

Saya perlu berubah walaupun saya sebenarnya tak kuat langsung.

Doakan saya yang sesiapa yang membaca.

XOXO

No comments:

Post a Comment